Selasa, 12 Mac 2013

Apakah Jabidah Massacre?


Pada Mac 1968, sekumpulan perajurit muda beragama Islam dari suku Tausug dan Sama telah dibunuh di Filipina. Mereka telah dilatih untuk menimbulkan kekacauan di Sabah, dalam usaha Filipina mahu mendapatkan semula negeri itu dari Malaysia. Apabila para perajurit muda ini mendapat tahu tujuan asal latihan mereka untuk membunuh saudara Muslim di Sabah, mereka enggan meneruskan latihan dan menuntut supaya dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Tuntutan mereka tidak dipedulikan, sebaliknya Kerajaan Filipina telah menghantar mereka PULANG KE AKHIRAT. seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri dari pembunuhan tersebut dan menceritakan kisah ini kepada dunia.

Catatan pengenalan diri di dinding berek yang menempatkan Skuad Jabidah.

Pembunuhan Skuad Jabidah ini sentiasa cuba ditutup dari kita. Tapi catatan mereka kekal, mengingatkan bahawa saudara2 yang berhati mulia ini suatu masa dulu pernah wujud atas dunia...

"Sesungguhnya Muslim itu bersaudara. Maka DAMAIkanlah antara saudaramu..." - Al-Quran.

Suatu masa dulu mereka menulis ini kerana suka-suka. Kini catatan ini menjadi bukti kekejaman yang berlaku ke atas mereka. Al-Fatihah...
Cerita detail tentang Jabidah Massacre boleh semak sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan