Jumaat, 22 Februari 2013

Filem 'Devil' dan Erti Sebuah Iman

Pagi2 Jumaat tengok cerita hantu. Alhamdulillah ceritanya bukan sekadar cerita. Tapi pengajaran yang sangat baik untuk difikirkan bersama. saya kongsikan kisahnya dengan kamu :)
FILEM: DEVIL

Kisahnya tentang lima orang pengguna terperangkap dalam sebuah lif. Semuanya mempunyai kisah silam yang buruk. Ben seorang pembunuh. Sarah, pelacur 1st class yang kerjanya memeras lelaki kaya. Tony, pernah melakukan langgar lari kemudian meninggalkan nota meminta maaf di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah sorang penipu skim cepat kaya dan sorang nenek penyeluk poket.

Kisah bermula apabila lif yang mereka naiki terhenti separuh jalan. Dalam beberapa tempoh, lampu akan terpadam dan bila menyala semula, sorang demi sorang didapati terbunuh tanpa diketahui siapa pelakunya. Yang pertama mati ialah si penipu skim cepat kaya. Selepas itu ialah nenek penyeluk saku. Tiga orang yang tinggal mula saling mencurigai antara satu sama lain dan hampir berbunuhan. Sementara itu polis mula menyiasat latar belakang setiap orang untuk mencari suspek.
Bunuh dia sebelum dia bunuh kita!!!! - Sarah jerit suruh Ben bunuh Tony.
Seorang pengawal di bilik kawalan yang menyaksikan kejadian itu dari mula, teringat kisah yang diceritakan ibunya tentang syaitan. Bagaimana syaitan tu kerjanya MENGUATKAN NIAT JAHAT DALAM HATI MANUSIA DAN MENIMBULKAN SYAK WASANGKA ANTARA SATU SAMA LAIN HINGGA MANUSIA SALING BERBUNUHAN TANPA SEBAB YANG JELAS. Ceritanya tidak dipedulikan si polis yang menyiasat. Si polis memberitahu bahawa syaitan itu tidak ada, sebaliknya manusia sendirilah yang jahat. Buktinya dia telah memaafkan pemandu yang melanggar lari isterinya lalu meninggalkan nota meminta maaf, lima tahun lepas. Jika syaitan ada pasti dia tidak akan dapat memaafkan pembunuh isterinya.
Nota yang ditinggalkan di tempat nahas
Keadaan makin cemas bila mangsa ketiga terbunuh, Ben. Melihat Tony dan Sarah yang mula hendak membunuh satu sama lain, si polis menenangkan mereka dan mengajak mereka merenung kesilapan masing-masing atas apa yang berlaku. Waktu itu identiti setiap dari mereka dah terbongkar kecuali Tony. Tony dan Sarah bertenang semula tapi tak lama lepas tu lampu terpadam sekali lagi dan Sarah didapati terbunuh. Semua yang menyaksikan semakin keliru dengan apa yang berlaku, hinggalah akhirnya si syaitan menunjukkan diri dengan merasuk tubuh nenek penyeluk saku yang dah mati di awal cerita.
Tudia setan rasuk mayat....
Maafkan saya.....
Tony buat pengakuan sebelum mati.

Waktu itulah Tony mengakui kesilapannya melanggar lari seorang perempuan dan meninggalkan nota di tempat kejadian. Si polis yang mendengar pengakuannya dari bilik kawalan terkejut besar, namun kemaafan dari si polis telah menghalau syaitan yang bersedia hendak 'menjemput' Tony ke neraka.

Ulasan

- Dalam satu babak ditunjukkan bahawa syaitan tu sangat berkuasa hingga manusia tidak mampu melawan tipudayanya dengan apa jenis persiapan sekalipun. Sebagai Muslim inilah yang patut kita sedar bahawa di sisi kita ada sebuah kitab suci yang diturunkan sebagai perlindungan kita dari Syaitan. Ayat Kursi dan Tiga Qul yang dibaca setiap pagi dan petang adalah perlindungan paling minima yang dijamin oleh Nabi kita s.a.w. Nak lebih dari tu bacalah seluruh Al-Quran dan terjemahkannya dalam kehidupan.
Celaka. Aku betul-betul nak bawak kau pergi neraka!
(Setan kecewa sebab manusia saling memaafkan)

- Peranan syaitan melagakan manusia digambarkan dengan tepat berkali2. Ini yang selalu berlaku dalam hidup kita tanpa disedari. Kejahatan manusia di sekeliling kita selalu disalah tanggap dan kita pun bertindak membalas kejahatan yang sama, sedangkan syaitan yang menimbulkan niat jahat tu seronok tengok manusia bergaduh. Al-Quran memberi kita ubatnya; bahawa JANGAN BERSANGKA BURUK DENGAN MANUSIA DAN MEMAAFKAN LEBIH BAIK DARI MEMBALAS. Memang susah nak buat terutamanya kalau benda jadi tiba2, (saya ngaku saya fail bab ni -_-" ) tapi melalu latihan lambat-laun kita akan mudah bersangka baik dan memaafkan manusia. InsyaAllah :)
Saya maafkan kamu. Jika iblis itu ada, Tuhan juga pasti ada.
- Ayat terakhir dalam cerita ni paling menarik perhatian saya. "Jangan risau, jika iblis wujud, makan Tuhan juga pasti wujud". Ayat paling besar maknanya, hatta kita muslim pun selalu terlupa...bahawa Allah selalu ada dengan kita. Syaitan sentiasa akan buat manusia terhimpit ke jalan mati dan berputus asa dengan Tuhan, sebab itu Allah menegaskan dalam Al-Quran bahawa JANGAN BERPUTUS ASA DARI RAHMATNYA. apa jua yang berlaku - APA PUN JUA - lafazlah di bibir dan di hati bahawa Allah ada bersama kita. Kalau kita baca kisah2 mualaf, ramai antara mereka yang masuk Islam lepas melalui peristiwa macam ni. Kepercayaan akan wujudnya Allah ni nampak simple, tapi inilah kunci syurga yang Muslimin selalu tercicir tanpa disedari.
Allah berfirman dalam satu hadis Qudsi mafhumnya, "Wahai hambaKu, jika kamu datang kepadaKu dengan dosa setinggi langit sedang HATIMU TIDAK MENYEKUTUKAN AKU, maka Aku akan berikan kemaafan kepadamu sebanyak itu pula".

Iman. Ya Allah hidupkanlah kami dalam Iman. Matikanlah kami dalam Iman. Dan masukkanlah kami ke Syurga dengan Iman kepadaMu. Amin Ya Robbal'alamin.

Khamis, 14 Februari 2013

Bukalah Pintu Langit Dengan Tanganmu...

Seorang peminat astronomi menganjurkan satu program mencerap langit di masjid berhampiran kediamannya. Selepas maghrib apabila tiba waktu yang dijanjikan, para jemaah -dewasa dan anak-anak- berkumpul hendak mencerap. Teleskop khas sedia dipasang. Masing-masing teruja hendak melihat bintang. Hati menunggu penuh harapan.

Tapi sayangnya langit kelabu dipenuhi awan. Mereka menunggu. Si penganjur menunggu. Berpeluh-peluh mengharap awan pergi. Hatinya berkobar2 hendak menghidupkan sunnah merenung langit. Malu dan kecewa kalau tak jadi.

Awan masih tak berganjak. Akhirnya masuk waktu isyak. Azan dikumandangkan. Dengan kecewa si penganjur mengemas teleskop. Sambil tangan bekerja dia berpesan supaya jemaah berdoa sewaktu solat nanti agar Allah bukakan langit untuk mereka.


Dan selepas Isyak........langit cerah sejernih kaca. Langsung tidak ada tanda yang tadinya ia dipenuhi awan!
Dengan penuh kesyukuran si penganjur memasang semula teleskopnya dan berjalanlah program seperti yang dirancang.

---------------------

Seorang pelajar menerima keputusan peperiksaannya dengan kecewa. Dia perlu mengulang satu subjek. Tak cukup dengan itu, markah keseluruhannya jelas merudum kerana salah kiraan oleh pemeriksa. Jika dia menduduki peperiksaan ulangan, dia tetap akan gagal kerana salah kiraan tersebut.

Terlintas di benaknya hendak mengadu kepada dekan supaya salah kiraan tersebut dibetulkan. Tapi hatinya menghalang. Dia duduk berfikir mengira silap diri. Dia yang silap. Sewaktu menduduki peperiksaan, dia terlalu yakin dengan ulangkaji dan hafalannya. Dia kurang berdoa. Dia tidak meminta kepada Tuhan untuk lulus. Maka jadilah begitu. Dia yakin.

Ketika menduduki peperiksaan ulangan, dia ditimpa musibah hingga tidak mampu mengulangkaji dengan baik. Persediaannya tidak seberapa, jauh lebih buruk dari peperiksaan yang pertama. Dia duduki juga dengan berbekal doa. Ya Allah, usahaku termampu setakat ini sahaja. Kurniakan daku kejayaan dariMu Ya Allah.

Apabila keputusan diumumkan, ternyata dia lulus dengan pangkat yang baik. Salah kiraan dalam keputusan yang pertama telah dibetulkan tanpa dia bersusah-payah mengadu kepada dekan. Buat pertama kali dalam hidup, dia menangis menerima berita gembira. Kerana dia sangat yakin kejayaannya itu benar2 dari Allah.

------------------------

Kedua-dua kisah di atas adalah kisah benar. Pertama berlaku di tanahair. Kedua berlaku di Ardhul Kinanah. Hanya secebis kisah keajaiban doa yang selalu kita alami tanpa disedari. Minda kita di zaman moden telah dibentuk untuk mempercayai dan bergantung kepada benda-benda fizikal semata hingga tak percaya terlupa bahawa unsur spirituallah yang sebenarnya memberi kesan besar dalam hidup kita.

Kita selalu dengar di zaman pendudukan Jepun, kisah orang-orang soleh yang gagal dibunuh penjajah. Peluru tak menembus tubuh. Penjajah tidak dapat melihat mereka. Ya, kisah Almarhum Tokku Paloh yang menyengetkan armada Inggeris hanya dengan serbannya. Kita generasi belakang kadang2 tersilap sangka yang semuanya kerja jin penunggu. Hakikatnya pelindung orang-orang tua kita ini adalah KUASA YANG MENGUASAI jin penunggu - Allah Robbul Jalil.

Kita menyangka hanya orang-orang soleh, orang hebat 'memiliki kuasa aneh'. Sebenarnya tiada apa yang aneh pada mereka melainkan DOA YANG MAKBUL dan hubungan baik dengan Pencipta Alam Semesta. 'Perkara-perkara aneh' ini, bila kita sendiri melakukan sebab-sebabnya, kita juga akan dapat merasa manfaatnya. Perhatikan, Allah memperkenalkan diriNya:"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku sangat Dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu......


Inilah Allah yang tak dapat kita lihat, tapi sentiasa ada, sentiasa dekat, memerhati kita dalam tidur dan jaga. Lebih penting dari oksigen yang kita hirup, kerana oksigen itu sendiri dapat dihirup atas izinNya. Lalu, adakah semudah itu memohon kepada Allah lalu Dia tunaikan? Renungkan apa jawapNya : Hendaklah mereka memenuhi (perintahKu) & beriman kepadaKu, agar mereka memperolehi kebenaran." [Al Baqarah, 2: 186]

Iman dan percaya kepada Allah adalah satu hadiah buat kita yang dilahirkan oleh ibubapa muslim. Tanpa bersusah-payah mencari hidayah, lahir kita ke dunia telah dituliskan dalam golongan bakal penghuni syurga. Yang tinggal cuma bagaimana iman dan kepercayaan kepada Allah ini hendak kita terjemahkan dalam diri dan hidup seharian. Lima ibadah yang terangkum dalam rukun Islam - Syahadah, Solat, Puasa, Zakat dan Haji adalah batu asas kita membuktikan Islam dalam diri.

Tapi cukupkah hidup kita sebagai muslim sahaja? Adakah muslim yang sempurna itu yang hidupnya serabut, hatinya sempit dan keluh-kesahnya berpanjangan? Tidak. Muslim yang benar-benar mendapat hasil ibadah asasnya ialah muslim yang hatinya lapang. Makanannya bersih. Akhlaknya baik kepada manusia dan haiwan. Inilah muslim yang apabila dia meminta kepada Allah, Allah akan menunaikan tanpa hijab. Kita menyangka dia membela jin penunggu, atau wali yang bertapa di hutan gunung. Sebenanrnya dia hanya manusia biasa seperti kita. Dia muslim dan kita muslim. Dia diuji dan kita diuji. Dia ke pasar dan kita ke pasar. Dia berjogging di tasik dan kita juga. Tinggal di rumah pangsa mahupun istana, dan orang lain juga. Yang membezakan ialah dia rapat dengan Pencipta Alam Semesta tapi kita tidak.

Muslim, janganlah menyangka bahawa mendapatkan doa yang mustajab itu pekerjaan aneh yang menuntut kita menyelam di laut atau bersolat dalam hujan ribut tanpa bergerak seinci. Muslim, perhatikan hadis Nabi kita s.a.w :
Seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah memohon kepada Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku dimustajabkan doa”. Lalu Rasulullah berkata kepadanya;

“Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya (oleh Allah) selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”. (Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
 
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah s.a.w. pernah bercerita tentang seorang lelaki yang kesusahan kerana jauh mengembara, rambutnya kusut-masai dan tubuh-badannya berdebu. Ia memhon kepada Allah dengan menyeru; ‘Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!’ sedang makanan (yang dimakan)nya adalah haram, minuman (yang diminum)nya juga haram serta pakaian (yang dipakai)nya juga haram, malah ia diberi makan dengan yang haram, maka bagaimana hendak diperkenankan (oleh Allah) doanya?”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Menjaga makan? Semudah itu untuk dapatkan doa yang mustajab?

Percayalah yang ia sebenarnya tak mudah. Walaupun hadis menyebut tentang makan tapi makna yang lebih besar ialah pengunaan (consume). Makan hanyalah satu juzuk darinya. Dengan gaya hidup moden yang pantas dan mewah, bukan mudah hendak menolak KFC dan Pizza Hut. Bukan mudah hendak ketepikan Lux dan memilih sabun Thaharah. Hampir mustahil hendak hidup tanpa Windows dan Intel. Kita bukan hanya melawan selera, tapi kita juga melawan sebuah sistem dan cara hidup. Namun dengan PERCAYA kepada Allah kita akan mampu dengan izinNya.

Mengenepikan hidup moden bukan bermakna kita mengurung diri dalam kubur. Tinggalkan semua benda dunia dan bertapa di atas menara hingga mati menjemput. Islam sesekali tidak turun untuk menyiksa kita. Tetapi Islam mengajar supaya kita hidup dalam sederhana. Ambillah sekadar perlu dan tinggalkan yang lebih darinya. Bila kita sudah lahir di akhir zaman yang sekeliling kita adalah haram dan syubhat, ambillah dari yang haram itu sekadar melepaskan desakan hajat. Tapi untuk bersukaria memuaskan selera adalah dilarang. Pasti kita tidak tahu bahawa bukan semua ubat2an yang kita guna sekarang adalah halal. Tapi ia dibenarkan syarak atas desakan keperluan manusia. Kita semua tahu bahawa syarikat Intel adalah antara pendukung utama Zionis tapi alim ulama' sendiri masih menggunakannya, kerana ia termasuk desakan keperluan yang belum ada syarikat muslimin dapat menampung kekurangan tersebut.

Doa Mustajab senjata mukmin.

Kafir zionis sebenarnya lebih 'beriman' dengan sabda Nabi s.a.w berbanding kita sendiri. Apabila Nabi berkata "Doa adalah senjata Mukmin", mereka tangkas membuat segala persiapan melawan sabda. Makanan syubhat disogokkan kepada muslimin. Barang kegunaan dicampurkan benda-benda haram supaya doa kita semua terhijab dari pandangan Allah ta'ala. Apabila kita jemu berdoa tidak dimakbulkan, lambat-laun kita hilang percaya bahawa Tuhan itu maha mendengar...sebenarnya kita sendiri yang meminta kepadaNya dengan cara yang salah.

Muslim, kita semua hidup di bulatan bumi, dalam taman kasih-sayangNya yang luas. Pintu perbendaharannNya sentiasa sedia untuk memenuhi segala permohonan kita. Tapi jika kita memohon dengan hati yang tidak bersungguh-sungguh, adakah Tuhan akan menunaikan? Sesama manusia pun kita tak ingin. Jika kita membuka pintu rumah dengan kunci yang salah pun takkan terbuka, apatah lagi pintu rahmat Allah. Hatta jika kita memohon pinjaman bank sekalipun akan tertolak jika tidak memenuhi kriteria, adakah kita sangka perbendaharaan Allah lebih mudah dan remeh dari pinjaman bank?

Nabi s.a.w bersabda :
“ Barang siapa diantara kalian telah dibukakan baginya pintu doa, pasti dibukakan pula baginya pintu rahmat, dan tidaklah Allah SWT diminta sesuatu yang Dia berikan lebih Dia senangi dari pada diminta kekuatan, sesungguhnya doa itu bermanfaat baik terhadap apa yang terjadi maupun belum terjadi, maka hendaklah kalian berdoa. (HR: tirmizi, dihasankan oleh Al-Albani).

Memetik kalam guru kami, Syeikh Rohimuddin r.a, "Doa adalah gema hati setiap hamba. Semua orang bebas berdoa dan meminta apa yang diingi dengan bahasanya masing-masing". Janganlah kita sangka doa itu hak milik eksklusif para wali dan orang soleh. Janganlah bila ditimpa masalah, kita gelabah meminta doa dari ustaz dan imam tanpa memeriksa kesilapan diri sendiri. Bersihkan harta dan hati, mintalah terus kepada Allah. Doa bukan hanya permintaan sewaktu susah, tapi hendaknya menjadi suara hati yang sentiasa dibisikkan kepada Sang Pencipta.






Saudaraku, bukalah pintu langit dengan tanganmu.

Selasa, 12 Februari 2013

Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir II - Bermula Cerita

Artikel 'Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir' nampaknya dapat kunjungan tertinggi di blog ni. Biasa la saya pun suka baca kehidupan orang lain kat tempat lain. Tak dapat pergi pun tapi macam kita dapat rasa apa yang dia lalui. Memandangkan blogger yang dikasihi sekelian nampak cam nak tahu banyak jadi saya ingat nak buat siri kedua. Tapi sebelum tu layan dulu versi kedua yang lebih santai ;)

Nak cerita pasal kehidupan pelajar Malaysia kat sini sebenarnya ada terlalu banyak sisi yang boleh diintai. Sebab Mesir sebuah negara yang unik, jadi pelajar Melayu yang dah berakar kat sini pun menjalani bermacam2 rupa kehidupan yang kadang-kadang kita pun tak terfikir kat Malaysia. Dulu sorang kakak senior pernah pesan kat saya sebelum datang sini : "Nanti kamu pergi sana tengoklah, perangai orang kita pelik2 yang kadang2 kat Malaysia pun kita tak jumpa". Memang betul. Sama ada jadi baik atau jadi teruk, perangai orang kita kat sini memang kadang2 tak masuk akal. Tapi biarlah itu urusan diorang dengan Allah. Kita sesama Muslim sentiasa doakan yang baik-baik. Sebab kita tak tahu mungkin dia sedang diuji, dan boleh jadi dia lebih mulia di sisi Allah walaupun zahirnya tak berkenan dipandang mata.

Siri pertama artikel ni saya tulis secara umum dan cuba berdiri tengah2 antara semua pihak. Maklumlah, mesti dah kecoh satu dunia tentang hubungan panas antara segelintir pelajar dengan sebahagian pegawai Kerajaan Malaysia kat sini. So tulisan pun kena jaga2 jangan tercubit orang sana, tersinggung orang sini. Kali ni cukuplah saya tulis apa yang saya sendiri lalui tanpa mencampuri hidup orang yang mungkin akan menimbulkan kontroversi. Sekadar kongsi2 buka minda dan muhasabah bersama. Yang baik dijadikan teladan. Yang buruk dijadikan sempadan.

Tahun Pertama

Saya sangat bersyukur kepada Allah s.w.t sebab dalam empat tahun di sini saya diberi peluang melalui empat kehidupan yang berbeza. Berbeza tu masihlah dalam ruang lingkup sebagai pelajar, cuma warnanya macam pelangi yang berbelang-belang. Tak statik dari awal sampai ke sudah. Nak cerita detail dari mula saya sampai kang jadi biografi pulak kan, so catatan ringkas cukuplah buat ambil maklumat.

Tahun pertama di Mesir bolehlah dikatakan saya macam budak nerd yang hidup berputar sekitar kuliah dan buku sahaja. Semangat kan, budak baru sampai (walaupun saya bukan budak lagi masa tu). Waktu sampai di Mesir sekitar awal September 2008, saya disambut beberapa pelajar dari BKAN Selangor yang membawa saya pulang ke asrama dan membantu urusan kemasukan ke kuliah. Saya dan kawan2 seangkatan tinggal di Kaherah selama dua bulan sebelum nama kami disahkan oleh pihak kampus dan dihantar ke cawangan masing2. Awal November saya dan beberapa orang dihantar ke Iskandariah dengan pelajar baru negeri lain. Bukan semua orang diterima masuk ke cawangan dan kuliah yang diminta. Ada kawan yang mintak Iskandariah tapi dapat Kaherah, minta kuliah Usuluddin dapat Syariah. Tapi semua ni tinggal kenangan je la. Sekarang semua pelajar baru dipusatkan di Kaherah sahaja. Berhimpit la korang macam sardin kat kuliah tu...huhu.

Waktu sampai tu kuliah kami dah rancak berjalan. Sebulan lagi dah nak exam tapi kami baru sampai dan kitab belum keluar. Cemas dibuatnya. Sebelum ni cuma dengar cerita abang yang kitab keluar lambat, ni baru rasa sendiri macam mana cuaknya. Hari-hari pergi kuliah cuma tadah telinga dengar syarahan dalam loghat pasar yang sepatah habuk pun tak dapat difahami. Paling rajin pun salin nota dari kawan-kawan arab yang tulisannya pun cantik sangat. Bila kitab keluar dan buat semakan dengan nota, berlambak salah sebab xpaham apa yang arab tulis.

Kejutan Budaya

Yang paling buat kami jakun di tahun pertama ni ialah perangai budak-arab di kuliah. Satu pemandangan baru bila kita tengok orang berjalan atas meja macam jalan atas lantai, dengar Pensyarah maki dengan gelaran himar dan anjing. huhu. Arab yang baru habis sekolah menengah memang kalah perangai budak sekolah rendah kat Malaysia. Belum kira diorang punya kerumun kat pelajar kita. Tapi macamana pun diorang memang baik-baik. Kasar diorang sesama Misri je. Kalau wafidaat (pelajar luar) kena usik diorang marah. Kalau nampak budak Malaysia macam konfius selalu ada je yang nak tolong terjemah walaupun cakap macam itik dengan kucing. Cerita kami pada tahun satu tak habis-habis tentang perangai budak arab di kuliah. Memang seronok dan takjub ditonton :)

Waktu masih baru ni, senior punya pesanan pun macam-macam. Jangan tunjuk duit banyak. Arab boleh bau duit. Sampai sini, tiga hari jangan mandi. Bagi badan biasa dulu dengan cuaca. Baru sampai dari Malaysia jangan keluar rumah selama tiga hari. Kena kuarantin. Pantang makanan pun aneh2. Itu berangin. Ini berangin. Buah itu panas. Buah ini berangin. Huhu. Lastly saya pun kompius apa benda yang diorang makan kat Mesir ni. Bukan nak pandang sebelah mata nasihat2 tu. Memang sesetengah orang tak serasi dengan cuaca dan makanan Mesir. Cuma saya rasa sebahagian besar orang mempercayainya dengan keterlaluan sampai mengenepikan fakta sains. Hurm...payah la nak survive kat luar negara kalau gitu. Ni kat negara Muslimin boleh la demand macam-macam. Bayangkan kalau duduk kat Jepun Rusia yang payah nak cari makanan halal nuu....maunya rumput pun dimakan takde kira angin2 dah.

Generasi belakang ni bila datang ramai pelajar perubatan ke Mesir baru la jarang kedengaran lagi pantang2 aneh dahulu kala.



Peperiksaan pertama di Al-Azhar As-Syarif


Dah setahun saya tinggalkan dewan peperiksaan sejak tamat kuliah Usuluddin di MANHAL. Peperiksaan pertama di Al-Azhar adalah yang pertama buat tangan saya menggigil dalam sejarah hidup. Cemas teramat sangat. Bimbang persediaan tak cukup rapi. Tak percaya saya sudah berada di tempat yang saya idam2kan selama ni. Punyalah susah rasa nak datang Mesir, tiba-tiba dah ada kat dewan periksa. Macam tak percaya. Alhamdulillah peperiksaan tahun pertama dapat dilalui dengan jayanya. Dah tak ada la mumtaz berderet macam di kolej dulu kan.... Dapat lulus tanpa bawa subjek pun dah rasa syukur berbanding kawan-kawan yang belum diizinkan naik ke tahun dua.


Nak ambik keputusan periksa pun satu cerita. Disebabkan kampus Alex mengalami masalah teknikal, result tahun satu saya ambil dari kampus pusat di Kaherah. Melayan kerenah makcik arab yang sibuk mintak duit buat saya tak selera nak ambil keputusan dan pergi macam tu je. Bila tengok saya tak layan tahu pulak dia nak baling dari tingkat atas. Huhu sedih kot, 1st exam natijah dah kena baling2 gitu. Memang gitu la SESETENGAH perangai arab terdesak ni. Miskin punya pasal dah tak rasa malu nak pau mintak duit pelajar. Buat tak reti je la.


Sehari ke Faiyum


Alhamdulillah pada cuti musim panas saya berpeluang ikut kawan berjalan ke Faiyum. Faiyum ialah satu wilayah di Mesir yang terkenal dengan Tasik Qarun dan air terjun di tengah padang pasir. Perjalanan ke Faiyum langsung tak dirancang. Tahu2 kawan ajak pergi, tengok duit pun ada then terus jalan. Tu la namanya Allah nak bagi kan. Sebelum ke Faiyum, terlebih dulu kami singgah ke Giza menjenguk piramid agung. Menjelang tengahari kami sampai ke Faiyum, melawat kincir air Nabi Yusuf di tengah pekan Faiyum sebelum ke kebun mangga. Di kebun mangga kami berpeluang merasa pengalaman menarik beli anggur terus dari pokok. Cuma mungkin anggurnya bukan baka import, teksturnya tak ada la rangup macam selalu beli di kedai. Menjelajah dalam kebun, kami dibagi rasa buah tin muda yang tengah nak masak. MasyaAllah lembuuutttt sangat macam makan span. Buah syurga kan.....

Dari kebun mangga kami melintasi istana dan Tasik Qarun menuju ke shallalaat (air terjun). Tak turun tengok istana pun, sebab matahari terlampau terik memanah kepala. Untungnya dalam perjalanan ni kami dapat pemandu kereta sewa yang sempoi. Pantang mintak nak tangkap gambar mesti dia berhenti kasi peluang. Al-maklum, sorang kawan kami ni datang dari Manghribi. Kesian pulak kalau sekali berjalan tak puas hati. Sebelum sampai ke air terjun, kami berhenti main pasir di pinggir Tasik Qarun. MasyaAllah cantik tak terkata tengok pemandangan gurun berlatar-belakang air membiru. Ini kali pertama saya bermain di gurun. Kami main sepuas hati di balik bukit sampai ostad driver ingat kami dah hilang. huhu.

Di air terjun kami duduk rendam-rendam kaki. Tak mandi pun, sebab kawasannya kecil then ada orang ramai kat situ. Pulang dari Faiyum, dengan badan letih dan mata mengantuk kami gagahkan diri menaiki bot persiaran di Sungai Nil pula. Lily punya pasal, layankan aje la.....asalkan free. hehe. Alhamdulillah kami dapat naik satu bot tanpa bercampur dengan arab. Dapat privacy sikit nak perhati malam di Kaherah tanpa gangguan tarian gelek. Tengah malam baru kami sampai ke kompleks Haiyu Asyir. Memang nak berjalan sampai habis tempoh sewa kereta. Dengan sebakul mangga dan anggur yang diborong di Faiyum tadi, kami akhiri percutian dengan penuh kepuasan. Alhamdulillahirobbil'alamiiin...

Sayangnya gambar di Faiyum dah hilang. Tak dapat pos kat sini.

Lepas setahun menjalani kehidupan budak nerd, tahun dua saya menjadi orang lain yang tak diketahui.
Siapa? Nantikan ;)