Khamis, 9 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 12: Takkan Berganjak!


Bismillahirrohmanirrohim…

Yang takkan berganjak dalam citer ni ialah keputusan aku untuk berenti kerja. Aku percaya yang aku memang dah takde masa depan dalam bidang ni dan aku perlu tukar profesyen… Kalau tak sambung belajar.

Sepanjang berjalan, aku masih fikir tentang tu. Lepas pantai D’Muara, aku bawak stres tu lepak kat Bagan Nakhoda Omar yang famous. Argh! Puasa-puasa ni gi tempat makan seafood, sabar jelah… Aku rehat kat surau dia yang cantik. Tulis diari sambil tengok bakau terapung kat air pasang. Atos pun dapat port baek punya bawah teduhan pokok kelapa.

Terima kasih Ya Allah, memang tempat rehat yang best. Tak payah bayar. Aku memang dah berkira-kira nak cari tempat rehat tepi laut.

Pukul 3 keluar dari situ naik terus ke utara. Tak tahu mana nak pergi. Tengok pemandangan kiri-kanan pun dah cukup buat aku rileks. Pantang nampak signboard pantai sure aku redah. Celah kebun kelapa sawit, celah kampung cina, semua aku masuk. Habis aircond kereta berbau udang kering.

Pendakian aku ke utara berakhir di Sabak Bernam. Malas nak naik ke Teluk Intan. Nanti penat nak patah balik. Pusing2 di Hay Resort, aku turun semula ke bawah. Masuk kampung batu 23. Ada pantai dan homestay kat situ.

Rupanya kat dalam tu pun ada masjid cantik. Siap dirasmikan oleh Sultan Selangor lagi. Aku singgah solat Asar dan pergi cari pantai. Memang ada la pantai dalam tu. Kecik sikit dari BNO. Kawasan rehat dia pun cantik. Ada jeti nelayan, dua chalet dan beberapa restoran. Boleh tahan la untuk percutian bajet rendah&redah macam aku ni.

Aku masuk bermalam di chalet yang betul-betul terletak di jeti nelayan. Dari balkoni je boleh tengok aktiviti nelayan kat luar. Tapi aku sampai tu dah senja. Aku berbuka makan mi udang dan beli sate siap2 untuk sahur esok. Memang sedap mi udang akak ni walaupun kedai dia takde orang datang.

Nampak cam berani dan gamble kan? Sebenarnya aku takut sangat. Nak tidur pun takut, sebab aku sorang, pempuan, kenit, dan tak tau lawan. Kalau orang pecah masuk chalet aku macam mana? Tapi kalau tak tido kang cemana nak balik esok… Harini pun aku dah letih gila.

Alhamdulillah, memang tenang sangat rasa kepala… Akhirnya dapat ruang untuk diri sendiri. Katil besar untuk aku sorang, baca Quran bila aku nak, melukis bila aku nak, tidur bila aku nak… Beeeesssttttt sangat.
Terima kasih, Ya Allah.

Tapi bila bersendiri ni bukan waktu kita ikut nafsu okey. Waktu bersendirian sebenarnya kita lebih dekat dengan Allah. Dan Allah la ‘kawan borak’ aku sepanjang perjalanan tu. Dengan kepala yang agak lapang, aku mohon ampun kat Allah sebab dah give up dan nak berenti. Dulu aku mintak kerja dan Allah bagi kerja, sekarang aku nak berenti pulak.

Dulu setiap pagi pergi kerja, aku bersyukur dan niat khidmat kerana Allah. Sekarang ni aku dah tak tau apa niat aku.

Aku betul-betul rasa dah tak boleh buat. Kalau terus berada kat situ aku rasa macam sampah busuk yang menghalang kemajuan. Biarlah aku undur diri dan bagi peluang kepada calon editor lain yang lebih sesuai. Aku caye kat luar sana ramai lagi yang berbakat dan jiwa besar.

Takkan berganjak. Aku akan berhenti. Selewat-lewatnya dua bulan lagi supaya aku sempat train editor baru. Aku takmo editor baru nanti terpinga-pinga cam aku dulu.

Part 13 – Allah Lebih Tahu. Kau Tak Tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan