Selasa, 12 Februari 2013

Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir II - Bermula Cerita

Artikel 'Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir' nampaknya dapat kunjungan tertinggi di blog ni. Biasa la saya pun suka baca kehidupan orang lain kat tempat lain. Tak dapat pergi pun tapi macam kita dapat rasa apa yang dia lalui. Memandangkan blogger yang dikasihi sekelian nampak cam nak tahu banyak jadi saya ingat nak buat siri kedua. Tapi sebelum tu layan dulu versi kedua yang lebih santai ;)

Nak cerita pasal kehidupan pelajar Malaysia kat sini sebenarnya ada terlalu banyak sisi yang boleh diintai. Sebab Mesir sebuah negara yang unik, jadi pelajar Melayu yang dah berakar kat sini pun menjalani bermacam2 rupa kehidupan yang kadang-kadang kita pun tak terfikir kat Malaysia. Dulu sorang kakak senior pernah pesan kat saya sebelum datang sini : "Nanti kamu pergi sana tengoklah, perangai orang kita pelik2 yang kadang2 kat Malaysia pun kita tak jumpa". Memang betul. Sama ada jadi baik atau jadi teruk, perangai orang kita kat sini memang kadang2 tak masuk akal. Tapi biarlah itu urusan diorang dengan Allah. Kita sesama Muslim sentiasa doakan yang baik-baik. Sebab kita tak tahu mungkin dia sedang diuji, dan boleh jadi dia lebih mulia di sisi Allah walaupun zahirnya tak berkenan dipandang mata.

Siri pertama artikel ni saya tulis secara umum dan cuba berdiri tengah2 antara semua pihak. Maklumlah, mesti dah kecoh satu dunia tentang hubungan panas antara segelintir pelajar dengan sebahagian pegawai Kerajaan Malaysia kat sini. So tulisan pun kena jaga2 jangan tercubit orang sana, tersinggung orang sini. Kali ni cukuplah saya tulis apa yang saya sendiri lalui tanpa mencampuri hidup orang yang mungkin akan menimbulkan kontroversi. Sekadar kongsi2 buka minda dan muhasabah bersama. Yang baik dijadikan teladan. Yang buruk dijadikan sempadan.

Tahun Pertama

Saya sangat bersyukur kepada Allah s.w.t sebab dalam empat tahun di sini saya diberi peluang melalui empat kehidupan yang berbeza. Berbeza tu masihlah dalam ruang lingkup sebagai pelajar, cuma warnanya macam pelangi yang berbelang-belang. Tak statik dari awal sampai ke sudah. Nak cerita detail dari mula saya sampai kang jadi biografi pulak kan, so catatan ringkas cukuplah buat ambil maklumat.

Tahun pertama di Mesir bolehlah dikatakan saya macam budak nerd yang hidup berputar sekitar kuliah dan buku sahaja. Semangat kan, budak baru sampai (walaupun saya bukan budak lagi masa tu). Waktu sampai di Mesir sekitar awal September 2008, saya disambut beberapa pelajar dari BKAN Selangor yang membawa saya pulang ke asrama dan membantu urusan kemasukan ke kuliah. Saya dan kawan2 seangkatan tinggal di Kaherah selama dua bulan sebelum nama kami disahkan oleh pihak kampus dan dihantar ke cawangan masing2. Awal November saya dan beberapa orang dihantar ke Iskandariah dengan pelajar baru negeri lain. Bukan semua orang diterima masuk ke cawangan dan kuliah yang diminta. Ada kawan yang mintak Iskandariah tapi dapat Kaherah, minta kuliah Usuluddin dapat Syariah. Tapi semua ni tinggal kenangan je la. Sekarang semua pelajar baru dipusatkan di Kaherah sahaja. Berhimpit la korang macam sardin kat kuliah tu...huhu.

Waktu sampai tu kuliah kami dah rancak berjalan. Sebulan lagi dah nak exam tapi kami baru sampai dan kitab belum keluar. Cemas dibuatnya. Sebelum ni cuma dengar cerita abang yang kitab keluar lambat, ni baru rasa sendiri macam mana cuaknya. Hari-hari pergi kuliah cuma tadah telinga dengar syarahan dalam loghat pasar yang sepatah habuk pun tak dapat difahami. Paling rajin pun salin nota dari kawan-kawan arab yang tulisannya pun cantik sangat. Bila kitab keluar dan buat semakan dengan nota, berlambak salah sebab xpaham apa yang arab tulis.

Kejutan Budaya

Yang paling buat kami jakun di tahun pertama ni ialah perangai budak-arab di kuliah. Satu pemandangan baru bila kita tengok orang berjalan atas meja macam jalan atas lantai, dengar Pensyarah maki dengan gelaran himar dan anjing. huhu. Arab yang baru habis sekolah menengah memang kalah perangai budak sekolah rendah kat Malaysia. Belum kira diorang punya kerumun kat pelajar kita. Tapi macamana pun diorang memang baik-baik. Kasar diorang sesama Misri je. Kalau wafidaat (pelajar luar) kena usik diorang marah. Kalau nampak budak Malaysia macam konfius selalu ada je yang nak tolong terjemah walaupun cakap macam itik dengan kucing. Cerita kami pada tahun satu tak habis-habis tentang perangai budak arab di kuliah. Memang seronok dan takjub ditonton :)

Waktu masih baru ni, senior punya pesanan pun macam-macam. Jangan tunjuk duit banyak. Arab boleh bau duit. Sampai sini, tiga hari jangan mandi. Bagi badan biasa dulu dengan cuaca. Baru sampai dari Malaysia jangan keluar rumah selama tiga hari. Kena kuarantin. Pantang makanan pun aneh2. Itu berangin. Ini berangin. Buah itu panas. Buah ini berangin. Huhu. Lastly saya pun kompius apa benda yang diorang makan kat Mesir ni. Bukan nak pandang sebelah mata nasihat2 tu. Memang sesetengah orang tak serasi dengan cuaca dan makanan Mesir. Cuma saya rasa sebahagian besar orang mempercayainya dengan keterlaluan sampai mengenepikan fakta sains. Hurm...payah la nak survive kat luar negara kalau gitu. Ni kat negara Muslimin boleh la demand macam-macam. Bayangkan kalau duduk kat Jepun Rusia yang payah nak cari makanan halal nuu....maunya rumput pun dimakan takde kira angin2 dah.

Generasi belakang ni bila datang ramai pelajar perubatan ke Mesir baru la jarang kedengaran lagi pantang2 aneh dahulu kala.



Peperiksaan pertama di Al-Azhar As-Syarif


Dah setahun saya tinggalkan dewan peperiksaan sejak tamat kuliah Usuluddin di MANHAL. Peperiksaan pertama di Al-Azhar adalah yang pertama buat tangan saya menggigil dalam sejarah hidup. Cemas teramat sangat. Bimbang persediaan tak cukup rapi. Tak percaya saya sudah berada di tempat yang saya idam2kan selama ni. Punyalah susah rasa nak datang Mesir, tiba-tiba dah ada kat dewan periksa. Macam tak percaya. Alhamdulillah peperiksaan tahun pertama dapat dilalui dengan jayanya. Dah tak ada la mumtaz berderet macam di kolej dulu kan.... Dapat lulus tanpa bawa subjek pun dah rasa syukur berbanding kawan-kawan yang belum diizinkan naik ke tahun dua.


Nak ambik keputusan periksa pun satu cerita. Disebabkan kampus Alex mengalami masalah teknikal, result tahun satu saya ambil dari kampus pusat di Kaherah. Melayan kerenah makcik arab yang sibuk mintak duit buat saya tak selera nak ambil keputusan dan pergi macam tu je. Bila tengok saya tak layan tahu pulak dia nak baling dari tingkat atas. Huhu sedih kot, 1st exam natijah dah kena baling2 gitu. Memang gitu la SESETENGAH perangai arab terdesak ni. Miskin punya pasal dah tak rasa malu nak pau mintak duit pelajar. Buat tak reti je la.


Sehari ke Faiyum


Alhamdulillah pada cuti musim panas saya berpeluang ikut kawan berjalan ke Faiyum. Faiyum ialah satu wilayah di Mesir yang terkenal dengan Tasik Qarun dan air terjun di tengah padang pasir. Perjalanan ke Faiyum langsung tak dirancang. Tahu2 kawan ajak pergi, tengok duit pun ada then terus jalan. Tu la namanya Allah nak bagi kan. Sebelum ke Faiyum, terlebih dulu kami singgah ke Giza menjenguk piramid agung. Menjelang tengahari kami sampai ke Faiyum, melawat kincir air Nabi Yusuf di tengah pekan Faiyum sebelum ke kebun mangga. Di kebun mangga kami berpeluang merasa pengalaman menarik beli anggur terus dari pokok. Cuma mungkin anggurnya bukan baka import, teksturnya tak ada la rangup macam selalu beli di kedai. Menjelajah dalam kebun, kami dibagi rasa buah tin muda yang tengah nak masak. MasyaAllah lembuuutttt sangat macam makan span. Buah syurga kan.....

Dari kebun mangga kami melintasi istana dan Tasik Qarun menuju ke shallalaat (air terjun). Tak turun tengok istana pun, sebab matahari terlampau terik memanah kepala. Untungnya dalam perjalanan ni kami dapat pemandu kereta sewa yang sempoi. Pantang mintak nak tangkap gambar mesti dia berhenti kasi peluang. Al-maklum, sorang kawan kami ni datang dari Manghribi. Kesian pulak kalau sekali berjalan tak puas hati. Sebelum sampai ke air terjun, kami berhenti main pasir di pinggir Tasik Qarun. MasyaAllah cantik tak terkata tengok pemandangan gurun berlatar-belakang air membiru. Ini kali pertama saya bermain di gurun. Kami main sepuas hati di balik bukit sampai ostad driver ingat kami dah hilang. huhu.

Di air terjun kami duduk rendam-rendam kaki. Tak mandi pun, sebab kawasannya kecil then ada orang ramai kat situ. Pulang dari Faiyum, dengan badan letih dan mata mengantuk kami gagahkan diri menaiki bot persiaran di Sungai Nil pula. Lily punya pasal, layankan aje la.....asalkan free. hehe. Alhamdulillah kami dapat naik satu bot tanpa bercampur dengan arab. Dapat privacy sikit nak perhati malam di Kaherah tanpa gangguan tarian gelek. Tengah malam baru kami sampai ke kompleks Haiyu Asyir. Memang nak berjalan sampai habis tempoh sewa kereta. Dengan sebakul mangga dan anggur yang diborong di Faiyum tadi, kami akhiri percutian dengan penuh kepuasan. Alhamdulillahirobbil'alamiiin...

Sayangnya gambar di Faiyum dah hilang. Tak dapat pos kat sini.

Lepas setahun menjalani kehidupan budak nerd, tahun dua saya menjadi orang lain yang tak diketahui.
Siapa? Nantikan ;)

3 ulasan: