Selasa, 28 Mei 2013

Purdah Hitam & Islamophobia = Siapa Aku?

Isnin yang sederhana panas di tengah Kaherah. Dengan memakai tudung dan purdah serba hitam aku keluar jumpa kawan di Mahattah Ramses, kirim sesuatu untuk dia bawa balik ke Alex. Dalam perjalanan pulang ke ARMA tempat aku menginap, ternampak satu pasangan pelancong berwajah cina. Dengan buku panduan dan sebotol air mineral dikelek ke sana ke mari, diorang bertanya arah kepada seorang makcik Arab. Nak ke Bab Sya'riah dengarnya. Stesyen Metro bawah tanah yang paling hampir dengan Bab Futuh - kawasan tumpuan pelancong yang aku sukaaaaaa kongsi kat sini.

Aku tahu sebab aku pernah study tempat tu dalam peta tahun lepas, tapi belum sempat jelajah lagi. Aku intai buku panduan yang dipegang si lelaki, Walking Trough Cairo ke apa tajuknya tak pasti. Yang aku pasti pasangan ni nak berjalan kaki menjelajah Kaherah. Sama hobi dengan aku! Hati aku rasa tertarik2 sangat nak tolong dua pelancong tu.

Kebetulan diorang pun akan naik tren yang sama dengan aku, cuma destinasi aku kemudian sikit dari diorang. Sebab dah ada makcik tolong diorang kat stesyen tu, aku berhasrat mengekor diorang ke Bab Sya'riyah dan menegur diorang di sana nanti. Mungkin sampai situ diorang perlukan bantuan, sebab dari Stesyen Bab Sya'riyah tu nanti kena cari jalan pula dan meraba di tengah Kaherah.

Sampai di Stesyen Bab Sya'riyah aku tegur diorang, tanya hendak ke mana. Aku langsung tak terpikir yang diorang akan takut dengan purdah hitam aku ni. Si perempuan tengok aku macam nampak pontianak, atau mungkin diorang nampak aku bawak senapang patah nak tembak kepala diorang. Aku tak tahu. Yang penting si lelaki pun - dengan muka takut - tolak pelawaan aku dengan baik. Orang yang lalu-lalang mula pandang kami semacam, seolah-olah aku nak apa-apakan pelancong tu. Okey. Aku pun keluar dari stesyen, cari jalan ke Bab Futuh. Alang2 dah sampai situ baik aku explore.

Sambil jalan, benak aku berpusing pusing pusing pusing pusing. Hati dan muka aku panas membara. Malunya rasa. Nasib baik aku tutup muka. Aku tak pernah disalahfahami begitu sekali.

Aku teringat Eugene, cina Malaysia yang aku jumpa waktu menjelajah Hanging Church tahun lepas. Masa tu aku pakai jubah hijau terang, tudung labuh warna krim dan tanpa purdah - sebab purdah tak dibenarkan masuk gereja tuh. Eugene yang datang tegur aku dan kami terus jalan sama2 menjelajah tempat tu sampai aku hantar dia ke Kubu Solahuddin. Eugene tak takut langsung dengan aku. Ingatan manis kepada dia yang buat aku rasa membuak2 nak tolong pasangan tadi tapi diorang takut dengan aku.

Oh God, rasa kebas tangan aku sebab sebu sangat dalam hati. Islamophobia? Tuhanku. Tak sangka aku hadapinya di tanah umat Islam. Terbayang karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w dan purdah yang aku pernah tengok sebelum ni. Mungkin gambaran2 tu yang muncul dalam kepala diorang saat ternampak aku.

Terima kasih Ya Allah. Apa pun yang aku lalui dalam hidup ni semua adalah pengajaran bermakna.

- Pertama sekali yang jelas depan mata aku ialah umat Islam perlu bayar harga tinggi untuk membetulkan semula pandangan dunia kepada kita. Purdah hitam tak bersalah. Non-Muslim yang termakan propaganda pun tak salah. Tapi yang bersalah ialah umat Islam - KITA - ni yang tak habis2 bergaduh sesama sendiri berbanding nak berperangai baik dan pamerkan keindahan Islam.

- Kedua aku terfikir.....aku ni baru ditakuti dek sepasang pelancong. Macam mana agaknya saudara Muslimah aku di Barat yang ditakuti SATU BENUA. Patutlah ada ulama' Barat yang tak memberatkan Muslimah memakai hijab walaupun ia wajib (macam aku baca dalam From MTV To Mecca). Begini situasi diorang rupanya. Semoga Allah gandakan pahala buat saudari2 aku yang BERJIHAD nak tutup aurat di Barat. Semoga saudari2 aku di Timur khususnya Malaysia dapat mensyukuri nikmat keamanan dan kebebasan untuk kita mempraktikkan Syariat di tanahair.

- Ketiga ialah pengajaran paling MAKAN DALAM dan terhempuk di batang hidung aku sendiri. Betapa aku yang tak arif kawasan Bab Sya'riah (baru setakat study dalam peta secara teori je) dah ada hati nak tolong pelancong yang tak tahu jalan. Orang rabun tolong orang buta. Semata2 kerana aku sama minat mengembara macam diorang,  dah excited nak tolong fellow traveller tanpa memikirkan diri aku sendiri yang tak settle.

Macam tu jugak la aku dalam kembara hidup ni. Walaupun dah habis belajar tapi ilmu aku belum betul2 lengkap, akhlak aku pun compang-camping, macam mana diri yang TAK SIAP ni nak dibawak balik berkhidmat di tanahair? Bukan khidmat sebagai guru JQAF yang aku maksudkan, tapi KHIDMAT KEPADA AGAMA ALLAH DALAM SKOP YANG LEBIH LUAS. Aku sebagai pengembara di bumi Allah, macam mana aku nak tunjuk jalan akhirat kepada KAMU dan pengembara lain kalau aku sendiri teraba-raba?

Sedih.
Aku nak balik memikir dan muhasabah.
Aku tinggalkan soalan akhir tu untuk sahabat2 Azhari/ah yang sudi baca catatan aku hari ni.
Semoga kita pulang bawa ilmu dan akhlak mulia. Sama2 bawa keluarga tercinta dan umat ke syurga. Amin.

Abbasiyah, 28 Mei 2013.

2 ulasan:

  1. akum....menarik entry awk.....berapa lame lg nak habis study?

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam. tima kasih. saya cuma share apa yg saya lalui. secara rasminya saya dah habis belajar. tapi masih stay kat sini cuba nak menadah dengan syeikh di masjid pulak :)

    BalasPadam