Ahad, 26 Mac 2017

Memandu Kereta Manual @ Auto?

Alhamdulillah Ai boleh memandu kedua-dua transmisi. Biasa la tu. Kalau boleh pandu manual takkan tak boleh pandu auto. Ya tak? Ai dapat lesen pada 2008. Masa tu belum habis belajar, belum ada kereta tapi sengaja ayah suruh Ai ambil awal. Dapat lesen kereta, Ai terbang ke Mesir duduk sana lima tahun. Balik tu memang lupa dah macam mana nak memandu! Tapi bila ayah nak belikan kereta, Ai buat keputusan nak ambil yang manual. Sebabnya senang kalau berlaku apa-apa kecemasan dan masa tu ada kereta manual je, kan senang Ai boleh bawak. Hehe.

Memori dengan Atos comel hadiah ayah tu memang banyak. Kena buat pos lain. Ni Ai cuma nak bandingkan pengalaman Ai memandu transmisi manual dan auto.

1. Saga FLX auto @ Temerloh.

Ibu dengan kereta sewanya :D
Temerloh bukanlah tempat yang biasa bagi Ai. Selalunya kalau nak pergi tempat baru ni Ai lebih suka bawak kereta sendiri supaya tak kelam-kabut. Ni sebab nak bawak orang tua punya pasal, Ai sewalah kereta besar sikit biar ibu ayah selesa. Memang terkial-kial beb. Palam signal dan wiper dia terbalik dari kereta K-Pop Ai. Banyak kali Ai nak pasang signal terpasang wiper. Orang belakang Ai mesti pelik tengok apahal la budak depan ni pasang wiper tengah2 panas buta? Hahahaha :P

Bayangkan masa sibuk cari simpang, kalut nak bagi signal masa tu la Ai buat lawak pegi pasang wiper. Memang sesattt dibuatnya.

Gear satu hal lagi. Orang kata senang je gear auto main tolak-tolak tapi Ai manalah hafal kedudukan dia kan. So setiap kali tukar gear mesti tengok bawah macam budak baru belajar bawak kereta. Kah

Enjin bising hamattt.... Ai tak tahu la semua kereta auto macam ni ke? So far Ai bawak kereta auto (Viva, Axia, Saga) memang bising mengaum bunyinya. Saga ni lagi la, sebab dia besar kot... rasa macam naik mesin basuh! Berjalan nak happy2, stress pulak jadinya. Kebisingan enjin ni buat terbantut keinginan Ai nak sambar Saga baru sebagai kereta kedua.

2. Atos manual.

Ini kereta yang Ai guna sekarang. Kereta ni body dia kecik tapi berat. Mungkin itu yang buat dia banyak makan minyak berbanding kereta kecik yang lain (Kenari, Kelisa, Kancil). Setiap kali lepas bawak kereta besar dan masuk balik dalam Atos ni, automatik Ai akan rasa selesa dan selamat. Semuanya serba familiar sampaikan Ai boleh memandu tanpa berfikir. Sambil berangan atau separuh tidur pun boleh. Haha.

Tapi yang parahnya, bila dah biasa bawa auto takde klac, gear manual pun Ai main tolak-tolak je tanpa sedar. Tercekik budak kecik tu dibuatnya. Huhu... Ai paling takut dengar bunyi gear dia berlaga macam besi nak patah. Duh... Kesian kau dapat tuan macam aku ni.

3. Saga FLX manual @ Pulau Meranti.

Pulau Meranti ni atas darat je, satu kawasan antara Puchong dan Cyberjaya. So semalam pergilah sini bawak kereta Saga makcik. Hah rupanya makcik Ai guna Saga manual. Dapat la Ai test drive. Makcik gelak je tengok Ai tolak kerusi sampai depan, kerusi pun rapat dengan stereng. Lantaklah. Dah kaki 'panjang' sangat nak buat macam mana :P

Kali ni pun Ai kelam-kabut tertukar signal dengan wiper. LOL. Tapi yang paling jelas Ai rasa bunyi enjin dia senyap lebih kurang Atos je. Memang selesa la memandunya. Dapat pulak badan sedan yang lebar tu memang sedap pecut di selekoh tak payah takut kereta terbang. Kalau dengan Atos paling laju pun Ai berani takat 60 je kat selekoh sebab takut terbalik.

Saga yang ni Ai rasa pedal minyak, brek dan klac dia agak tinggi. Penat jugak la menekannya. Balik petang tu rasa letih macam kayuh basikal berapa km entah. Sedap pedal Atos jugak pendek je tak payah tekan jauh-jauh.

Mana Best?

Kalau banding dua transmisi ni, Ai memang pilih manual la. Memandu secara manual Ai rasa lebih alert. Enjin berat atau menjerit sikit maknanya kena tukar gear la tu. Dapat jugak senaman kaki sambil duduk kan. Haha. Kelajuannya pun boleh laras sendiri. Senang nak memotong pada saat2 memerlukan. Satu lagi bila kereta rosak tengah jalan, senang free gear dan boleh tolak dia. Gear auto dengarnya tak boleh buat camni. Tak tahulah sebab tak pernah kena. Dengan manual banyak kali kena daaah...

Dari segi kemahiran Ai rasa lebih seronok bila memandu dengan kedua-dua kemahiran kaki-tangan. Nak balance minyak-klac tu best tau. Rasa macam makan ketam. Susah tapi nikmat. (Haha dah kenapa ketam pulak ni... :P). Dari segi keselamatan pun Ai rasa lebih baik masa traffic jam. Kalau gear auto ni kadang brek tak berapa makan, asyik nak menyondol ke depan je. Tapi Ai tau, satu masa nanti Ai terpaksa pilih auto jugak... terutamanya bila dah tak larat nak memandu nanti. Huhu.

Semua ni pengalaman Ai la. Setiap orang, terutamanya yang dah berbelas-berpuluh tahun memandu tu mesti ada pengalaman dan pilihan masing-masing. Korang macam mana? :)