Rabu, 3 November 2010

Dari Abang Pompeii Kepada Adik K.L


Adik,

Abang ada satu cerita untuk kamu. Ini kisah benar, berlaku tak lama dulu sebelum kamu dilahirkan. Ini kisah ngeri, mari duduk dekat-dekat supaya kamu boleh dengar betul-betul apa yang abang ingin ceritakan.




Adik,

Suatu masa dulu ada sebuah bandar yang permai di kaki gunung. Suasananya aman tenteram tiada peperangan. Kolamnya jernih dengan ikan berenang-renang manja. Sungainya mengalir damai bak Kauthar dari syurga ‘Adnin. Pohon-pohonnya bila ditiup angin, aduhai gemersik. Buah-buahnya masak ranum, bergayutan bak hidangan dari kayangan. Rakyatnya hidup dengan sentosa, pelbagai agama seiya sekata. Bandar ini dengan segala kesenangannya, benar-benar hadiah kasih dari Tuhan yang maha penyayang…benar-benar syurga yang disegerakan.




Adik,

Sampai suatu masa bandar kasih Tuhan ini diintai orang. Datanglah satu kaum penyembah syaitan membuat onar. Bila dilihat kedamaian bandar ini begitu mengasyikkan, begitu menguntungkan, dibinalah tempat-tempat hiburan dan rumah-rumah pelacuran. Katanya untuk menarik manusia datang berbelanja, agar kelak bandar ini lebih maju dan berswadaya. Maka datanglah manusia berbondong-bondong ke bandar ini. Penyembah Tuhan dan penyembah syaitan bercampur sekali, sama-sama menikmati hidangan palsu duniawi.


Adik,

Walaupun bandar kasih ini sudah menjadi najis, Tuhan yang maha penyayang tetap memberi kurnia tak putus-putus. Sungai-sungainya masih mengalir tawar. Kolam-kolamnya masih sejernih kaca. Buah-buahnya bahkan semakin ranum berjatuhan. Maka semakin asyiklah kaum di dalamnya. Semakin lupa kepada Ar-Rahman yang memberi kurnia. Rumah-rumah ibadah sunyi terpana. Rumah-rumah pelacur meriah tak terkata. Onar bahkan melimpah ke jalan-jalan, mukah dan zina menjadi pameran. Manusia dan anjing sama-sama mengawan bersebelahan. Aksi-aksi yang suam kuku mahupun panas berapi diabadi ke dinding-dinding, seolah-olah mereka ingin memberitahu dunia-dan Tuhan yang Penyayang-bahawa INILAH LAMBANG KEMAJUANNNNNN !



Adik,

Dek semakin hancurnya kemanusiaan di bandar ini, Tuhan yang Penyayang lalu memberi peringatan. Suatu petang yang damai tiba-tiba tanah di bawah kaki bergegar. Mahligai-mahligai rebah mengebumikan tuan. Jambatan-jambatan runtuh melemaskan orang ke dasar sungai. Kebun dan taman hilang lenyap, ditelan berlapis-lapis ke dalam bumi. Gempa petang itu meluluh-lantakkan segala peradaban. Peringatan Tuhan datang menjentik nurani insan. Lalu tersedarlah para penyembah Tuhan, kembali ke pangkal jalan. Dengan anak dan isteri, berbondong-bondong mereka keluar berkelana. Tinggallah bandar kenangan menjadi sarang durjana.



Adik,

Rupanya gempa ini bukan sekadar peringatan. Sebenarnya adalah rancangan Tuhan untuk penyembah syaitan. Mereka kekal di bandar membina semula peradaban. Kekal dengan hobi dan tabiat berhibur-hiburan. Peringatan Tuhan hilang ditelan zaman. Terus mengawan di jalan-jalan bak haiwan. Sampai masanya yang telah tertulis, janji Tuhan datang tak tertahan-tahan. Gunung yang selama ini berdiri memerhati di kejauhan, hari itu ia memuntahkan api berhamburan. Penyembah syaitan terus bersukaria tak ketahuan. Terpedaya dengan bisikan iblis – jangan bimbang, api itu takkan datang. Lalu berlakulah takdir yang mengerikan, batu-batu neraka turun menghujan. Dari gunung, api menyala datang bergulung-gulung bak ombak mengejar nelayan. Sekelip mata bandar kasih menjadi lautan api, semuanya terbenam di perut bumi. Masa dan waktu seakan berhenti. Yang bermukah di jalan-jalan, yang di rumah pelacuran, yang di meja-meja perjudian, keras membatu bersama lava berapi. Bandar kasih benar-benar tinggal kenangan. Beberapa kurun ia tidur dilupakan zaman. Sampai suatu masa yang dijanjikan Tuhan, ia dipamerkan semula menjadi peringatan. Seolah-olah Tuhan berfirman – Hambaku, maksiat begini jangan diulang. Pada waktu itu penyesalan hanya tinggal penyesalan........




Adik,

Akhirnya aku memberitahu kamu, akulah bandar itu. Pompeii yang pernah megah satu ketika dulu. Janji Tuhan yang Maha Penyayang telah menimpa atasku. Binasa punah dek manusia yang tak tahu malu. Adik, jangan diulangi kisahku. Jangan kamu rasa bermandi api dan menjadi batu. Kembalilah kepada Tuhan yang Maha Penyayang lagi menyayangimu.


Adik Kuala Lumpur, ingat pesanku… Abang Pompeii yang tak ingin kau hancur sepertiku…


Sabtu, 30 Oktober 2010

Akhirnya, kita tak jadi apa-apa

Panas sekali pertemuan semalam dengan isu Malaysia. IFF, Adam Lambert, tsunami, ETP, pub dan spa, penyelewengan sejarah, sitem pendidikan, Sufiah dan Amalina, sampai berpatah balik ke ARMA. Berderau-derau darah mahasiswa melepas amuk. Tersembur-sembur.

Akhirnya ada yang bertanya, apakah penyelesaiannya?

"Kerajaanla! Kalau kerajaan baik insya Allah la boleh ubah semua ni. Macam sekarang kita duduk bawah ni tak ada kuasa, tengok je la."

Pulak!
Lepastu apa gunanya berorganisasi? Lepastu apa hasilnya bertahun-tahun dalam organisasi? Yang terpenting apa kesudahannya sijil yang dibawa pulang kalau sekadar untuk tengok di bawah?

Pagi sebelumnya,berbual dengan adik dari kuliah pergigian yang takut-takut menyuarakan kesal,
"Kat kawasan rumah saya tu ada je budak-budak yang balik mesir. Tapi senyap je. Tak buat apape pun. Kenapa kat sini bukan main lagi ligat sampai bermusuh-musuh,tapi balik Malaysia tak buat apape?"

Pagi ini, seorang adik lain bertanya pula..."kenapa tak ada tabung untuk menderma? bila rasa nak berderma takkan nak cari orang kot?"
si kakak membalas, "sabar la, sabar la dulu...memang ada tapi sabar la dulu"-menjawab sambil bergulung dengan bantal dan selimut.

Bila diseru memboikot pihak itu dan ini yang suka membuat onar, dengan lantang sekali kita menyahut dengan sepenuh semangat. Tetapi bila diseru -oleh pihak yang sama- untuk memboikot ekonomi kuffar, yang sah lidahnya tidak megucap dan dahinya tidak bersujud, dengan lantang juga kita berdalih dengan pelbagai hujah yang bersimpang-siur.

Dengan segala jerit lantang, akhirnya kita tak jadi apa-apa...

Liqa' bersama perantis saya malam tadi, satu demi satu wasiat saya bentangkan. Belas melihat wajahnya yang pening dengan lambakan kerja, lantas saya membuat kesimpulan,
"Dik, jangan pening-pening. Apa yang akak cerita dari mula tadi awak lupakan. Yang itu akak boleh cerita semula bila awak tanya. Cuma satu akak nak awak ingat, benda yang awak pegang ni adalah wasilah. Matlamatnya ialah dakwah. Ramai orang disibukkan dengan wasilah ni sampai terlupa matlamat. Dik, tanamkan dalam hati segala yang awak kutip tahun ni adalah senjata jihad awak di Malaysia. Kalau tidak, satu tahun ni hanya sia-sia. Ingat dik."

Suka saya kongsikan perbualan dengan Ust. Lah, Penasihat Agama di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Orangnya lembut dan ke-ayah-an, tetapi sebenarnya seorang penyelidik untuk Jabatan Mufti pada masa lalu. Dia bertanya kami, seorang demi seorang "Kamu anak Kolumpo? Kamu? Kamu?"
Kami semua mengangguk - walaupun saya tinggal di Selangor- lalu pakcik yang sempoi itu tersenyum penuh makna. Haru, puas.....
"Dulu, tak ada orang Kolumpo yang datang ngaji Mesir. Tak macam Kedah, Kelantan. Orang Kolumpo yang ada empat lima orang je. Yang empat lima orang ni balik Malaysia berceramah kat masjid-masjid, ajar agama, bagi kefahaman kat orang kampung. Sekarang alhamdulillah, anak-anak Kolumpo sampai dah boleh dapat bangunan sendiri. Ni la hasil perjuangan generasi kami, akhirnya ramai orang Kolumpo hantar anak mengaji agama."

Dunia adalah tempat persinggahan, akhiratlah yang kekal abadi.
Mesir adalah tempat mengumpul bekalan, Malaysialah medan perjuangan yang hakiki.
Allahumma arinal Haqqa Haqqan, wa arinal Baatila Baatilan........

Isnin, 25 Oktober 2010

IMHOTEP - NABI @ PENYIHIR ZAMAN FIRAUN?


Sihir merupakan salah satu elemen yang penting dalam peradaban Mesir Kuno. Ia berakar umbi ke zaman sebelum penulisan sejarah dan pengaruhnya begitu meluas hingga menjadi akidah yang diimani oleh pemimpin dan rakyat. Ia menguasai segenap sudut kehidupan dan peraturan-peraturan di zaman tersebut. Para penyihir dianggap ‘belahan tuhan’, diberi kedudukan istimewa di samping raja, menjadi teman berbincang dan tilikan mereka dijadikan sumber rujukan dalam setiap keputusan kerajaan.


Para dukun penyihir menisbahkan kuasa sihir mereka kepada dewa-dewi, seperti kuasa menyuburkan tanah disandarkan kepada dewi kesuburan (Isis). Begitu juga sihir yang menghasilkan kejahatan disandarkan kepada dewa-dewa jahat dan ia dipanggil ‘sihir gelap’. Kemudian kuasa-kuasa sihir yang telah ‘didewakan’ tersebut dijadikan nama-nama kuil seperti Kuil Isis, Kuil Horus dan sebagainya. Ini menjadi antara punca bagaimana terhasil sekian banyaknya dewa-dewi yang menjadi sembahan dalam kepercayaan Mesir Kuno.


Demikian juga kepercayaan mereka terhadap tangkal memberi kesan yang besar dalam pembinaan tamadun. Egyptologist Mesir, Salim Hasan menulis dalam ensaiklopedianya berkenaan tangkal, “Tangkal-tangkal sihir menjadi sumber hukum dan panduan yang memandu setiap perbuatan individu dalam kehidupan bermasyarakat”.

Hal ini berlanjutan hingga akhir fasa Kerajaan Lama.


Kemudian Imhotep muncul di Kuil Ptah di Menphis membawa risalah suci dan ilmu pengetahuan yang digelar ‘Triad Perubatan-Senibina-Seni Lagu’. Beliau dianggap ‘Dukun Sihir Agung’ apabila sihir ( baca: mukjizat )nya berjaya melampaui kebolehan dukun-dukun sihir pada masa tersebut. Beliau memulakan dengan sihir perubatan yang telah menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak ditemui penawarnya. Bersama sihir tersebut, Imhotep menyampaikan seruan dakwahnya yang tak lain tak bukan, ialah seruan kepada mentauhidkan Tuhan yang esa, Tuhan segala tuhan ( dewa-dewi sembahan mereka ) yang memberikan kesembuhan dan tidak meminta balasan atas segala nikmatNya. Imhotep, dalam melakukan perawatan tidak mengenakan sebarang bayaran bahkan meminta pesakitnya supaya tidak melakukan nazar hingga penyakit mereka sembuh, agar kelak kesembuhan itu menjadi penguat iman dan syukur mereka.


Kebolehannya ini tersebar ke seluruh dinasti, rakyat datang berduyun-duyun menemui beliau hingga akhirnya ibukota Mesir dipindahkan dari On ( yang sebelumnya menerima risalah tauhid Osiris )ke Menphis. Beliau menerima pengiktirafan yang tinggi dari Maharaja Djoser yang memerintah pada zaman tersebut dan diberi ruang mentadbir negara di sisi baginda.


Kemasyhuran Imhotep tidak terbatas setakat sihir perubatan yang telah menyebabkannya didewakan olah bangsa Rom dan Greek, bahkan kebolehan beliau melampaui disiplin ilmu lain dan membuktikan bahawa beliau adalah nabi, pesuruh Allah. Seorang pengkaji telah menulis di dalam bukunya, Imhotep’s Life : “ Ketika mana kuil-kuil di Mesir hanya tertumpu kepada satu-satu sihir tertentu, Imhotep dengan kebolehannya yang pelbagai telah mengalahkan Kuil Matahari di On dan mengangkat Kuil Ptah di Menphis menjadi pusat perhimpunan dukun-dukun besar. Mereka menggelarnya sebagai ‘Dukun Agung Kuil Ptah, Pembawa Mukjizat Ilmu Pengetahuan Suci’. Mereka beriman dengan mukjizat beliau yang melampaui kebolehan mereka dalam pelbagai bidang.


Antara bidang lain yang mendapat sentuhan mukjizat Imhotep ialah senibina. Sejarawan menyifatkan Imhotep sebagai ‘Dukun Senibina’ dan ‘Bapa Pembinaan’. Ini berdasarkan kepada binaan mukjizat beliau yang menimbulkan kehairanan setiap generasi zaman-berzaman. Beliaulah yang bertanggungjawab dalam pembinaan piramid pertama pada zaman Maharaja Djoser, yang mana sebelum itu kuburan raja-raja hanya dibuat daripada batu lumpur. Jika ditinjau pada pembinaan piramid, para saintis tidak dapat membongkar rahsia pembinaannya hingga ke hari ini. Bagaimanakah batu yang beratnya bertan-tan boleh dipotong, digilap dan diangkut dari gunung kemudian disusun mengikut kiraan yang tepat menjadi sebuah binaan kukuh? Semuanya menimbulkan tanda tanya lalu direkalah pelbagai teori untuk melenyapkan persoalan masing-masing.




Namun jauh dari pengetahuan umum, persoalan ini telah dijawab oleh ahli sihir Mesir Kuno seperti yang tertulis dalam sebuah skroll yang ditemui dalam kubur salah seorang dukun Kuil Ptah. Skroll yang usianya kembali ke zaman kegemilangan Kerajaan Lama itu, tercatat padanya nama ‘Dukun Sihir Agung’ dan kisah bagaimana beliau menggunakan sihirnya untuk memindahkan blok-blok batu tanpa melibatkan sebarang tenaga manusia!1. Ini cukup menjelaskan rahsia pembinaan Piramid Mesir yang selama ini menjadi teka-teki, sekaligus menyangkal teori-teori karut ciptaan saintis barat yang mendakwa piramid dibina dengan jentera kayu, gelongsor pasir mahupun buruh-buruh paksa. Catatan dalam skroll ini cukup memberitahu kepada umum bahawa segala teori barat adalah khayalan mereka semata-mata dan jauh tersasar dari hakikatnya.


Seorang saintis Swiss menulis komennya berkenaan catatan tersebut :


“ Apa yang disebut sebagai kuasa sihir itu membuktikan bahawa tamadun Mesir kuno sudah menemui tenaga janaan alam semesta. Mereka telah mengetahui perbezaan setiap pancaran, had laju dan fungsinya yang membolehkan mereka mamanipulasi medan magnet secara teknikal mahupun dengan perantaraan sihir. Secara tidak langsung ini turut membenarkan penemuan para pengkaji bahawa mereka – Tamadun Mesir Kuno- telah menemui pancaran laser dan menggunakannya dalam pembuatan alat perhiasan dan perubatan”.


Pada abad lepas, dunia industri telah memasuki fasa baru dengan penemuan uranium di pergunungan Laut Merah, yang mana penemuan ini berpandukan peta lombong dari tamadun Mesir kuno. Lokasi-lokasi ini disebut “Biakhu”, atau logam-logam terkumpul. Rahsia ini telah lama disimpan rapi oleh para dukun (@saintis) dan ia memainkan peranan penting dalam pembinaan peradaban Mesir kuno.


Ahli sejarah memberi pelbagai sanjungan kepada Imhotep. Masing-masing menggelarnya sebagai pendamping Osiris, anak Dewa Ptah, Penyihir lagu dan sebagainya. Bahkan beliau diangkat menggantikan dewa Nefertem lantas menjadi salah satu daripada triniti kepercayaan Kuil Ptah – Ptah-Sekhmet- Imhotep. Seorang pengkaji, K.Seetha, menyifatkan kemunculan Imhotep di Menphis telah meletakkannya setaraf dengan dewa-dewi, hatta ‘tuhan’ sembahan di Kuil Ptah sendiri. Kebolehannya tak lain adalah mukjizat dan kekuatan langit yang dikurniakan Allah kepada pembawa-pembawa risalah tauhid, yang menjadi menjadi pelindung para rasul dan nabi-nabi.




Maka,sihir yang menjadi senjata perisai syirik itu digunakan olah Imhotep untuk menundukkan pendewaan makhluk dan menegakkan akidah Tauhid di muka bumi.


- Artikel dipetik dari kitab :

Min Asrar Hadhaarah Faraa’inah – As-Sihr was Saharah ‘Inda Qudama’ Misriyyin (Rahsia Peradaban Firaun - Sihir dan Penyihir Mesir Kuno), Dr.Saiyid Karim2, Maktabah Nahdhatu Misr, 2006.


1 Catatan turut ditemui pada skroll yang tersimpan di Muzium Lofer di Paris.

2 Dr. Saiyid Karim, Pensyarah Senibina Universiti Kaherah dan Egyptologist muslim Mesir.



Selasa, 12 Oktober 2010

Suatu Masa Dulu, Suatu Masa Kini.........

(Bet dengan abang, post seterusnya ialah terjemahan artikel arab. Kerana xtertahan nak menulis saya langgar permintaannya. Sori bang, terjemahan artikel akan menyusul dalam post berikutnya, insyaAllah)


Suatu Masa Dulu...
Budi adalah sakti
Budi tak dijual beli
Budi sangat diingati

Suatu Masa Dulu...
Atas Budi ditambat janji
Janji setia Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun
Takkan mengaib dan berbunuh

Suatu Masa Dulu...
Atas Budi, raja didaulat
Air kaki raja menjadi ubat
Ketulahan raja China yang tak kenal pangkat

Suatu Masa Dulu...
Budi bahasa diberi percuma
Budi bahasa maruah harganya
Budi bahasa tiada galang gantinya

Suatu Masa Dulu....
Atas Budi, nenek moyang bergurindam

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati


Suatu Masa Kini,
Budi tiada nilai erti
Yang ada hanya tuan dan kuli
tunjuk sana tunjuk sini

Suatu Masa Kini,
Budi hanya hiasan di akhbar
Jadi lencana menteri dan pembesar
Ditolak tarik ikut selera besar

Suatu Masa Kini,
Budi bahasa harganya diletak
Aku bayar, kau bergerak
No Money, No Talk

Suatu Masa Kini,
Budi itu gantinya duit
Diberilah istilah menyelit-nyelit
Panggil rasuah kang, orang hamun bukan sikit

Suatu Masa Kini,
Budi itu andalnya ringgit
Aku dah kredit, ngko kene debit
Belakang hari jangan ngko menguit

Suatu Masa Kini,
Kerana budi hilang maruah
Idea tenaga habis ditarah
Balasnya bukan ukhuwah mahupun hadiah
Tapi ludah dan sampah

Suatu Masa Dulu....
Budi itu hadiah
Dari tuhan yang maha pemurah
Budi pencetus saudara dan ukhuwah
Budi membina masyarakat bermaruah

Suatu Masa Kini,
Budi itu sampah
Pemberinya dilayan tak bermaruah
Dicampak ke tepi mahupun ke bawah
Dek ulat dan lintah-lintah

Alahai Budi.........

Sabtu, 28 Ogos 2010

Ada apa Dengan Gagal?

Fatrah Imtihan telah berlalu dengan jayanya. Natijah yang keluar di hujung fasa menjadi bukti usaha. Pada masa ini kita melihat mahasiswa/wi kita berhadapan realiti dengan pelbagai ragam. Yang lulus, bergembira dengan senyum lebar yang tak lekang di bibir. Tak kurang yang melaburkan sedikit wang, bersedekah dan mengadakan jamuan kesyukuran. Ucapan tahniah dan ‘mabruk’ kedengaran di mana-mana saat bertemu sahabat handai seperjuangan.

Yang gagal melepasi halangan peperiksaan pula tidak kurang gelagatya. Ada yang menyambut keputusan dengan redha, ada juga yang berkurung sepanjang hari meratapi kegagalan. Inilah fokus yang mahu diutarakan dalam ruangan kecil ini. Mengapakah mahasiswa/wi kita apabila menghadapi kegagalan (baca: kejayaan tertangguh kerana beberapa sebab) terus menjadi hilang arah dan tenggelam punca. Menangis berhari-hari seperti kematian ahli keluarga layaknya. Mengapa? ADA APA DENGAN ROSIB?



Budaya meratapi kegagalan sebenarnya amat bertentangan dengan konsep tawakal yang kita amalkan. Jika sewaktu menjalani imtihan kalimah ‘tawakal’ selalu bermain di bibir, mengapa selepas keluar natijah kita tidak melazimi kalimah ‘redha’. Bukankah selepas berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh, kita telah menyerahkan urusan kita kepada Allah dengan bertawakkal kepadaNya, lalu setelah Dia memberi keputusan, kita tidak redha. Di situ terbukti bahawa kalimah ‘tawakal’ yang kita ucapkan sebelum ini hanyalah pura-pura.

Tidak dinafikan tekanan kegagalan amat berat bagi sesetengah individu terutamanya yang dibebankan dengan harapan keterlaluan dari keluarga. Pada masa itu kegagalan akan disertai kemarahan ibu bapa dan pandangan sinis adik-beradik. Namun adakah itu boleh dijadikan alasan untuk terus terduduk dan tidak bangkit semula? Kegagalan yang berlaku hakikatnya takkan berubah. Yang berubah hanyalah jalan hidup yang akan dilalui seterusnya. Apa yang perlu dilakukan ialah bangkit semula untuk memperbaiki keadaan, teroka peluang-peluang baru untuk memajukan dan mencari nilai tambah diri. Bukan meratapi nasi yang telah menjadi bubur!

‘Kegagalan yang tidak disengajakan’ sebenarnya membawa rahmat kepada kita. Bertambahnya tempoh setahun lagi untuk mendiami bumi barakah ini membuka pintu peluang yang amat luas untuk kita mengasah diri. Pelbagai ilmu tambahan boleh dicari dengan selesa tanpa perlu terkejar-kejar dengan waktu pengajian di kuliah. Bakat bekerja dan memimpin boleh diasah dengan persatuan sebagai persediaan untuk kita bekerja dan memimpin apabila pulang kelak. Bertalaqqi di masjid Al-Azhar, antara anugerah terbesar bagi pelajar furu’ yang selama ini tidak berkesempatan kerana menetap di luar kaherah. Maka masa setahun mengulang pengajian itu dapat diinfaqkan dengan bertalaqqi dan menadah ilmu secara terus dari para syeikh muktabar. Lalu ADA APA DENGAN ROSIB? Sebenarnya ADA PELUANG KEMAJUAN YANG LEBIH BESAR!



Meratapi kegagalan sebenarnya tak lebih daripada mindset buruk yang telah tertanam dalam minda kita sejak kecil. Oleh sistem pendidikan di Malaysia, kita telah dibiasakan untuk mengukur kejayaan dengan SEKEPING SIJIL atau SECORET PERKATAAN ‘lulus’, ‘cemerlang’ dan sebagainya. Sedangkan di dalam al-quran Allah telah menggariskan ukuran kejayaan seorang mukmin ialah apabila dia bertaqwa dan beramal soleh, berbakti dan menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lain juga agama. Lalu ukuran kejayaan palsu yang sebenarnya datang dari sistem kuffar ini telah menjadikan kita seorang manusia pasif dengan minda tersekat, terus gelabah dah jatuh dek segarit perkataan ‘gagal’ di dalam keputusan peperiksaan. Mata yang bengkak kerana menangis langsung menutup akal kita daripada memandang jalan-jalan kejayaan lain yang terbentang luas.

Dalam hidup kita, ada terlalu banyak perkara yang lebih berharga daripada secoret ‘lulus’. Sahabat baik di sisi, teman-teman yang menyayangi kita, nikmat kesihatan dan akal fikiran waras jauh lebih mahal daripada sekeping sijil. Jika kita diberi pilihan : najah atau sebelah biji mata? Pasti kita akan memilih sebelah biji mata kerana dengan sebelah biji mata kita boleh mencipta seratus kejayaan yang lain. Jika kita diberi pilihan : najah atau sahabat yang soleh? Pasti kita akan memilih sahabat yang soleh kerana seorang sahabat yang soleh dan selalu menasihati kita amat sukar dicari. Bahkan tiada ertinya kejayaan jika kita berdampingan dengan manusia-manusia yang jahat.

Dengan kegagalan itu juga tanpa disangka kita mengetahui hati budi sahabat kita. Yang selama ini tidak bertegur sapa tiba-tiba datang memberi nasihat dan semangat. Yang selama ini biasa-biasa saja tiba-tiba bertanya khabar dan mengambil berat. Bukankah nikmat ukhuwah itu juga satu rahmat kepada kita berbanding ‘lulus’? Lalu, bersyukurlah dengan apa jua yang datang. Selepas kita bertawakkal kepada Allah, maka redhalah dengan keputusanNya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Janganlah ‘kegagalan yang tidak disengajakan’ itu menjadi sebab kita semakin jauh dan terhalang dari rahmat dan kasih-sayang Allah s.w.t.

Akhirnya mari kita renungi buah hikmah daripada Ust Hasrizal Abd Jamil dalam sebuah tazkirahnya yang bertajuk : Menghargai Sebuah Kehidupan.

Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja – kahwin – anak – tua – pencen. Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja. Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua.Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai

Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati. Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri. Sebaliknya, WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian! Itulah saya dan anda semua.

Islam tak mengajar kita takut dengan kematian tetapi menyedari adanya kematian di hadapan maka HARGAILAH SEBUAH KEHIDUPAN. Teringat kepada perbualan saya dengan ibu bapa yang anak mereka sakit jantung – jangan difikir ajal anak itu kerana mungkin doktor mati dulu kemalangan. Mungkin ibu bapa mati dulu. Mungkin saya mati dulu berbanding anak kecil yang sakit itu. Justeru janganlah dibimbangkan tentang kematian. Sebaliknya hargai setiap detik yang ada.

Nabi SAW bersabda: صلِّ صلاة مودِّع كأنك تراه ، فإن كنت لا تراه فإنه يراك yakni “bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia itu melihat kamu”. Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu. Wal-‘Asr



Ya, apa yang jauh lebih berharga daripada sekeping sijil ialah nikmat nyawa dan iman dalam diri kita. Dengan iman dan usia yang berbaki ini kita masih boleh mencapai berjuta-juta kejayaan dalam berjuta-juta bidang. Tapi dengan scoret ‘lulus’ belum tentu kita dapat mencipta walau satu pun kejayaan seterusnya. Masiswa mahasiswi harapan ummah, kita semua manusia yang setiasa mengalami waktu jatuh dan bangun. Tetapi jatuhlah kita sebagai kucing yang sentiasa bangun dan melompat semula. Janganlah jatuh seperti kaca yang terus berderai dan menjadi tidak berguna.

Bagaimanapun tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menggalakkan kita supaya bermalas-malasan dan sengaja gagal.Yang bermalas-malasan, sengaja gagal supaya tidak perlu pulang ke tanahair, merasa selesa berada di luar negara dan tidak mahu pulang memberi inzar kepada masyarakat, hisab yang ketat menanti anda di mahkamah pengadilan Mahsyar. Muhasabah dan tanyalah diri anda sekarang: AKU NAK JADI APA?

Jumaat, 20 Ogos 2010

Ke arah merealisasikan THE NEW / THE ONE WORLD ORDER

Facebook paparkan lokasi pengguna
SAN FRANCISCO 19 Ogos - Laman web rangkaian sosial, facebook semalam memperkenalkan aplikasi baru yang membolehkan penggunanya di Amerika Syarikat (AS) memberitahu rakan masing-masing di mana mereka berada.

Aplikasi facebook Places yang merupakan menyediakan perkhidmatan 'berasaskan lokasi' itu dijangka menarik minat pengguna telefon pintar yang dilengkapi teknologi penjejak satelit.

"Mulai hari ini anda boleh memberitahu rakan-rakan anda di mana lokasi kegemaran anda.

"Lokasi anda itu boleh dikongsi mengikut waktu nyata menggunakan teknologi di telefon bimbit anda," kata pengurus produknya, Michael Eyal Sharon.

Pengguna facebook kini boleh 'mendaftar masuk' di beberapa tempat seperti restoran, bar atau tempat sosial lain dan membolehkan rakan di laman sosial itu mengetahui lokasi pengguna dan orang yang bersamanya. Aplikasi Places untuk iPhone telah diperkenalkan dan pengguna rangkaian sosial dengan mana-mana telefon pintar dengan perisian web browser dilengkapi penjejak lokasi dan HTML5 boleh menggunakan melalui laman web telefon bimbit touch.facebook.com

"Jika tidak berada di AS, anda masih boleh melihat lokasi rakan-rakan anda yang berada di sini, cuma anda tidak boleh 'mendaftar masuk'," kata pengasas facebook, Mark Zuckerberg pada majlis pelancaran facebook Places di ibu pejabat mereka di California Utara semalam.

facebook merancang untuk memperbesarkan aplikasinya itu kepada semua telefon bimbit pintar yang boleh digunakan kepada kesemua 500 juta penggunanya di seluruh dunia.

Dalam pada itu, perkhidmatan rangkaian berdasarkan lokasi iaitu Gowalla dan Foursquare dijangka akan bersaing untuk membangunkan aplikasi Places yang baru diperkenalkan itu. Gawalla dan Foursquare juga sebelum ini membolehkan penggunanya mendaftar masuk ke beberapa tempat bagi membolehkan rakan masing-masing mengetahui tentang lokasi terkini mereka. - AFP

* * *



BARRACK DE FREEMASON : " tuan, kami telah lancarkan langkah terbaru. ni remotenye. mulai hari ini segala gerak geri penduduk dunia berada di hujung jari tuan"


SHIMON DE ZIONIST :
" bagus, hambaku. sekarang kau xpayah susah2 lagi buat laporan kat aku. aku boleh pantau sendiri kambing2 aku bebila yang aku suka"


BAPHOMET@AZAZIL DE SATAN :
"HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAAAA~~~~~~" (ketawa dari dalam penjara. kene ikat sempena Ramadhan Kareem)

Rabu, 11 Ogos 2010

Sketsa Buruk Sangka

SATU

Dodi seorang budak comel yang kerjanya mencuri di pasaraya.Dia pernah ditangkap mencuri di kedai tauke Cho hampir empat puluh kali hingga Tauke Cho sudah mengenalinya.Apabila tamat persekolahan,Dodi berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.Selepas dua tahun,dia pulang ke tanahair dengan bergaya dan berjumpa dengan Tauke Cho untuk meminta maaf atas kenakalannya semasa remaja.



Namun apabila Tuke Cho melihatnya di kedai,Tauke terus menegurnya : "Ha,datang nak curi apa pulak harini?"

Dodi lantas pulang dengan sedih."Tauke ni...aku datang nak mintak maaf, dia su'zhan pulak cakap aku nak mencurik....."

DUA

Jack hilang lagi.Jill pening melihat sampah bertimbun yang tidak bersapu.Sampah-sampah dikautnya sehari suntuk hingga waktu makan tengahari,dia masih mengaut sampah yang ditinggalkan Jack.Jam 5 petang apabila tamat waktu kerja,barulah Jill duduk melepas lelah di bawah pokok.Nombor telefon Jack didail.

"Jack kau ke mana lagi ni?Sampah bertimbun kau tau!Supervisor dah bising kat telinga aku macam nak pekak ni"

"Aku sibuk la Jill,kau tau kan aku ni banyak kerja part time."

"Aku faham kau banyak kerja.Tapi jangan lupa Jack,ni pun salah satu kerja kau jugak.Kau yang ambil kontrak nak jadi tukang sapu kat sini.Kalau kau sibuk,bagitau aku,Jack,biar aku tolong selesaikan kerja kau bila2 aku lapang."



"Ok,minggu ni aku memang busy.Kau tolong sapukan hari aku,Jill"

"Ha kan senang bagitau macam ni.Tak adalah setiap hari macam tunggul aku tunggu kau datang"

Besok,lusa,tulat,minggu depan,bulan depan,Jack terus menghilang.Tiada pesanan.Tiada tanya khabar.Apatah lagi muncul di tempat kerja.Jill hilang sabar.Nombor Jack didail lagi.

"Jack,harini supervisor panggil aku tanya mana kau pergi.Kau nak aku jawab apa,Jack? Yang kau ni pun tak ingat tanggungjawab ke? Kau memang nak makan gaji buta ke,Jack?"

"Kau ni kalau nak su'zhon pun pandanglah sekeliling dulu.Aku bukan sengaja nak menghilang.Kau tau tak aku ni tengah jadi tukang sapu pejabat menteri?"

"Ni apehal pulak masuk bab su'zhon ni?Aku tengah cakap pasal kerja kau yang terabai kat sini,kau cakap aku su'zhon? Eh,kalau dari mula kau dah berangan nak kerja dengan menteri,kenapa kau ikat kontrak kat syarikat kecil ni? Dah la hari2 aku ganti kerja kau.sikit pun tak ucap terima kasih,bahkan kata aku su'zhan kat kau? Sudahlah,mulai hari ni aku takkan buat kerja kau lagi. Persahabatan kita putus."

TIGA

Ucop mengasingkan berkas-berkas kayu api di depannya.Dua berkas diambilnya,seberkas diberikan kepada Acin.Ada seratus berkas lagi untuk mereka hantar sepanjang hari itu.

"Acin,kau tolong hantarkan seberkas ni ke Istana.Cepat tau,Puteri nak buat kayu bakar untuk malam ni.Dua ni biar aku hantar ke Penghulu"

"Hm tengoklah ye.Aku kene repair pintu kedai depan jugak ni.Tauke tu mintak tolong.Kalau sempat aku hantarlah.kalau taK,aku mintak maaf la awal-awal"

"Yelah,bukan kau sorang ada kerja.Tu ada seratus lagi aku nak hantar.Mintak tolong kau hantar satu je pun takkan tak boleh"

Petang.Ucop pulang dari menghantar berkas kayu yang ke 71.Dilirik ke sudut bangsal,kayu Acin masih di tempatnya.Ucop melaung kepada Acin yang sedang bertukang di kedai Tauke depan,tepat bersetentang dengan kedai mereka.

"Acin!bila kau nak hantar kayu ni? Dah petang dah ni!"

"Ya...nanti aku hantarlah!" balas Acin memberi jaminan.Ucop menggeleng kepala.Dia mencapai berkas lain mahu diedarkan ke rumah penduduk kampung.Selesai dari menghantar kayu,dia terus pulang ke rumah. Malam itu sedang nyenyak tidur,Ucop terbangun menerima panggilan dari Tuan Puteri.

"Ucop,mana kayu gaharu yang Beta tempah semalam? Sudah habis stok kah?"

Ucop tergaru kebingungan. Mesti Acin tak hantar lagi!
Sedang haru begitu, Ucop teringat Ayub yang tinggal di kedai sebelah.Ayub tukang kayu yang rajin dan ringan tulang.Tapi takkan di tengah malam begini dia hendak susahkan Ayub juga?

Tapi,Puteri dah bising......

"Helo,Ayub.Aku nak minta tolong kau...."



Besoknya Ucop datang ke kedai,Acin sedang marah-marah.

"Mana kayu aku? Kenapa kau suruh Ayub hantar? Aku dah kata aku nak hantar,macam mana pun aku akan hantarlah.Kau ni memang tak percaya dengan aku kan? Kau ingat kau tu bagus sangat?"

Ucop geleng kepala memandang Acin.Bahu Acin ditepuk2."Ok, macam ni lah....aku suruh hantar pagi,sampai malam pun kau tak hantar lagi. Sekarang kau bagitau aku,macam mana aku nak percaya dengan kau?"

Tauke kedai depan tiba-tiba datang menyampuk."Lu ni kenapa tak pecaya sama Acin? Lu ingat lu bagus sangat ka,Ucop? Lu tau tak Acin ni pandai buat kilija.Dia buat pintu lumah manyak cantik sampai itu kawan-kawan Gua puji maa..."

Wak Kopi yang suka melepak di kedai syisya Tok Man pun datang menambah perisa tanpa mengetahui selok-belok peristiwa "Entahnya ngkau ni Ucop.Keje kau su'Zhon je dengan orang.Kau tak nampak ke Acin bekerja siang malam perbaik pintu rumah orang kampung ni?"

Leha Batik,janda berhias bakal isteri kedua Wak Kopi yang berniaga ubat di kedai belakang turut mengendeng "Kau ni Ucop,kalau dah tak percaya dengan Si Acin ni, buat apa kau ambik dia kerja mengangkut kayu dengan kau?

Ucop terus memandang Acin. "Betullah,kalau kau lebih suka kerja buat pintu,kenapa kau nak kerja angkut kayu dengan aku? Kau berenti ajelah. Takde aku pening kene tuduh bukan-bukan dengan kengkawan kau semua ni"

Acin, Tauke, Wak Kopi dan Leha Batik terlongo.
Ayub mendengar dari kedai sebelah. Tak campur. Buat tak tahu.

* * *

TAMAT

Kita memang suka buruk sangka dengan orang.
Tak,kita lebih suka buat orang buruk sangka dengan kita.
Bukan,bukan.....kita sebenarnya lebih suka melagakan orang daripada mendamaikan.

Semua salah,yang betulnya Syaitan sangat suka melagakan anak Adam,dan kita pula terpedaya dan hanyut dalam pertengkaran.Alangkah baiknya jika kita scan diri masing-masing daripada menyalahkan orang lain.Alangkah baiknya jika kita mendamaikan daripada menjadi batu api..............

RAMADHAN KAREEEEM :)

NGO semakin garang, parti Melayu semakin...?

harini terjumpa dua artikel best; satu di ruangan ARTIKEL Utusan Malaysia.artikel bertajuk : NGO semakin garang, parti Melayu semakin...? yang saya kira benar2 menggambarkan suara hati rakyat jelata yang sudah mual dan pening di negara kita.ingin kongsi kepada sahabat2 tapi khuatir ia akan menyentuh posisi saya di dalam BKAWM.

berminat nak baca,jenguk sini : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

satu lagi di sebuah laman web, artikel pendek berkenaan Badi'uzzaman Said Nursi dan pemikiran beliau : http://www.uinjkt.ac.id/index.php/home/1-headline/923-pemikiran-said-nursi-miliki-pengaruh-besar-dalam-kehidupan-bernegara.html

selamat merenung & berfikir.atau selamat.........whatever :)

Khamis, 5 Ogos 2010

Betapa 'bermanfaat'nya khinzir kepada kita!!

Julai lepas,alhamdulillah sempat mengikuti bengkel Industri Makanan Halal Malaysia,anjuran Universiti Cairo dengan kerjasama Universiti Malaya di ARMA.Pengisinya, Dr.Pazim dari UM rupanya ayahanda sahabat saya,ukhti Norizan yang dikenali sejak kecil.

Bukan itu tajuk utamanya.saya ingin beritahu anda apa yang Dr.Pazim bentangkan di dalam bengkel.ia berkenaan makanan dan keperluan hidup kita.ia berkenaan khinzir.BABI.eh,kenapa mencarut kat dalam blog ni?

tak,BABI adalah Bahasa Melayu.tetapi jadi perkataan carut kerana bencinya umat Melayu-Islam terhadap BABI.kerana umat Melayu-Islam ini telah dibentuk fikirannya oleh wahyu,maka nama binatang yang diharamkan syariat terus menjadi carutan yang jijik.

maaf,dalam entri kali ini saya mahu gunakan perkataan Bahasa Melayu ni.BABI.supaya saya dan anda lebih faham kerana ia bahasa ibunda kita.supaya saya dan anda sedar betapa jijiknya dunia yang kita diami kini.

kembali ke ARMA.dalam slot kedua bengkel,Dr.Pazim tayangkan slideshow berkenaan makanan haram dan kegunaan BABI di dalam industri makanan dan pembuatan moden.kerana kesuntukan masa,slide ditayangkan dengan agak laju dan tidak banyak yang saya sempat tangkap maklumatnya.namun sedikit sebanyak ia tetap menambah arkib syubhah dalam kepala saya,sekaligus membuatkan saya rasa mahu tersembam ke bumi!

soalan Dr.Pazim,"kenapa diorang ni suka sangat bela BABI?sebab kegunaannya banyak!kamu tengok ni".sebuah peta minda ditayangkan.gambar seekor BABI di tengah-tengah dan senarai manfaatnya di sekeliling.dari kulit ke isi perut,dari bulu ke tulang,semuanya benda yang selalu kita lumur ke tubuh dan kita sumbat ke tekak!

antara bahan yang bersumber dari BABI ialah gelatin dari kulit BABI,'bahan galian' di dalam penapis air dari tulang BABI,gliserin dari lemak BABI,shortening dan food stabilizer yang digunakan dengan meluas di dalam makanan dan minuman,juga berasal dari BABI!ada juga ubat-ubatan dan vaksin,alat solek,yang banyaknya tak mampu untuk saya rakam dalam sekali pandang.


eh,tetiba terjumpa gambarnya dalam intnet.alhamdulillah!

selain itu turut dibentangkan tentang makanan yang diubahsuai secara genetik,antaranya ayam dan beberapa jenis tumbuhan.ia mudah dikenalpasti dengan label 'GMO' pada bungkusan.makanan yang terubahsuai ini kononnya baik dan menguntungkan,sebenarnya ia hanya memudaratkan genetik anda dan kelak keturunan anda akan bertukar menjadi makhluk asing dan mutant!

untuk lebih pasti,saya hanya sempat membuat satu tinjauan ke sebuah website.ternyata maklumat yang saya terima adalah benar.di bawah ini adalah salinan yang saya muatturun dari laman web Michigan Department of Agriculture :

It All Adds Up to the Versatile Pig Answer Key
Pig By-Products Math
Pigs are raised mainly for meat. Other parts of the pig's body are used to manufacture items, which are
called by-products.

1. Bones and skin from the pig are used to make gelatin and g l u e

2. Glycerin is used in making lipstick and c r a y o n s.

3. Glass and fertilizer can be produced from b o n e m e a l

4. Dried bones are used to make buttons and c h I n a dishes.

5. Pig pancreas glands are a source of insulin, which is used to treat
d I a b e t e s

6. Because it is like human skin, pig skin is used in treating b u r n s

7. Pigs can help humans who have growth problems through the use of their
h o r m o n e s

8. Pig heart valves have been implanted in human h e a r t s

Adapted from the Illinois Pork Producers Association, 6411 S. Sixth St., Springfield, IL 62707, (217) 529-3100.


yang saya tahu sebelum ini,antara bahan yang bersumber dari BABI ialah emulsifier (digunakan di dalam coklat,kek dan aiskrim),bulu yang dibuat berus gigi,kulit yang dibuat kasut.jadi saya sedaya upaya cuba elakkan tiga perkara tersebut.tapi selepas menonton slide Dr.Pazim,saya benar-benar sedar tiada apa benda yang boleh dimakan di dunia ini melainkan makanan ciptaan Allah;nasi,sayur dan ikan.

saya pulang sambil termenung melihat kedai-kedai runcit.tiada lagi yogurt dan minuman kotak yang saya gemari.kerana jika diteliti makanan kita sekarang,dalam jus buah sekalipun ada ditambah food stabilizer.shortening pula antara bahan pembaik roti yang saya selalu makan.maka tiada peluang lagi untuk saya jamah makanan-makanan ini.walaupun berat,saya akan mula jauhi benda-benda ini.saya jadi insaf akan betapa kuatnya iman para sahabat yang terus melemparkan bejana arak tatkala ayat tahrim sampai ke telinga mereka radhiallahu'anhum.saya tak mampu berbuat demikian!namun walaupun beransur-ansur,saya tetap akan cuba.

akhirnya saya temui kebenaran sabda Baginda Rasulullah s.a.w,dunia adalah penjara bagi mukmin.rupanya ia penjara yang tidak disedari. kita dikawal oleh kafir.diberi makan dengan makanan mereka dan dipaksa hidup dengan cara mereka.terpaksa beli barangan mereka dan terpaksa bekerja di premis-premis mereka.bukankah ini perhambaan yang sebenar?ibarat banduan di penjara yang terpaksa makan apa sahaja yang dihidangkan,guna sahaja bantal selimut yang disediakan tanpa sebarang pilihan.kita pula guna sahaja handset dan laptop keluaran mereka tanpa sebarang pilihan.CEKIK sahaja 7up dan McD tanpa sebarang pilihan!berbanding mereka yang terkurung di Gaza,kitalah sebenarnya yang terkurung dalam dunia acuan kafir!

begitu juga sabda Baginda Nabi s.a.w,"islam itu bermula dengan asing dan akan kembali asing,maka beruntunglah orang yang asing"...mananya tak pelik dan asing kalau pergi kedai dok membaca label.orang sambar ajelah,yang dia sibuk nak perati tulisan macam semut.mananya tak pelik dan asing kalau orang semua suka lantak coke tetiba dia sorang nak boikot.mananya tak pelik dan asing kalau orang dok mengubat senggugut dengan mirinda tapi dia sanggup berguling tahan sakit perut sebab boikot mirinda.mananya tak asing...........

tapi terasing di dunia yang sekejap ni apalah sangat berbanding duduk di halaqah Rasulullah di syurga yang kekal...apalah sangat nilai cadbury berbanding satu doa mustajab yang menghancurkan tembok Gaza.ingat sabda Baginda,MAKA BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG ASING......



jangan sebut ayat "kalau macam tu,nak makan apa?". banyak lagi makanan semulajadi kat dunia ni.kita cuma perlu ubah mindset dan paradigma,kita cuma perlu berubah dan 'back to nature'.memang makanan semulajadi pun dah tak berapa selamat tapi sekurang-kurangnya kita tau ia tak syubhah dan tak datang dari BABI!sedar tak,atuk nenek kita dulu makan semua benda semulajadi dan lahirkan kita.mati tak,tanpa snickers dan pepsi?mati tak tanpa kfc?tidak....kita boleh berubah!diriku,sahabat-sahabat,ayuh mula periksa makanan anda.ayuh sucikan darah daging kita dari sumber haram dan BABI.mudah-mudahan dari kita akan lahir generasi suci yang mendaulatkan TAUHID di mukabumi..

p/s:dalam satu kursus lain di rumah Penang,ada pegawai JAKIM ngaku diorang tak mampu nak pastikan ayam KFC disembelih dengan betul mengikut syarak.atau kata lainnya,diorang sendiri x sure yang KFC tu halal.diorang pun xbagi anak-anak diorang makan KFC dan siap marah bebudak agama yang selalunya memenuhi KFC...so kita cemana?dah tau ni,nak makan lagi?esok kat depan Allah jangan jawab "saya xtahu pun!"

Ahad, 18 Julai 2010

Lewat Kusedari Nilai Cintamu

Cuti yang paling terdesak rasanya, ialah cuti tahun ini. jiwa saya terbelah tiga antara tugas dengan persatuan, belajar di kursus dan bengkel2, juga meluangkan masa bersama sahabat2 yang akan pulang ke tanahair.

semalam bermalam di ARMA, cuba meluangkan masa bersama seorang yang istimewa. masa yang hanya beberapa jam itu saya beli dengan Kursus Kefahaman Pengurusan Islam sebagai galang gantinya. agak sedih dan ralat kerana tidak dapat menghadiri malam penutup kursus yang sangat best tu tapi saya percayakan diri, pilihan saya ini tidak salah.

kerana seorang yang istimewa itu,ialah kakak senior yang menyambut ketibaan saya ketika mula menjejakkan kaki di sahra' ini.kami hanya rapat sebagai ahli bait. pernah makan,tidur,bertadarus,bersuap dan bergelumang kuih raya bersama-sama pada 2008 yang lalu.kakak itu, dengan jawatannya sebagai setiausaha di sebuah BKAN sangat sibuk dan kurang waktu untuk bersama. jika freshie lain sudah dibawa berjalan merata, kami di 302 hanya tahu shopping di sekitar Bauwabah dan Gaami' sahaja.namun dalam sibuknya kakak itu tetap cuba mencari sela waktu untuk bersama adik-adiknya. masakkan apa yang teringin. bawa ke mana mahu. dia yang mula-mula mengajar saya memanjat bas yang sedang bergerak di tengah jalan.kenangan yang tidak dapat dilupakan.

kemudian takdir dan masa memisahkan kami.kakak dan Anem berpindah ke ARMA.Saya berpindah khidmat ke BKAN lain.Qila keluar ke rumah sewa.akhir sekali rumah bahagia kami dirombak penghuninya.kemesraan semestinya semakin renggang,tambah pula bila masing-masing dihimpit urusan tapi lantaran kasih sayang yang berkesan di hati,kami berkumpul semula di akhir waktu.kakak akan pulang ke Malaysia!

saya fikir selepas pertemuan singkat malam tadi,dapat mengirimkan ole-ole buat ibunya,dapat mengemaskan kotak barangnya,tanggungjawab saya sudah terlaksana.saya tidak perlu menghantarnya ke mator lantaran punya tugas yang lebih penting. pada 20 Julai program mega BKAN akan bermula.mana mungkin sehari sebelumnya saya berkubang di airport!

tetapi detik pagi tadi merubah fikiran saya.

saya,kakak dan Qila keluar bertiga dari ARMA ke Madinah Nasr.kakak turun di kuliah banat.di kawasan pertama kali dia mengajar saya memanjat bas yang sedang berjalan.tiba-tiba saya teringat kenangan tu.teringat kakak yang sayangkan saya,sebagai saudara sesama perantau.teringat kakak yang berhempas-pulas meluangkan masa untuk saya dalam kesibukannya sebagai petugas islam.hari ini bila saya berada di tempatnya,saya tidak mampu beri apa yang pernah saya terima dulu.

hati saya kosong melihat kakak turun.melihat kelibatnya dari belakang yang saya kira buat kali terakhir,entah berjumpa lagi atau tidak.tiba-tiba sayu di atma.pada saat terakhir ini baru saya sedar saya sayangkannya!

saya selalu begitu.
dulu,saya baru sedar sayangkan abang pada hari dia ke luar negara.
sedar sayangkan nenek hanya pada hari kewafatannya.
justeru saya banyak mengabaikan kasih sayang di sekeliling saya.

kasihi semua orang di sisi anda.
peka akan sayang dan cinta mereka.
walaupun dunia berada di hujung jari,kasih-sayang jugalah bekal yang kelak dibawa mati.

selamat pulang,selamat berjuang; kak Wan Hasanatul Laila.
uhibbuki fillah...
ilal liqa', ma'assalamah...

Rabu, 14 Julai 2010

...Terbang Tanpa Sayap...

Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be



Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing
You're flying without wings

Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry



You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings

So, impossible as they may seem
You've got to fight for every dream
Cos who's to know which one you let go
Would have made you complete



Well, for me it's waking up beside you...my GOD
To watch the sunrise on your sky
To know that I can say I love you
In any given time or place

It's little things that only I know
Those are the things that make me yours
And it's like flying without wings
Cos you're my special thing
I'm flying without wings



And you're the place my life begins
And you'll be where it ends

I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings...

Isnin, 12 Julai 2010

Di Sempadan Ini



( Cerpen didedikasikan khas buat memperingati pembunuhan tragis sukarelawan Amerika, Rachel Aliene Corrie yang mati digilis bulldozer Israel pada 16 Mac 2003 )

* * *

Mama, hari ini genap tiga bulan saya di sini. Saya sudah dapat menyesuaikan diri meskipun keadaan benar-benar di luar jangkaan. Mama, di sempadan ini kematian berlaku setiap hari, hingga ia lebih dianggap biasa daripada kehidupan. Tentera-tentera penjajah mengacukan senjata kepada kami siang dan malam.

Saya kirim foto lagi buat tatapan kalian. Biar ia menceritakan segala. Mama, saya rindukan rumah. Tapi maaf, saya belum mahu pulang. Tanah ini mengajar saya erti syukur dan sederhana. Mama, saya rindukan kalian. Peluk cium saya untuk mama, papa, Allen dan Cody juga salam sayang dari teman-teman saya di sini. Sampai bertemu lagi dengan kasih sayang dan kerinduan.

Anakanda Rachel Rafah, Gaza.


* * *

"Triiit....". Rachel menyambar telefon bimbit, lihat nombor Sidney tertera.

"Hei Rach, kami tunggu awak di rumah Encik Sofwan. Jangan lewat ok".

"Ya Sid, saya datang".

Pagi sudah mula memanas. Kejiranan Bir Naema lengang dan senyap-sunyi. Sebahagian besar rumah di situ telah dimusnahkan oleh tentera Yahudi. Hanya sebahagian kecil yang masih tinggal. Anak-anak mereka yang berkeliaran bermain di celah runtuhan berlari mendekat sebaik melihat kedatangan mereka.

"Hei Rachel, kaif Bush?"

"Bush majnoon", sambut Rachel galak dengan gayanya mengundang tawa kumpulan kanak-kanak itu.

Matahari terik memanah ubun-ubun. Rachel menyeka peluh yang meleleh di dahi. Rambut perangnya diikat kasar sambil mendengar perbualan Matt dan Sean sekali lalu. Will berbaring santai di atas pasir sementara dia dan Sidney masih di mulut perigi, mencabut rumput yang tumbuh meliar.

Itulah kerja mereka saban hari, menjaga sumber air penduduk yang sering menjadi sasaran Yahudi untuk diracun. Dari enam telaga yang ada di kawasan itu, empat daripadanya sudah tidak boleh digunakan. Kini perhatian mereka seratus peratus tertumpu kepada dua telaga yang berada di Bir Naema itu.

Pernah mereka didatangi sekumpulan tentera Yahudi dengan selori pasir mahu menimbus perigi itu. Tetapi akhirnya ketegasan dan diplomasi mereka berjaya menyekat niat si penjajah. Sekumpulan tentera itu pergi begitu sahaja.

Yahudi sebenarnya pengecut.

Rachel mengimbas kata-kata Ruqayya, anak perempuan Dr. Nasralla yang menjadi keluarga angkatnya di situ. Ruqayya sering menceritakan pengalamannya berdepan dengan tentera Yahudi. Selalu juga dibacakan kisah-kisah Yahudi di dalam Al-Quran. Penipu, pengkhianat, pembunuh, semua dilihat kebenarannya di depan mata. Kadang-kadang takjubnya sampai membuat dia terfikir bahawa kitab orang Islam itu benar.

"Malam ni kita semua dipanggil berkumpul di pejabat", Sean bersuara menarik perhatian teman-teman.

"Israel akan lancarkan semula operasi 'pembersihan rumah'. Mungkin Nick akan bahagikan kita ikut kawasan jagaan nanti".

Operasi pemusnahan kediaman penduduk di sempadan Rafah berjalan dengan rancak ketika dia mula tiba di Gaza awal tahun itu. Penduduk yang tidak berdaya melawan hanya mampu melihat rumah mereka ranap di depan mata. Namun operasi itu telah berjaya dihentikan sebulan lepas lantaran menerima tentangan hebat kumpulan mereka. Pihak Yahudi yang bersenjatakan bulldozer agam setinggi bangunan dua tingkat alah dengan mereka yang cuma bersenjatakan pembesar suara. Rumah terakhir yang berjaya mereka selamatkan adalah rumah Dr. Nasralla, ayah angkatnya sendiri.



"Saya sudah mengenalpasti beberapa kawasan yang menjadi sasaran utama Israel. Di setiap kawasan ini saya akan letakkan satu kumpulan kecil yang saya sudah bahagikan".

Rachel kembali ke ruangan sederhana luas itu, ibu pejabat rasmi Gerakan Solidariti Antarabangsa cawangan Gaza. Nicholas, ketua mereka yang berbangsa Jerman tegas memberi taklimat di hadapan.

"Dennis, Tom, Hannah dan Rachel, awak semua di Bir Naema".


Bayu malam awal musim bunga dingin menghembus kulit. Rachel bergulung di dalam selimut lusuh memerhatikan Ruqayya, menghayati bacaan Al-Qurannya di tengah kesenyapan malam. Suaranya biasa-biasa tapi cukup menghadirkan perasaan luarbiasa kepada Rachel yang mendengar penuh takjub.

"Kamu belum tidur?"

Terkejut dia disapa Ruqayya yang entah bila menyudahkan bacaan. Si manis tujuh belas itu meniarap di sebelah, membentang buku sekolahnya yang sudah tidak berkulit.

"Rachel, saya masih tak faham. Kenapa kamu datang ke sini?", seperti biasa gadis bijak itu memulakan topik. "Kamu semua hidup selesa di negara masing-masing, apa yang kamu cari lagi di sini?"

Rachel mengerdip mata. Ah, gadis mentah ini...jiwanya terlalu polos! "Kami tak miliki segalanya, Ruqayya...dan di sini kami temui apa yang kami cari"

"Apa yang kamu cari?" "Kemanusiaan". Ruqayya melongo tak mengerti. "Kamu cari kemanusiaan di tempat yang tiada perikemanusiaan ni?"

Rachel senyum dalam samar lilin. Ruqayya bingkas duduk.

"Kamu semua sukarelawan GSA, Kamu berdiri melindungi rumah-rumah kami dengan tangan kosong...kamu sedar tak dengan siapa kamu berhadapan? Kamu tahu tak kamu gila?".

Rachel bangkit perlahan merenung mata Ruqayya yang berkaca. "Ruqayya, kami datang menentang dangan aman. Kami pertaruhkan status 'antarabangsa' kami untuk melindungi bangsa kamu. Bukankah kita semua warga dunia yang perlu saling membantu?"

Ruqayya tunduk. Bahunya terhinggut-hinggut.

"Rachel, kamu orang Kristian...datang dari jauh untuk menyapu airmata kami...sedangkan saudara Islam kami yang dekat menolong musuh untuk menumpahkan darah kami...". Rachel dijentik pilu. Tubuh kurus Ruqayya didakap ke dada. "Rachel, masuklah Islam. Jadilah saudara kami."

Deruman enjin jentolak bergema dibawa angin. Cukup memberi kepastian akan kemaraan tentera Yahudi mahu memusnahkan kediaman penduduk Gaza. Rachel masih di tepi perigi itu, mengulum gundah. Khuatir akan keselamatan rumah keluarga angkatnya di Haiyu Salam yang menjadi sasaran utama. Matanya merenung ke ufuk.

Pagi tadi dia tidak sempat bertemu Ruqayya. Ruqayya sudah ke sekolah ketika dia bangkit dari lena. Mujur dia sempat meninggalkan nota, harap Ruqayya akan menyimpannya sebagai kenang-kenangan. Kata-kata Ruqayya malam tadi masih berlegar di benak. Masuklah Islam, jadilah saudara kami. Akibatnya dia bermimpi pelik malam tadi.

Mimpi pelik yang indah, dia bertemu bonda Maria yang bertudung litup seperti Ruqayya. Bonda Maria memegang tangannya mesra dan berbisik, "Anakku, Allah cuma satu. Tidak lahir dan tidak melahirkan.". Namun baru hendak memikirkan maksud mimpi itu, panggilan dari Jesse, sukarelawan Kanada membuatnya tersentak.

"Rachel, lekas pulang ke Haiyu Salam. Rumah Dr. Nasralla akan dirobohkan!"

Kejiranan Haiyu Salam heboh. Bunyi dengungan jentolak melantun-lantun di udara. Penduduk mengerumuni rumah Dr. Nasralla melihat para sukarelawan berkumpul menghalang jentolak dari terus mara. Kumpulan sukarelawan yang asalnya berlima mula bertambah. Seorang demi seorang datang bergabung.



"Sila berhenti. Anda tidak berhak memusnahkan harta orang lain", suara Liam, sukarelawan China bergema dari corong pembesar sementara Khaled dan Omar dari Turki mengibar kain rentang gerakan mereka.

Rachel berlari terkocoh-kocoh. Bersyukur dia sempat tiba. Pandangan lantas menerpa wajah Sidney yang berlumur cemas. "Rach, diorang nekad. Seorang remaja dah ditembak. Tak tahulah kali ni dapat selamat ke....."

"Ssyttt...", Rachel menggeleng memotong. Tanpa sepatah kata dia meninggalkan Sidney, segera mendapatkan megafon dari Liam. Darahnya benar-benar mendidih. "Tentera Israel, sila tinggalkan tempat ini. Kami merayu anda, sila berundur sekarang".

Jentolak 300 meter di hadapan mengaum garang. Rachel melambai-lambai saat jentolak itu mara perlahan. "Berhenti! Sila berhenti. Kami dari Gerakan Solidariti Antarabangsa minta anda berhenti sekarang!" Rachel nekad berlutut ke tanah. Tangan didepang ke udara. Hari ini tubuhnya dijadikan perisai. Hannah di belakang memanggil cemas. Begitu juga suara Tom, Will dan teman-teman yang kian tenggelam jauh. Rachel tidak peduli. Yahudi laknat itu sangka cuma mereka ada kehendak?

Ngauman bertukar perlahan. Jentolak berhenti beberapa inci di hadapannya menolak timbunan tanah ke lutut. Rachel bingkas memanjat timbunan itu hingga ke puncak. Jelas dia melihat pemandu jentolak dengan seorang askar Yahudi di dalam kokpit. Tangan dilambai memberi isyarat. "Sila berundur. Kamu faham tak? Berundur sekarang!"

Ruqayya berlari termengah-mengah mendapatkan orang ramai yang mengerumuni rumahnya. Dengan beg sekolah masih di bahu, dia menyusup ke belakang rumah. Terbelalak melihat Rachel di atas timbunan tanah di depan jentolak. Ruqayya menerpa ke tanah lapang tapi segera ditarik Ummu Zainab, jirannya. Jiran-jiran yang lain mula mara mahu mengepung Yahudi-Yahudi itu namun tiba-tiba jentolak bergerak semula melanggar timbunan tanah di depan.

Rachel hilang keseimbangan. Jatuh terbenam. Jentolak bergerak terus. Sidney menjerit haru. Kumpulan aktivis tergamam kaku. Dr. Nasralla menerpa marah. Ruqayya menangis histeria.

Rachel mendengar semuanya sayup-sayup dari bawah jentolak gergasi Caterpillar D9. Dia lihat Bonda Maria dalam mimpinya. Bonda Maria tersenyum manis menghulurkan tangan.

"Anakku, Allah tuhan yang satu. Tidak lahir dan tidak melahirkan. La ilaha illallah."

* * *

Dear Ruqayya, We should be inspired by people like you who show that human beings can be kind, brave, generous, beautiful, strong, even in difficult circumstances. Follow your dreams, believe in yourself and don't give up.

Much love and respect, Rachel from Olympia, Wahington, US.

* * *

Khamis, 17 Jun 2010

Pendedahan Peristiwa Sebenar di Mavi Marmara

Muhammad Arham Munir Merican b. Amir Feisal Merican
www.iLuvislam.com


Beberapa hari lepas saya berkesempatan menonton satu program bual bicara bersama 12 orang aktivis Malaysia yang berada di atas Mavi Marmara di RTM 1. Para aktivis telah mendedahkan peristiwa sebenar apa yang berlaku diMavi Marmara tersebut. Pelbagai kekejaman dan keganasan teroris Israel telah didedahkan oleh mereka.

Dalam rancangan sama, mereka telah ditanya tentang sebuah video yang dirakamkan oleh tentera Israel yang menggambarkan aktivis secara beramai-ramai telah menyerang tentera. Mereka telah mengakui video tersebut memang betul tetapi tidak menunjukkan peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku. Jika kita tengok video di atas memang kita juga mungkin menyangka yang kenyataan teroris Israel yang mengatakan mereka menembak untuk mempertahankan diri adalah munasabah tetapi jika mengetahui perkara di sebalik kejadian itu nescaya kita akan mula merasa jijik dengan sikap Israel laknatullah itu.

Menurut salah seorang aktivis, kejadian memukul teroris Israel dengan batang besi dan sebagainya hanya bermula selepas teroris tersebut melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup sehingga ada yang syahid. Secara ringkasnya perbuatan aktivis itulah yang benar dikatakan sebagai mempertahankan diri. Bayangkan mereka hanya bersenjatakan batang besi yang dikatakan dipotong daripada beberapa bahagian kapal menentang teroris Israel yang lengkap bersenjatakan senapang dan sebagainya. Siapa yang salah sebenarnya?

Di samping itu, juga didedahkan kronologi dan cerita sebenar yang sangat menarik untuk dikongsikan. Secara ringkasnya, teroris Israel telah memulakan serangan dengan menembak peluru getah ke arah kapal dan juga ada antara tembakan tersebut telah mengena para aktivis yang berada di atas dek. Sebelum itu, para aktivis telah diingatkan oleh pihak penganjur supaya JANGAN MEMBUNUH dalam apa jua keadaan dan perkara ini telah difahami oleh semua.

Selepas kejadian tembak-menembak peluru getah itu, muncul pula sebuah helikopter Israel dan cuba menurunkan beberapa orang teroris ke atas dek. Para teroris tersebut telah 'disambut' oleh beberapa orang aktivis yang telah dengan pantas menarik para teroris dan telah bertindak merampas senapang mereka dan dibuang. Boleh sahaja jika para aktivis menggunakan senapang tersebut untuk menembak tetapi apa yang dibuat ialah senapang tersebut dibuang. Kemudian para teroris yang ditawan telah diikat dan semua kelengkapan ketenteraannya telah dibuang bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, helikopter pertama tadi telah hilang sejurus selepas mereka disuluh oleh lampu spotlight yang dihalakan oleh para aktivis. Teroris TAKUT dan menyangka bahawa mereka akan diserang. Setelah itu, muncul pula helikopter kedua dan lantas melepaskan tembakan rambang dari atas helikopter yang telah membunuh 9 orang aktivis sebelum menurunkan beberapa lagi teroris Israel. Peristiwa inilah yang telah menyebabkan para aktivis bertindak spontan memukul para teroris yang turun dengan batang-batang besi hanya semata-mata untuk mempertahankan diri. Bendera putih juga dikibarkan tetapi tembakan tetap diteruskan. Untuk pengetahuan, tembakan yang dilepaskan tadi juga telah terkena seorang teroris Israel dan betapa mulianya hati para aktivis apabila dia telah diberikan rawatan oleh seorang doktor dari Malaysia!

Setelah itu, kerana bimbang berlakunya lebih banyak kematian, kapten kapal Mavi Marmara telah mengarahkan semua aktivis untuk menyerah diri, duduk, membaca Al-Quran, dan berdoa. Arahan ini telah dipatuhi oleh semua aktivis. Setelah menyerah diri semua aktivis telah diperlakukan dengan kejam. Mereka telah diikat dan semua barang elektronik mereka telah dirampas. Kemudian banyak lagi perbuatan kejam terhadap mereka telah dilakukan oleh teroris Israel sehinggalah mereka dipenjarakan dan akhirnya dibebaskan setelah pihak Israel mendapat ancaman daripada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mengugut akan memulakan serangan terhadap Israel jika para tahanan diapa-apakan. Betapa pengecutnya pihak teroris Israel ini.

Sekian sahaja.


Keberangkatan Freedom Flotilla

Beristiqamahlah kita dalam menyokong perjuangan orang Islam Palestin dan saya menyeru kepada semua agar kita sama-sama berazam untuk membantu mereka tidak kira dalam apa jua keadaan mengikut kemampuan kita sehinggalah kita mencapai syahid. Insya-Allah

YA ALLAH HANCURKANLAH REJIM ZIONIS. YA ALLAH BANTULAH UMAT ISLAM DAN PARA MUJAHIDIN DI IRAQ, AFGHANISTAN, PALESTIN DAN SELURUH DUNIA.

'SOKONGAN' Mahmoud Abbas kepada Gaza

Selasa, 15/06/2010 – Mahmoud Abbas telah menyatakan bantahanya terhadap pemberhentian sekatan jalan laut ke atas Gaza sambil menyifatkan pemberhentian sekatan tersebut dan tindakkan menghentikan penderitaan penduduk Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas.

Memetik ulasan akhbar yahudi “Haaretz” bertarikh Ahad : 13/06 berhubung kenyataan Mahmoud Abbas semasa perjumpaan beliau secara bersemuka dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama : “Abbas telah berkata dengan lidahnya sendiri bahawa : Menghentikan sekatan dari jalan laut terhadap Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas,dan tindakan tersebut merupakan suatu langkah yang tidak sepatutnya dilakukan buat masa ini”.

Perlulah dinyatakan di sini bahawa kenyataan Mahmoud Abbas tersebut serentak dengan kunjungan Amru Musa Setiausaha Agung Liga Negara-Negara Arab ke Gaza yang mana beliau telah berucap di dalam Sidang Akhbar sesampainya beliau ke sana : “Kita harus menamatkan segera sekatan yang telah dikenakan ke atas Gaza selama empat tahun berturut-turut ini”

Khamis, 10 Jun 2010

Nak Share Artikel Best

Rehlah Mencari Faham Dalam Agama
June 7th, 2010 by Abu Saif 5:22 pm


Macam mana kalau terlepas kenduri kahwin adik beradik?

Soalan seperti ini timbul. Saya baru sahaja menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Tempatnya jauh. Perginya, tidak mudah untuk kembali.

Tetapi jika soal majlis kenduri kendara sahaja yang timbul, saya tidaklah terlalu teragak-agak untuk membuat pendirian.

“Insya Allah, sanggup” saya menjawab dengan tenang.

Abang saya yang sulung tersenyum.

“Bagaimana pula jika semasa di perantauan, bonda yang semakin uzur kembali ke Rahmatullah?” soalan ini timbul.

Tersentap jantung saya memikirkannya.

Usahkan bonda, bisa sahaja saya yang mati di perantauan. Dihantar ke pengajian dengan harapan pulang bersama segulung ijazah, tetapi yang pulang sekujur jenazah! Mati di mana-mana dan boleh sahaja untuk sesiapa.

Namun dengan persoalan itu, saya memaksa diri berfikir panjang. Mengapa saya mahu ke Jordan? Harganya bukan murah, selain wang ringgit, pilihan ini perlu dibayar dengan kesunyian seorang ibu bertahun-tahun lamanya, terpisah dari keluarga, kehilangan rakan sebaya dan semakin tidak kenal saudara mara. Mengapa saya perlu ke Jordan?

Adakah semata-mata mahu menaiki kapal terbang?

Sekadar mahu menggomol salji?

Menghantar gambar ke ruangan Salam Perantauan di akhbar-akhbar menjelang hari raya?

Sekadar itu?

Lembaran mushaf diselak, mencari jawapan-jawapan daripada Allah. Kalau-kalau ada panduan tempat berpegang.

MENCARI MANUSIA PALING BERILMU

“Siapakah manusia yang paling berilmu?” seorang lelaki daripada kalangan Bani Israel bertanya.

“Aku!” Musa ‘alayhi al-Salaam menjawab.

Jawapan Musa itu ditegur oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.

“Sesungguhnya, seorang hamba di kalangan para hamba-Ku yang tinggal di pertemuan dua laut, dialah yang lebih alim daripada kamu,” Allah mewahyukannya kepada Musa.

“Wahai Tuhanku, bagaimanakah caranya aku dapat bertemu dengannya?” Musa meminta panduan.

“Bawalah seekor ikan (sebagai bekalan makanan di dalam perjalanan) dan letakkanlah ia di dalam raga. Apabila ia hilang, di situlah tinggalnya dia (Khidir)” Allah memberi panduan.

Hadith riwayat al-Bukhari itu, adalah muqaddimah yang menjelaskan tentang perjalanan Musa bersama pembantunya Yusha’ bin Noon pada mencari ilmu. Rehlah menuntut ilmu adalah Sunnah yang mesti diambil pada mencari FAHAM dalam AGAMA.

Rehlah menuntut ilmu bukan rehlah sebarangan.

Ia seumpama seorang mujahid keluar ke medan perang. Justeru Allah namakan ia sebagai NAFAR (Al-Taubah : 122).

Justeru, kemahuan pada memulakan langkah kembara menuntut ilmu memerlukan kepada kesungguhan yang mutlaq. Bukan mencuba-cuba, bukan hangat-hangat tahi ayam.

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya (Yusha’ bin Noon): “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus ke suatu masa yang tidak pasti” [al-Taubah 18: 60]

Perjalanan Musa mencari Khidir bukanlah pada mencari ilmu biasa-biasa.

Apa yang dicari adalah HIKMAH.

Ilmu yang bukan bertulis dan terus difaham, tetapi ilmu yang dibentuk oleh laku untuk dihadam.

Bukan sekadar menjadi alim, tetapi mahu menjadi hakim, yang bijaksana.

AZAM YANG BESAR

Justeru Musa meletakkan azam yang besar.

Beliau memberitahu temannya Yusha’ bin Noon:

“Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu…”

Sekali kaki dilangkah, perjalanan akan diteruskan hingga sampai ke destinasi. Cirinya sudah diberitahu, namun lokasinya tiada siapa yang tahu. Musa harus mencari Khidir, untuk belajar ilmu besar tentang kehidupan. Ilmu yang menuntut sabar dan tekun. Ilmu yang perlu kepada melihatnya dengan mata hati yang bertaakul dan bukan ilmu segera yang biasa-biasa.

Andai apa yang dicari tidak ditemui?

“… atau aku berjalan terus ke suatu masa yang tidak pasti!”

Musa tidak akan berhenti.

Beliau akan terus berjalan.

Dalam satu tempoh masa yang luar biasa. Tempoh masa yang tidak pasti.

Huquba yang digunakan di dalam ayat itu, memberi erti satu tempoh masa yang tidak ditentukan penghujungnya.

“Mereka (Ahli Neraka) itu tinggal di dalamnya berkurun lama…!” [al-Naba' 78: 23]

“Sabar ya, emak. Insya Allah empat tahun lagi anakanda pulang” saya memeluk ibu dalam tangisan dan air mata.

Lapangan Terbang Antarabangsa Abdul Aziz Shah, Subang menyaksikan perpisahanku daripada keluarga.

Perjalanan yang kujanjikan empat tahun.

Namun ia adalah sebuah HUQUBA yang tidak dapat ditentukan hujungnya.

Ia bukan empat tahun.

Perpisahan selama 11 tahun.

Dan aku masih meneruskan perjalanan mencari hikmah kehidupan itu. Berbekalkan lidah yang mesti dididik pada bertanya dan berkata.

Mencari hikmah dalam pelbagai keajaiban hidup.

Pada rehlah mencari faham dalam agama.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Sabtu, 5 Jun 2010

Cerita Dari Sebalik Tembok

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.


salin dari website CheDet.

Ahad, 30 Mei 2010

Kepada 'Kafir Bangga' : MELOGIKKAN PERISTIWA ISRA’ MI’RAJ

Isra’ Mi’raj adalah salah satu peristiwa penting dalam sejarah agama Islam yang mana kisahnya telah dirakamkan oleh Allah s.w.t secara ringkas pada permulaan surah Al-Israa’. Peristiwa besar ini berlaku pada malam 27 Rejab, sekitar tahun 621 masihi iaitu beberapa tahun sebelum Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Dalam peristiwa ini Baginda Rasulullah s.a.w telah diperjalankan pada malam hari dari Mekah ke Baitul Maqdis bersama sahabatnya Jibril a.s sebelum diangkat ke Sidratul Muntaha. Dalam peristiwa ini juga Rasulullah s.a.w telah menerima kewajipan solat lima waktu ke atas Baginda dan umat Islam seluruhnya. Kisah peristiwa Isra’ Mi’raj ini selain telah direkodkan di dalam Al-Quran dan hadis, turut diriwayatkan dengan sangat masyhur oleh para ulama’ dan ianya tertulis dalam kitab-kitab rujukan muktamad. Ia merupakan salah satu daripada sekian banyak mukjizat Rasulullah s.a.w yang mana umat islam wajib beriman dengannya dan mengingkari mukjizat rasul dikira kafir dan wajib bertaubat.

Namun begitu seperti biasanya musuh Islam yang mendewakan akal (atau sebenarnya syaitan) amat gemar menjadikan perkara-perkara mencarik adat ini sebagai tohmahan kepada agama Islam sedangkan jika dinilai semula ianya jelas menzahirkan kesilapan pihak yang mendakwa,bahkan semestinya agama Islam itu tiada kekurangan kerana datangnya dari tuhan yang mencipta sekelian alam. Lebih menyedihkan apabila tohmahan itu datangnya dari umat Islam sendiri yang tidak memahami agama anutannya lalu ketidakfahamannya itu menjadikan dia kufur sebelum bertanya.

LOGIK AKAL vs LOGIK TUHAN

Sebelum bercakap tentang Isra’ Mi’raj, lebih baik dijelaskan kedudukan akal manusia dan batas fikirannya. Islam merupakan agama yang paling mengiktiraf kedudukan akal manusia lantaran itu di dalam Al-Quran terdapat banyak sekali nas-nas yang menyuruh manusia merenung dan berfikir. Allah yang maha pemurah sentiasa mahu mengurniakan hikmah dan pengetahuan kepada hamba-hambanya yang mahu berfikir dan mencari rahsia di sebalik setiap kejadian alam ini. Di dalam satu ayat Al-Quran Allah telah menyebutkan bahawa sesiapa yang diberi hikmah maka sesunguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak, dan hikmah ini tidaklah diperolehi percuma melainkan dengan berfikir dan merenung ciptaan tuhan.

Buktinya dengan kemajuan sains dan teknologi pada zaman ini telah banyak sekali ilmu Allah disingkapkan kepada manusia. Jika umat dahulu mengimani pengharaman arak dengan semata-mata ayat Al-Quran, umat hari ini diperlihatkan mudharatnya kepada akal dan jasad. Jika umat Islam dahulu hanya boleh membaca proses penciptaan manusia daripada setitis mani kepada seorang bayi di dalam Al-Quran, umat Islam kini bahkan sudah boleh menontonnya di dalam Youtube. Semuanya adalah rahmat daripada Allah s.w.t yang menyingkapkan ilmuNya kepada hamba yang mahu berfikir dan mengkaji. Apa yang tidak dibukakan kepada umat dahulu telah dibuka kepada umat hari ini mengikut perkembangan tingkat akal fikiran mereka. Namun begitu dengan nisbah kemampuan akal manusia yang terbatas, mereka hanya dapat memikirkan beberapa perkara sahaja dan selebihnya diserahkan kepada kebijaksanaan Allah s.w.t. Perkara-perkara ini jika disingkap kepada manusia boleh jadi akan punah akalnya yang kecil kerana mahu menampung ilmu Allah yang maha luas, seperti karamnya bot-bot pendatang asing yang terlebih muatan.

Buktinya, dengan kecanggihan teknologi di zaman ini masih ada perkara yang tidak dapat dijelaskan oleh kajian sains iaitu alam roh dan perkara ini awal-awal sudah dibataskan oleh Allah s.w.t pada 1400 tahun silam melalui firmannya yang bermaksud :
“…katakanlah (hai Muhammad) ruh itu adalah daripada urusan tuhanku, dan kamu tidak diberikan ilmunya melainkan sedikit” –Surah Al-Israa’,85.

MELOGIKKAN PERISTIWA ISRA’ MI’RAJ

Peristiwa Isra’ Mi’raj seperti yang telah diterangkan di atas, adalah mu’jizat Rasulullah s.a.w yang mana mu’jizat ini jika ditinjau fungsinya, sememangnya adalah untuk melemahkan atau melawan akal manusia. Bukan sahaja peristiwa Isra’ Mi’raj, bahkan sekian banyak mukjizat yang pernah dikurniakan kepada rasul-rasul tidak ada yang dapat dibuktikan oleh sains, seperti unta Nabi Soleh yang keluar daripada batu dan tongkat Nabi Musa yang bertukar menjadi ular. Apatah lagi perjalanan Rasulullah s.a.w yang naik ke langit dan pulang semula ke bumi dalam sekejap masa -hanya satu malam- dengan tanpa menaiki pesawat apatah lagi space shuttle. Perkara ini jika ditimbang dengan keterbatasan akal manusia, semestinya tidak logik, mustahi dan tidak masuk akal. Akan tetapi jika ditimbang dengan ilmu dan kuasa tuhan yang tiada batasan, maka tiada apa yang mustahil di atas dunia ini.

Namun begitu dalam menghadapi tohmahan daripada pihak kafir mulhidin yang tidak percayakan tuhan dan tidak menerima sebarang penjelasan berbentuk sami’na wa ato’na, mahu tidak mahu perkara begini perlu diberikan logiknya. Bukan mustahil….kerana sebenarnya semua perkara di dalam dunia ini logik dan masuk akal belaka. Cumanya ia tidak dibukakan kepada manusia (mungkin) kerana sebab yang telah dijelaskan di atas – akal manusia tidak tergagah untuk memahami logik tuhan. Hanya sesetengah perkara dibukakan kepada sesetengah hambaNya yang terpilih, seperti Imam Abu Hanifah yang dapat mengumpamakan kewujudan Allah seperti lemak di dalam susu – akal mengakui kewujudannya tapi tidak boleh menerangkan kedudukannya.

Begitu halnya peristiwa Isra’ Mi’raj. Perumpamaannya boleh dilihat dalam satu rakaman sirah perbualan Rasulullah dan para sahabat Baginda. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah mengkhabarkan kepada para sahabatnya keadaan di akhir zaman di mana besi akan berterbangan di langit. Para sahabat pada waktu itu sangat hairan dan takjub apakah halnya besi berterbangan di langit sedangkan mereka pada waktu itu hanya menggunakannya sebagai senjata atau perkakasan. Kehairanan para sahabat r.a telah terjawab pada hari ini di mana Allah telah membukakan ilmuNya kepada umat akhir zaman lantas mereka mengenali besi-besi yang berterbangan ini sebagai KAPAL TERBANG.

Seperti juga kehairanan seorang fakir apabila mendengar perihal raja-raja yang berpinggan-mangkukkan emas walhal dia yang fakir, mahu memiliki emas pun tidak mampu. Pasti tidak masuk akalnya sebagai seorang fakir hendak berpinggan-mangkukkan emas sedangkan jika ditimbang dengan keadaan seorang raja yang sangat kaya, perkara itu langsung tidak mustahil.

Demikianlah jika Allah mahu membukakan rahsinya kepada manusia, tiada apa yang mustahil dan tidak masuk akal pada peristiwa Isra’ Mi’raj…..dan sekian banyak mukjizat para rasul.

MUKJIZAT MENGUJI KEIMANAN


Kembali kepada pokok pangkal perkara, tujuan utama mukjizat dijadikan ialah untuk menguji keimanan manusia terhadap tuhan. Puak-puak yang mengingkari mukjizat ini sebenarnya bukan mahu mencari kebenaran, sebaliknya ingin memalingkan manusia daripada mengimani kewujudan Allah Ta’ala. Mereka tidak akan mempertikaikan kewujudan Allah secara terus kerana ia telah dijawab oleh Imam Abu Hanifah pada kurun lampau, sebaliknya mereka beralih kepada mempertikaikan kuasa Allah dan keadilanNya dengan mendakwa ia tidak masuk akal dan sebagainya.Namun walau apa pun hujah yang cuba dibangkitkan oleh manusia, sama ada tuhan tidak adil mahupun tidak masuk akal atau apa sahaja; mereka tidak dapat menipu bahawa sememangnya ada kuasa yang dapat mengalahkan mereka, bahkan mencipta dan membataskan akal mereka dan kuasa itu adalah Allah ‘azzawajalla. Apa yang mendorong mereka untuk ingkar ialah keangkuhan mereka sendiri dan juga kepatuhan terhadap makhluk paling angkuh semesta alam – syaitan la’natullah alaih. Apabila keangkuhan dan kepatuhan ini yang menjadi penyebab, maka tiada guna segala penjelasan logik melainkan mereka perlu kembali merenung ke dalam diri dan mencari sisa tauhid yang masih berbekas di dalam hati.

Lebih dikesalkan apabila gejala ini turut menjangkiti umat islam yang tidak terdidik dengan agama (mahupun yang terdidik), yang mana mulanya sekadar mengikut pertikaian puak-puak syaitan ini kerana tidak faham tetapi lama kelamaan mereka benar-benar menjadi angkuh dan mengingkari kewujudan Allah s.w.t. Perkara ini sewajarnya diberi perhatian khusus oleh seluruh umat islam, dari alim ulama’ - supaya mereka turun mememberi kefahaman kepada umat; hingga orang awam - supaya mereka berusaha mencari ilmu dan meningkatkan kefahaman terhadap agama agar pohon iman tidak mudah patah saat direngkuh hasutan puak kafirin mulhidin.

Akhirnya mari bersama kita selami maksud daripada firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran, mafhumnya :
“…tiadalah kami menjadikan kiblat kamu yang dahulu itu melainkan supaya Kami ketahui orang-orang yang mengikuti Rasul daripada orang yang kembali kepada kekafiran. Sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali atas orang-orang yang ditunjuki Allah. Dan (sungguh) Allah tidak menyia-nyiakan keimanan kamu, sesungguhnya Allah sangat pengasih dan penyayang terhadap manusia” – surah Al-Baqarah, 143

p/s : Sekadar perkongsian ilmu. Sahabat-sahabat yang rajin bertalaqqi (yang xrajin pun boleh) silalah tambah tolak apa2 yang xkena dalam artikel ni. Teguran anda amat dialu2kan. Yang penting jom sama2 kita galas beban selamatkan umat islam dari kufur…alfu syukran.