Jumaat, 22 Februari 2013

Filem 'Devil' dan Erti Sebuah Iman

Pagi2 Jumaat tengok cerita hantu. Alhamdulillah ceritanya bukan sekadar cerita. Tapi pengajaran yang sangat baik untuk difikirkan bersama. saya kongsikan kisahnya dengan kamu :)
FILEM: DEVIL

Kisahnya tentang lima orang pengguna terperangkap dalam sebuah lif. Semuanya mempunyai kisah silam yang buruk. Ben seorang pembunuh. Sarah, pelacur 1st class yang kerjanya memeras lelaki kaya. Tony, pernah melakukan langgar lari kemudian meninggalkan nota meminta maaf di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah sorang penipu skim cepat kaya dan sorang nenek penyeluk poket.

Kisah bermula apabila lif yang mereka naiki terhenti separuh jalan. Dalam beberapa tempoh, lampu akan terpadam dan bila menyala semula, sorang demi sorang didapati terbunuh tanpa diketahui siapa pelakunya. Yang pertama mati ialah si penipu skim cepat kaya. Selepas itu ialah nenek penyeluk saku. Tiga orang yang tinggal mula saling mencurigai antara satu sama lain dan hampir berbunuhan. Sementara itu polis mula menyiasat latar belakang setiap orang untuk mencari suspek.
Bunuh dia sebelum dia bunuh kita!!!! - Sarah jerit suruh Ben bunuh Tony.
Seorang pengawal di bilik kawalan yang menyaksikan kejadian itu dari mula, teringat kisah yang diceritakan ibunya tentang syaitan. Bagaimana syaitan tu kerjanya MENGUATKAN NIAT JAHAT DALAM HATI MANUSIA DAN MENIMBULKAN SYAK WASANGKA ANTARA SATU SAMA LAIN HINGGA MANUSIA SALING BERBUNUHAN TANPA SEBAB YANG JELAS. Ceritanya tidak dipedulikan si polis yang menyiasat. Si polis memberitahu bahawa syaitan itu tidak ada, sebaliknya manusia sendirilah yang jahat. Buktinya dia telah memaafkan pemandu yang melanggar lari isterinya lalu meninggalkan nota meminta maaf, lima tahun lepas. Jika syaitan ada pasti dia tidak akan dapat memaafkan pembunuh isterinya.
Nota yang ditinggalkan di tempat nahas
Keadaan makin cemas bila mangsa ketiga terbunuh, Ben. Melihat Tony dan Sarah yang mula hendak membunuh satu sama lain, si polis menenangkan mereka dan mengajak mereka merenung kesilapan masing-masing atas apa yang berlaku. Waktu itu identiti setiap dari mereka dah terbongkar kecuali Tony. Tony dan Sarah bertenang semula tapi tak lama lepas tu lampu terpadam sekali lagi dan Sarah didapati terbunuh. Semua yang menyaksikan semakin keliru dengan apa yang berlaku, hinggalah akhirnya si syaitan menunjukkan diri dengan merasuk tubuh nenek penyeluk saku yang dah mati di awal cerita.
Tudia setan rasuk mayat....
Maafkan saya.....
Tony buat pengakuan sebelum mati.

Waktu itulah Tony mengakui kesilapannya melanggar lari seorang perempuan dan meninggalkan nota di tempat kejadian. Si polis yang mendengar pengakuannya dari bilik kawalan terkejut besar, namun kemaafan dari si polis telah menghalau syaitan yang bersedia hendak 'menjemput' Tony ke neraka.

Ulasan

- Dalam satu babak ditunjukkan bahawa syaitan tu sangat berkuasa hingga manusia tidak mampu melawan tipudayanya dengan apa jenis persiapan sekalipun. Sebagai Muslim inilah yang patut kita sedar bahawa di sisi kita ada sebuah kitab suci yang diturunkan sebagai perlindungan kita dari Syaitan. Ayat Kursi dan Tiga Qul yang dibaca setiap pagi dan petang adalah perlindungan paling minima yang dijamin oleh Nabi kita s.a.w. Nak lebih dari tu bacalah seluruh Al-Quran dan terjemahkannya dalam kehidupan.
Celaka. Aku betul-betul nak bawak kau pergi neraka!
(Setan kecewa sebab manusia saling memaafkan)

- Peranan syaitan melagakan manusia digambarkan dengan tepat berkali2. Ini yang selalu berlaku dalam hidup kita tanpa disedari. Kejahatan manusia di sekeliling kita selalu disalah tanggap dan kita pun bertindak membalas kejahatan yang sama, sedangkan syaitan yang menimbulkan niat jahat tu seronok tengok manusia bergaduh. Al-Quran memberi kita ubatnya; bahawa JANGAN BERSANGKA BURUK DENGAN MANUSIA DAN MEMAAFKAN LEBIH BAIK DARI MEMBALAS. Memang susah nak buat terutamanya kalau benda jadi tiba2, (saya ngaku saya fail bab ni -_-" ) tapi melalu latihan lambat-laun kita akan mudah bersangka baik dan memaafkan manusia. InsyaAllah :)
Saya maafkan kamu. Jika iblis itu ada, Tuhan juga pasti ada.
- Ayat terakhir dalam cerita ni paling menarik perhatian saya. "Jangan risau, jika iblis wujud, makan Tuhan juga pasti wujud". Ayat paling besar maknanya, hatta kita muslim pun selalu terlupa...bahawa Allah selalu ada dengan kita. Syaitan sentiasa akan buat manusia terhimpit ke jalan mati dan berputus asa dengan Tuhan, sebab itu Allah menegaskan dalam Al-Quran bahawa JANGAN BERPUTUS ASA DARI RAHMATNYA. apa jua yang berlaku - APA PUN JUA - lafazlah di bibir dan di hati bahawa Allah ada bersama kita. Kalau kita baca kisah2 mualaf, ramai antara mereka yang masuk Islam lepas melalui peristiwa macam ni. Kepercayaan akan wujudnya Allah ni nampak simple, tapi inilah kunci syurga yang Muslimin selalu tercicir tanpa disedari.
Allah berfirman dalam satu hadis Qudsi mafhumnya, "Wahai hambaKu, jika kamu datang kepadaKu dengan dosa setinggi langit sedang HATIMU TIDAK MENYEKUTUKAN AKU, maka Aku akan berikan kemaafan kepadamu sebanyak itu pula".

Iman. Ya Allah hidupkanlah kami dalam Iman. Matikanlah kami dalam Iman. Dan masukkanlah kami ke Syurga dengan Iman kepadaMu. Amin Ya Robbal'alamin.

2 ulasan: