Sabtu, 11 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 14: Tuhan Yang Ajaib


Bismillahirrohmanirrohim…

Istilah periuk ajaib tu menipu. Manade ajaibnya kalau still masak guna api. Lainlah kita letak dalam tu dia masak sendiri, baru ajaib.

Yang ajaib tu Allah. Sebab kerja Dia selalu tak disangka-sangka.

Aku masuk ofis dengan azam untuk berenti. Aku akan bagi surat berenti. Terpulang la bos nak terima ke, tolak. So sebelum berenti, dengan sisa azam yang ada, aku akan buat yang terbaik.

Tetiba bos panggil meeting. Semua team Majalah Y. Aku, senior kepala besar dan lain-lain. Bos bagitahu yang unit sales minta tutup Majalah Y sebab jualan menurun. Tapi bos taknak, sebab inilah antara sumbangan sosial kompeni kepada remaja yang semakin rosak. Bos minta kami betulkan niat. Ikhlaskan hati bekerja. Supaya Majalah Y ni jadi amal jariyah yang kekal untuk kami sampai akhirat.

Lepas sesi soal-jawab, brainwash dan lain-lain, aku keluar dengan rasa takjub.

Aku nekad nak berenti kecuali jika keadaan berubah. Adakah keadaan sedang berubah? Maknanya Allah tak bagi aku lepaskan kerja ni?

Hari berikutnya, team lain pulak kena panggil. Dan akhirnya seluruh department. Aku kira situasi ekonomi di luar dah benar-benar buruk sampai bos brainwash semua staf. Memang kitorang terlampau rileks buat kerja. Dalam seminggu ni hasil brainwash tu mula nampak ketara. Ada staf yang berenti. Ada staf yang meningkat produktiviti.

Aku sendiri pun, lepas lawatan ke kampung nelayan tu, mula ternampak-nampak macam mana nak improve Majalah Y. Rasa kepala aku lapang selapang-lapangnya. Dah takde lagi keliru dan disorganise. Rasa macam aku jumpa diri dan semangat yang baru. Mungkin sebab bulan puasa kot, setan yang sungkup kepala aku dah kene jail. Sementara dia takde ni baik aku rancang habis-habis. Aku tak tahu apa pulak yang jadi lepas ni

Ya Allah,
Hamba takkan cakap lagi tentang berenti Sekurang-kurangnya buat masa ni
Tapi, tolong hamba Ya Allah. Tolong hamba jayakan kerja ni.


Tolong. Betul-betul mintak tolong.
Sebab hamba dah tak tau macam mana nak buat. Bila semua jalan jadi buntu.
Hamba pernah jadi sukarelawan
Hamba dapati kudrat tak mampu ubah masyarakat
Mind setter yang akan ubah masyarakat. Dan hamba cuba isi ruang tu.
Kalau hamba tak layak, keluarkan hamba dari jalan ni

Dan Kamu Ya Allah, kekalkan hamba kat sini

Terima kasih, Tuhan Penyayang. Tuhan tak pernah tinggalkan hamba .
Walau pada saat hamba paling berdosa.
Hamba takkan cakap lagi nak lari
Tapi tolong hamba-Mu ini. Robbi.
Moga-moga bila hamba mati,
memori perjuangan ni yang hamba bawa pulang kepada Mu.


Sahaja aku jadi editor. Lillahi Ta’ala.

2 ulasan:

  1. Saudari..saya baca ke semua kisah saudari..Subhanallah..kuasa Allah mengatasi segala2nya..terima kasih juga bagi nasihat yg berguna utk diri ini..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih sudi menjenguk ke blog saya :)

      Padam