Jumaat, 2 April 2010

Kegilaan 1 April

Pagi tadi,seusai menyiapkan bahas yang tertunda,melintas satu perkara dalam hati lantas saya coretkan di kertas.

EXCO ADALAH SATU TEMPOH YANG MEMBUATKAN SEORANG WARAS JADI GILA WALAUPUN DIA RASA DIA MACAM WARAS DAN MACAM BAGUS.

minda saya dalam mode tenang di subuh yang hening,xtahu kenapa boleh terlintas kenyataan begitu. Saya cuba cari rasionalnya. Memang ada sedikit benar. Kerana exco terpaksa menyibukkan diri dengan amanah kedua dan mengabaikan amanah pertama..bukankah itu satu kegilaan yang tak disedari?

Saya tak tahu rupanya hari yang akan saya hadapi selepas itu memang adalah hari yang gila!

Bermula dari satu soalan gila dari seorang teman exco pagi itu,kegilaan yang saya hadapi datang berturut2 selepasnya. Sebelum zohor UPP Wilayah dan Tanta bersemuka buat pertama kali membincangkan urusan pengedaran Suara Kampus kami yang tertunda. 1000 naskhah!!Angka yang menakutkan bagi BKAN kecil dan muda seperti kami. Namun dengan rasa tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan 'terjun' kami teruskan tugasan ni demi kesinambungan penyebaran ilmu.

Zohor, kegilaan seterusnya ialah memakaikan baju untuk 1000 naskhah anak-anak kami. Masing-masing tunjuk muka ceria dalam mode stress sambil bual2 kecil cuba hidupkan suasana. Belum habis sekotak kargo kami dah tawaquf untuk beri laluan kepada kegilaan lain yang bakal menyusul. Tengok yang berbaki naik meremang bulu mata.
Anyway,tima kasih semua...

Kegilaan ketiga, mesyuarat Suara Kampus Ta'akhi dengan UPP Shoubra. Anak kedua bakal lahir. Walaupun ia berita gembira tapi tetap membuat hati berasa sedih sebab tumpuan berbelah bahgi. Bincang sikit pasal kegilaan semalam yang belum selesai, 200 naskhah Album Nostalgia yang belum habis terjual...Pembelian tergantung dek kerana penempahnya dah balik Malaysia. Duit2 yang keluar-masuknya tak ada rekod. Huhu dah terbayang kene perap dalam 'bilik tahanan' pada akhir sesi. Senyum jelah...senyum tu kan penawar... :)

Tiba2 lepas tu dapat arahan dari ketua : Ustazah Aisyah,kejap lagi pukul 4 mintak tolong ganti ana masuk mesyuarat dengan PPMM dan YDP ye,ada urusan penyerahan CC kepada UPP.

Klimaks segala kegilaan untuk hari ni....PPMM serah CC kat UPP???wah~
Rasa macam batu himpap kepala~
Malam ni dah kemas CC,penyerahan berkuatkuasa mulai esok.
Esok??? Tapi....tapi,ketua ana sekarang ade kat Tanta.

Tetiba jadi tokey CC ,haha... Bayar elaun petugas, buat jadual, upgrade keceriaan CC... Mujur akaun tetap bawah PPMM. Syafiq, nampaknya Unit Penerangan kene tambah AJK.

Wal akhir, lepas maghrib saya tergolek kat atas...terpaksa abaikan Serambi Wilayah Special Edition demi menyimpan tenaga untuk kemas CC pukul 11.30 malam nanti. Rasa hati nak sangat turun join adik beradik tapi situasi dah tak mengizinkan. Tak rela adik2 tengok muka kakaknya datang liqa' macam ~~ .... xtau nak cakap. Berat beban menekan di bahu minda hingga bahu fizikal yang rasa xterdaya.

Sekelip mata tiba2 UPP banyak kerja. Hati kecil tanya: kenapa tak bagi masa bulan 2 aritu,masa free xde keje? Hati besar jawab: kerja tu datang bila2 je...kaulah yang kene sentiasa sedia. Sebenarnya kalau dihalusi dengan teliti,semua perkara adalah mudah jika bijak merancang waktu dan kerja. Cuma sekarang bila mata kepala dah ternampak2 dewan periksa,perkara yang mudah pun terasa payah dan sempit.

Saya yakin ada ramai orang yang lebih sikit masa,lebih payah,lebih sendat dan lebih 'gila' dari saya. Kepada saya dan anda semua yang terdesak seperti saya,semoga Allah mudahkan kerja kita. Jangan lupakan amanah pertama kita,belajar dan najah.Mudah2an Allah bantu kita semua...amiiin.

oh,harini April Fool?Patut la saya rasa semuanya....like creazy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan