Jumaat, 3 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 6: Tidur Ofis


Sebelum jadi editor, aku pernah jadi promoter di pesta buku. Kerja aku jual pek kupon diskaun untuk kompeni J. Di belakang hari, aku rasa macam kerja tu menipu pembeli.

Nak bagi diskaun, bagi jelah. Apesal nak jual? Kalau kena keluar duit untuk dapat diskaun, baik tak payah diskaun. Tak gitu?

Kesimpulannya manusia tetap manusia dengan rasa tamaknya. Walaupun dia beragama Islam dan menjual produk berjenama Islam. Noktah.

Alhamdulillah tahun ni aku dapat lagi kerja di pesta buku. Kali ni dengan kompeni O sebagai staf.
Persediaan kepada pesta buku memang sibuk. Merasa la aku tidur ofis sebab nak siapkan kerja. Sebenarnya kerja aku taklah urgent mana. Aku cuma kesian tengok member lain yang kerja menimbun. Best jugak la dapat tidur ofis walaupun takde tilam empuk. Pengalaman baru.

Pesta buku memang meriah. Booth kompeni dapat menang booth terbaik. Tapi agak seram bila ada staf jumpa gulungan duit berisi rambut kat booth. Ada orang cuba aniaya kami rupanya. Patutlah tak ramai datang beli.

Kerja kat pesta buku, aku jumpa orang-orang yang tak tersangka nak jumpa. Member sekolah, Kak S yang dah jadi single mother, YB KJ yang cool, Aiman Azlan yang aku salute, dan member sensama promoter tahun lepas. Aku dah tak cam diorang. Diorang yang cam aku. Huhu…

Ada jugak junior Mesir yang tegur aku. Dahlah aku dengan pakai apron nya… segan betul.

Kerja aku kat situ, jaga bahagian majalah dan langganan. Memang best la sebab aku editor majalah dan aku dapat tengok sniri feedback daripada remaja terhadap Majalah Y. Walaupun jualan laju, tapi masih banyak yang aku perlu perbaiki untuk penuhi keperluan minda remaja.

Lepas ni aku kena cari ruang berfikir dan merancang. Puan bos asyik suruh aku rancang, plan… Tapi realitinya kat ofis tu tak boleh nak fikir. Duduk je depan komputer aku terus nampak kerja bertimbun. Tahu-tahu, dah waktu balik. Tak sempat nak berfikir.

Balik rumah dah penat, solat then membuta. Esok bangun, masuk ofis balik. Kalau ada pun waktu berfikir ialah time aku memandu. Huhu…

Habis pesta buku terasa sangat lega. Tapi kejap je sebab aku kembali sibuk dengan majalah. Majalah kena keluar tiap-tiap bulan walau apa pun yang berlaku. Kecuali kiamat atau kampeni tutup. Nauzubillah!

Tentang re-format majalah, aku dah dapatkan beberapa kartun baru yang lebih sesuai dengan selera remaja. Bila dibuat penilaian, nampaknya kartun2 tu tak sesuai dengan imej Majalah Y. Diorang buat keputusan untuk buka majalah baru yang khusus untuk kartun2 camtu. Sorang member baru masuk untuk menjadi editor majalah baru ni.

Majalah Y tak jadi re-format. Lega aku sekejap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan