Jumaat, 3 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 5: Editor Fitnah Ulamak


Aku tak tahulah macam mana cara kampeni lain. Tapi kat kampeni O ni, tak ada jabatan atau unit khas untuk majalah. Editor majalah juga perlu buat buku.

Aku akan cerita akibatnya kat sini.

Aku ditugaskan untuk mengulang cetak dua buah buku agama. Dua buku ni terjemahan daripada Bahasa Arab. Dengan hepi aku semak buku tu. Akhirnya dapat juga aku buat kerja yang aku idam-idamkan.

Malangnya di setiap muka surat aku jumpa sampah. Entah wahabi mana yang buat terjemahan tu, semua benda jadi bid’ah. Aku gerun memikirkan yang buku tu dah habis dijual hingga perlu diulang cetak. Maknanya berapa ribu orang dah jadi wahabi ekstrem sebab baca buku tu?

Bukan saja ekstrem, kandungannya pun celaru dan terabur menggambarkan editor asalnya buat buku ni dengan tergesa-gesa. Perasaan aku bercampur-baur antara memahami kesulitan editor tu dan kesian pada pembaca yang membeli.

Adakah kami terlalu tamak, hingga kerja jadi tak berfokus? Entah la.

Nasihat aku kepada korang di luar sana, jangan tamak… Fokus satu-satu. Pastikan apa yang korang nak buat dan buatlah dengan baik. Jangan semuanya nak. Lepas tu, terjun laut.

Sambil buat majalah, aku ambil masa yang lama untuk baiki semula buku tu mengikut makna terhampir kepada teks asalnya. Moga-moga ramailah yang baca buku ni… supaya kekeliruan cetakan pertama dapat dijernihkan.

Dalam pada tu, aku dihantar buat liputan kem cuti sekolah. Kem ni diselia oleh sorang penulis freelancer yang sangat disukai bos. Waktu baru masuk dulu, aku pernah disuruh mengolah manuskrip novel penulis ni. Katanya pertama kali menulis. Takpelah. Ayat terabur biasalah.

Tapi yang aku tak boleh blah, watak utama novel ni sungguh meloyakan. Bajet cam alim, tapi cam gatal. Cam sengal pun ada. Sepanjang mengolah manuskrip tu aku rasa mual macam ibu mengandung trimester pertama. Geli sampai buat aku meluat ngan penulis ni!

Biasanya watak utama novel akan menggambarkan diri penulisnya. Hanya penulis pro je yang dapat menyamarkan watak dengan orang lain. So perangai penulis tu mestilah macam watak utama dia ni kan…

Anyway, tak adil pulak aku nak judge dia sebelum kenal. Lepas tu dapat la kenal bila dia datang ofis 2-3 kali. Memang berkarisma la orangnya. Patut la puan bos cair. Aku excited gila bila ditugaskan buat liputan kem mamat ni. Sebab aku dah tak berpeluang lagi nak turun kem sejak masuk kerja kat ofis.

Lokasi cantik. Prasarana pun cantik. Sayangnya pengisian hancur. Mana tak hancur kalau sampai budak sekolah rendah pun boleh cakap: “Saya tak tahu apa tujuan kem ni.” Gila? Sepanjang jadi fasi dengan macam-macam penganjur, aku tak pernah dengar peserta kem cakap camni.

Dahlah tengah hujan lebat dia boleh suruh budak-budak turun sungai. Sungainya dalam dan lebih deras dari Lubuk Manggis kat Langat! Sambil berteduh, aku cuma mampu tengok dengan hati menyumpah.

In the end aku tak tulis pun berita pasal kem tu. Apa yang aku nak tulis? Mamat tu tipu mak bapak peserta? Mamat ni ngamuk bila peserta tak respon sebab boring dengan pengisian? Atau aku kene tulis berita tipu yang indah-indah? Maaflah.

Sampai sekarang aku tak cakap ngan bos pasal ni. Malas nak kutuk freelancer kesayangan dia. Biarlah bos anggap aku apape yang dia nak anggap. Bukannya aku ego nak buat sukati. Tapi daripada aku kutuk mamat tu kan, lebih baik diam.

Kesimpulannya korang, nak cari rezeki janganlah dengan menipu duit orang. Mak bapak bagi harapan yang besar supaya anak-anak diorang dilatih. Kalau camni kan dah tak memasal makan duit haram… Orang pun jadi hilang percaya.

Part VI – Tidur Ofis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan