Jumaat, 10 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 13: Allah Lebih Tahu. Kau Tak Tahu.


Bismillahirrohmanirrohim…

Ya, aku tak tahu. Adakah keputusan nak berenti ni betul ke tak. Lantaklah, yang penting aku taknak hadap lagi.

Bangun pagi di tempat asing, dengan bau selimut yang wangi dan rintik hujan di luar. Aku rindu betapa bestnya perasaan tu.

Lepas solat Subuh, bukak sliding door dan mengaji dalam keheningan. Aku rindu. Sekolah tahfiz dulu yang hingar bunyi orang mengaji macam sarang lebah tengah hutan.

Lepas tu tutup lampu. Bentang tilam depan sliding door dan meniarap dalam gelap tunggu nelayan turun. Dah siang baru dengar diorang turun. Mungkin sebab hujan. Aku bertenggek di balkoni tengok diorang cedok keluar air hujan yang bertakung dalam bot. Lepastu turun ke laut dalam hujan begitu.

Nampak cam kesian. Tapi sebenarnya hidup diorang ni tenang. Tak terikat dengan jam kerja. Takde tekanan bos. Tak payah fikir kerenah manusia. Takde jeles ngan Iphone dan kereta orang. Hidup yang sangat simple dan basic.

Tak semestinya hidup moden tu bagus. Tamadun moden ni yang banyak hancurkan bumi. Nak buat smartphone sebijik pun manusia berbunuh2 di Afrika sebab berebut bijih. Duit punya pasal, hutan botak dan banjir cam laut kat Kelantan.

Tenang aku tengok hidup yang ringkas depan mata aku ni.

Niat nak tunggu nelayan naik bawa hasil tangkapan. Tunggu sampai pukul 11 tak naik-naik, aku pun check-out. Besok kerja. Nak kena balik awal sikit supaya aku sempat rehat.

Dalam perjalanan turun ke KL sempat aku pusing-pusing celah sawah padi cari Homestay Sg. Haji Dorani yang femes tuh. Hari pun redup je sebab hujan pagi. Memang sedaplah memandu tengah kehijauan bendang. Singgah bukit Malawati, jalan kaki naik atas. Teringat dulu pernah tidur sini satu kuarga. Rindu.

Turun bukit tu solat Zohor dan… flat. Letih gila puasa-puasa panjat bukit. Memikirkan takde sape akan drive aku balik kecuali diri sniri, aku bangunlah jugak.

Balik ikut LATAR la pulak, dekat sikit.

Pastu terlajak masuk Klang. Terus lepak kat Pantai Remis. Dah Asar baru aku keluar dari Pantai Remis. Cari jalan ke Shah Alam, sesat pulak masuk Pelabuhan Klang. Tak pasal-pasal jumpa Tanjung Harapan dan Muara Ikan Bakar. Dulu kekecik pernah makan kat situ. Zaman pakai tudung senget.

Hah, nak sangat tengok laut… Sampai sesat pun jumpa laut. Amekaw!

Sampai balik, aku masih fikir yang aku akan berhenti jadi editor. Tapi ada tambahan ayat sikit kat belakang: “…kecuali kalau keadaan berubah.”

Apa yang nak berubahnya? Tu bukan kompeni aku nak ubah2. Entah kenapa aku fikir camtu pun aku tak tahu.

Allah tahu.

Part 14 – Tuhan Yang Ajaib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan