Khamis, 25 Mac 2010

Kerana Pahitnya Ubat.

Ubat selalunya pahit.Kerana pahitnya ubat,insan selalu lupa akan khasiat..

Kerja bertimbun di Kaherah.Mesyuarat AJKT semakin dekat.Beberapa laporan yang belum selesai minta diurus.Artikel Putra menjerit nak keluar.Kursus PMC ditinggal tak menyempat.

Tapi kerana pahitnya ubat,sendirian kuredah malam.Persetankan hisbah dan UMI.Aku mahu kembali ke pinggir lautan.Benar,ada amanah menanti di sini tapi sebetulnya aku membawa diri kerana tak tertahankann pahitnya ubat yang kutelan.

terima kasih atas teguran jujurmu...mungkin aku memang melampaui batas tanpa kusedari.
sakit bagai tertikam nurani.namun mudah2an kesakitan ini ubat bagiku.mudah2an tuhan jernihkan kita seperti adanya.


semalam sampai lewat.pukul 9.30 malam baru muncul di rumah.balik sorang dari kaherah malam2,musyrifah pun dah tak terkata apa.maaf jannah.sejak kecil,antara akak dan peraturan memang ada masalah besar.bila desperate camni lagi akak kesampingkan peraturan.malas nak susahkan orang.maaf banyak2 kepada semua pihak yang sakit hati...doakan je mudah2an selamat,ok.at least saya xkacau sesiapa.

then kerana bermasalah dengan peraturan,mudah2an taun depan tak jadi orang kaherah lagi.
jangan tiru,k.akak sorang je boleh buat.korang budak2 dok umah diam2 ;)

back to normal life.peluk member yang dah lama xjumpa.seronok dibuli kesibukan bahas.salin muqarar tepi jalan.dalam kuliah xteringat nak salin sebab tido.hahah..kitab pun ada tiga empat buah lagi belum petik dari tingkap kedai kuliah.nampaknye nak kene berebut sampai lembik lagi cam fasa 1..oh tidak...

ilmu,sememangnya kau sangat manis.dua bahas menunggu disiapkan dalam seminggu.cabar diri,mampu tak aku lakukan?mampu tak mampu,31 mesti ada di kaherah.

u've to rush...ganbatte!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan