Selasa, 27 Mac 2012

Ar-Rihlah episod 4 - Muzium Hidup di Jalan Muizz li Dinillah

Baca episod lepas

Masih dalam minggu yang sama. Selepas muzakarah dengan sahabat di Masjid al-Azhar, saya melencong ke bazar Khan el-Khalili. Pasar terkenal ni letaknya bersebelahan Midan Husayn betul-betul berhadapan Kompleks al-Azhar. Pelajar Malaysia selalu ke sini bila hendak mencari pakaian dan minyak wangi, atau mencari buah tangan buat keluarga di tanahair. Pasar ini dibelah dua dengan Jalan Muizz li Dinillah. Bahagian depannya yang berturap batu hitam menjual pelbagai cenderahati, sebelah dalam pula hanya bertar biasa dan menjadi tapak niaga perkakas harian.

Sewaktu berjalan-jalan menengok pakaian, saya terperasan sebuah masjid lama 'terselit' di celah kedai di jalan Muizz li Dinillah. 'Ammu di depan pintu ramah menjemput saya masuk melihat dalam masjid. Bermula dari masjid itu saya terus gelintar menyelongkar Jalan Muizz li Dinillah, terus ke depan dan baru menyedari bahawa tempat yang selama ini kami singgah untuk bershopping rupanya berada di tengah-tengah kompleks sejarah. Tak ubah seperti sebuah muzium hidup!

Tak mahu ulas banyak. Jom layan gambar! ;)


Ini Masjid Azhar tercinta. Syeikh ni umurnya dah seribu tahun lebih.

Ruang solat wanita

Perpustakaan

Pejabat pentadbiran Al-Azhar

Masjid Saidina Husin di pintu masuk Khan el-Khalili. Dataran ini antara kawasan 'panas' yang menjadi medan pertempuran semasa Revolusi Januari 2011.

Bazar Khan el-Khalili. Saya 'menikmati' hujan tear gas di sini pada 28 Januari tahun lepas. Tersilap hari pergi shopping…..

Masjid dan sabil Syeikh Jauhari tersorok celah kedai baju.

Kebanyakan masjid tua sekitar Husain ada banyak mezzanine floor macam ni (tak tahu apa istilah dalam Bahasa Melayunya)


Antara bangunan lama yang dipulihara dan dijadikan kediaman.

Makam Sultan Najmuddin Ayyub, raja yang soleh dari keturunan Sultan Solahuddin Al-Ayyubi. Masa tangkap gambar ni saya kena halau dengan penjaga makam. Katanya ada ifrit. OMG!

Binaan sekolah dahulu kala yang sedang dipulihara.

Lakaran artis menggambarkan suasana sambutan maulid pada masa dahulu, dipamerkan di tepi jalan.

Muzium tekstil Mesir, dulunya ialah sekolah pertukangan tembaga.



Sebenarnya ada banyak lagi bangunan bersejarah yang tak dapat dipaparkan di sini. Antaranya rumah penyair yang menjadi pusat keraian pada zaman penjajahan barat dan sekian banyak masjid-masjid antik. Setiap bangunan bersejarah yang didaftarkan dengan Kementerian Warisan akan diberi tanda macam atas ni. Plat besi yang ditulis nama monumen beserta tarikhnya.

Kawasan dalam gerbang. Antara barang antik dan eksotik yang dijual.


Yang bentuk macam salib tu namanya 'Ankh', kunci keabadian dalam kepercayaan Mesir kuno.


Pinggan mangkuk istana dahulu kala. Keladak tebal dah tengok.

Hasil seni pertukangan tembaga. Kemahiran yang diwarisi turun temurun.

Karpet kulit lembu. Sekeping LE700!

Syisha tersusun cantik untuk dijual.

Musang padang pasir yang sudah diawet pun ada!

Baru dua jam berjalan, kaki sudah berdenyut-denyut dalam kasut. Sebetulnya saya tak bersedia hendak meng-explore hari tu. Pakai kasut pun macam nak pergi Menyuarat Agung…..huhu. Akhirnya tak dapat habiskan jalan sampai Bab Futuh, terpaksa patah balik ke Husain. Apapun perjalanan sangat menyeronokkan. Tak gusar tanpa kehadiran mappy sebab peta monumen sepanjang jalan Muizz li Dinillah sudah tersedia di pinggir laluan.

Jalan ini telah diwartakan sebagai tapak lawatan pelancong dan kenderaan bermotor dilarang melalui kawasan ini bermula jam 11 pagi hingga 12 malam setiap hari. Hanya trak polis pengawal dan kereta pelancong kelihatan berlegar di kawasan ini.

Erm....student-student kaya yang selalu time cuti terbang ke tempat lain  rugi kamu tak explore Mesir ni. Segala artifak ada di sekeliling kamu je. Murah dan mudah untuk dilawati. Ihbithuu Misran fa inna lakum ma sa'altum… Pergilah ke Mesir, kamu akan dapat apa yang kamu ingini!


EPISOD 5 - MENDAKI MENARA DI KUBU SOLAHUDDIN AL-AYYUBI
Bersambung :)