Sabtu, 11 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 14: Tuhan Yang Ajaib


Bismillahirrohmanirrohim…

Istilah periuk ajaib tu menipu. Manade ajaibnya kalau still masak guna api. Lainlah kita letak dalam tu dia masak sendiri, baru ajaib.

Yang ajaib tu Allah. Sebab kerja Dia selalu tak disangka-sangka.

Aku masuk ofis dengan azam untuk berenti. Aku akan bagi surat berenti. Terpulang la bos nak terima ke, tolak. So sebelum berenti, dengan sisa azam yang ada, aku akan buat yang terbaik.

Tetiba bos panggil meeting. Semua team Majalah Y. Aku, senior kepala besar dan lain-lain. Bos bagitahu yang unit sales minta tutup Majalah Y sebab jualan menurun. Tapi bos taknak, sebab inilah antara sumbangan sosial kompeni kepada remaja yang semakin rosak. Bos minta kami betulkan niat. Ikhlaskan hati bekerja. Supaya Majalah Y ni jadi amal jariyah yang kekal untuk kami sampai akhirat.

Lepas sesi soal-jawab, brainwash dan lain-lain, aku keluar dengan rasa takjub.

Aku nekad nak berenti kecuali jika keadaan berubah. Adakah keadaan sedang berubah? Maknanya Allah tak bagi aku lepaskan kerja ni?

Hari berikutnya, team lain pulak kena panggil. Dan akhirnya seluruh department. Aku kira situasi ekonomi di luar dah benar-benar buruk sampai bos brainwash semua staf. Memang kitorang terlampau rileks buat kerja. Dalam seminggu ni hasil brainwash tu mula nampak ketara. Ada staf yang berenti. Ada staf yang meningkat produktiviti.

Aku sendiri pun, lepas lawatan ke kampung nelayan tu, mula ternampak-nampak macam mana nak improve Majalah Y. Rasa kepala aku lapang selapang-lapangnya. Dah takde lagi keliru dan disorganise. Rasa macam aku jumpa diri dan semangat yang baru. Mungkin sebab bulan puasa kot, setan yang sungkup kepala aku dah kene jail. Sementara dia takde ni baik aku rancang habis-habis. Aku tak tahu apa pulak yang jadi lepas ni

Ya Allah,
Hamba takkan cakap lagi tentang berenti Sekurang-kurangnya buat masa ni
Tapi, tolong hamba Ya Allah. Tolong hamba jayakan kerja ni.


Tolong. Betul-betul mintak tolong.
Sebab hamba dah tak tau macam mana nak buat. Bila semua jalan jadi buntu.
Hamba pernah jadi sukarelawan
Hamba dapati kudrat tak mampu ubah masyarakat
Mind setter yang akan ubah masyarakat. Dan hamba cuba isi ruang tu.
Kalau hamba tak layak, keluarkan hamba dari jalan ni

Dan Kamu Ya Allah, kekalkan hamba kat sini

Terima kasih, Tuhan Penyayang. Tuhan tak pernah tinggalkan hamba .
Walau pada saat hamba paling berdosa.
Hamba takkan cakap lagi nak lari
Tapi tolong hamba-Mu ini. Robbi.
Moga-moga bila hamba mati,
memori perjuangan ni yang hamba bawa pulang kepada Mu.


Sahaja aku jadi editor. Lillahi Ta’ala.

Jumaat, 10 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 13: Allah Lebih Tahu. Kau Tak Tahu.


Bismillahirrohmanirrohim…

Ya, aku tak tahu. Adakah keputusan nak berenti ni betul ke tak. Lantaklah, yang penting aku taknak hadap lagi.

Bangun pagi di tempat asing, dengan bau selimut yang wangi dan rintik hujan di luar. Aku rindu betapa bestnya perasaan tu.

Lepas solat Subuh, bukak sliding door dan mengaji dalam keheningan. Aku rindu. Sekolah tahfiz dulu yang hingar bunyi orang mengaji macam sarang lebah tengah hutan.

Lepas tu tutup lampu. Bentang tilam depan sliding door dan meniarap dalam gelap tunggu nelayan turun. Dah siang baru dengar diorang turun. Mungkin sebab hujan. Aku bertenggek di balkoni tengok diorang cedok keluar air hujan yang bertakung dalam bot. Lepastu turun ke laut dalam hujan begitu.

Nampak cam kesian. Tapi sebenarnya hidup diorang ni tenang. Tak terikat dengan jam kerja. Takde tekanan bos. Tak payah fikir kerenah manusia. Takde jeles ngan Iphone dan kereta orang. Hidup yang sangat simple dan basic.

Tak semestinya hidup moden tu bagus. Tamadun moden ni yang banyak hancurkan bumi. Nak buat smartphone sebijik pun manusia berbunuh2 di Afrika sebab berebut bijih. Duit punya pasal, hutan botak dan banjir cam laut kat Kelantan.

Tenang aku tengok hidup yang ringkas depan mata aku ni.

Niat nak tunggu nelayan naik bawa hasil tangkapan. Tunggu sampai pukul 11 tak naik-naik, aku pun check-out. Besok kerja. Nak kena balik awal sikit supaya aku sempat rehat.

Dalam perjalanan turun ke KL sempat aku pusing-pusing celah sawah padi cari Homestay Sg. Haji Dorani yang femes tuh. Hari pun redup je sebab hujan pagi. Memang sedaplah memandu tengah kehijauan bendang. Singgah bukit Malawati, jalan kaki naik atas. Teringat dulu pernah tidur sini satu kuarga. Rindu.

Turun bukit tu solat Zohor dan… flat. Letih gila puasa-puasa panjat bukit. Memikirkan takde sape akan drive aku balik kecuali diri sniri, aku bangunlah jugak.

Balik ikut LATAR la pulak, dekat sikit.

Pastu terlajak masuk Klang. Terus lepak kat Pantai Remis. Dah Asar baru aku keluar dari Pantai Remis. Cari jalan ke Shah Alam, sesat pulak masuk Pelabuhan Klang. Tak pasal-pasal jumpa Tanjung Harapan dan Muara Ikan Bakar. Dulu kekecik pernah makan kat situ. Zaman pakai tudung senget.

Hah, nak sangat tengok laut… Sampai sesat pun jumpa laut. Amekaw!

Sampai balik, aku masih fikir yang aku akan berhenti jadi editor. Tapi ada tambahan ayat sikit kat belakang: “…kecuali kalau keadaan berubah.”

Apa yang nak berubahnya? Tu bukan kompeni aku nak ubah2. Entah kenapa aku fikir camtu pun aku tak tahu.

Allah tahu.

Part 14 – Tuhan Yang Ajaib

Khamis, 9 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 12: Takkan Berganjak!


Bismillahirrohmanirrohim…

Yang takkan berganjak dalam citer ni ialah keputusan aku untuk berenti kerja. Aku percaya yang aku memang dah takde masa depan dalam bidang ni dan aku perlu tukar profesyen… Kalau tak sambung belajar.

Sepanjang berjalan, aku masih fikir tentang tu. Lepas pantai D’Muara, aku bawak stres tu lepak kat Bagan Nakhoda Omar yang famous. Argh! Puasa-puasa ni gi tempat makan seafood, sabar jelah… Aku rehat kat surau dia yang cantik. Tulis diari sambil tengok bakau terapung kat air pasang. Atos pun dapat port baek punya bawah teduhan pokok kelapa.

Terima kasih Ya Allah, memang tempat rehat yang best. Tak payah bayar. Aku memang dah berkira-kira nak cari tempat rehat tepi laut.

Pukul 3 keluar dari situ naik terus ke utara. Tak tahu mana nak pergi. Tengok pemandangan kiri-kanan pun dah cukup buat aku rileks. Pantang nampak signboard pantai sure aku redah. Celah kebun kelapa sawit, celah kampung cina, semua aku masuk. Habis aircond kereta berbau udang kering.

Pendakian aku ke utara berakhir di Sabak Bernam. Malas nak naik ke Teluk Intan. Nanti penat nak patah balik. Pusing2 di Hay Resort, aku turun semula ke bawah. Masuk kampung batu 23. Ada pantai dan homestay kat situ.

Rupanya kat dalam tu pun ada masjid cantik. Siap dirasmikan oleh Sultan Selangor lagi. Aku singgah solat Asar dan pergi cari pantai. Memang ada la pantai dalam tu. Kecik sikit dari BNO. Kawasan rehat dia pun cantik. Ada jeti nelayan, dua chalet dan beberapa restoran. Boleh tahan la untuk percutian bajet rendah&redah macam aku ni.

Aku masuk bermalam di chalet yang betul-betul terletak di jeti nelayan. Dari balkoni je boleh tengok aktiviti nelayan kat luar. Tapi aku sampai tu dah senja. Aku berbuka makan mi udang dan beli sate siap2 untuk sahur esok. Memang sedap mi udang akak ni walaupun kedai dia takde orang datang.

Nampak cam berani dan gamble kan? Sebenarnya aku takut sangat. Nak tidur pun takut, sebab aku sorang, pempuan, kenit, dan tak tau lawan. Kalau orang pecah masuk chalet aku macam mana? Tapi kalau tak tido kang cemana nak balik esok… Harini pun aku dah letih gila.

Alhamdulillah, memang tenang sangat rasa kepala… Akhirnya dapat ruang untuk diri sendiri. Katil besar untuk aku sorang, baca Quran bila aku nak, melukis bila aku nak, tidur bila aku nak… Beeeesssttttt sangat.
Terima kasih, Ya Allah.

Tapi bila bersendiri ni bukan waktu kita ikut nafsu okey. Waktu bersendirian sebenarnya kita lebih dekat dengan Allah. Dan Allah la ‘kawan borak’ aku sepanjang perjalanan tu. Dengan kepala yang agak lapang, aku mohon ampun kat Allah sebab dah give up dan nak berenti. Dulu aku mintak kerja dan Allah bagi kerja, sekarang aku nak berenti pulak.

Dulu setiap pagi pergi kerja, aku bersyukur dan niat khidmat kerana Allah. Sekarang ni aku dah tak tau apa niat aku.

Aku betul-betul rasa dah tak boleh buat. Kalau terus berada kat situ aku rasa macam sampah busuk yang menghalang kemajuan. Biarlah aku undur diri dan bagi peluang kepada calon editor lain yang lebih sesuai. Aku caye kat luar sana ramai lagi yang berbakat dan jiwa besar.

Takkan berganjak. Aku akan berhenti. Selewat-lewatnya dua bulan lagi supaya aku sempat train editor baru. Aku takmo editor baru nanti terpinga-pinga cam aku dulu.

Part 13 – Allah Lebih Tahu. Kau Tak Tahu.

Rabu, 8 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 11: Mustahil Tu Apa?


Bismillahirrohmanirrohim.

Dulu aku suka makan dan susah nak puasa. Puasa bagi aku ialah ‘hibernate.’ So bila ada aktiviti aku takkan puasa hari tu.

Tapi hari mana yang aku takde aktiviti? Sudahnya dekat Ramadhan baru aku ganti puasa. Bila dah terdesak gitu, boleh pulak puasa pada hari yang sibuk.

Hujung minggu tu aku puasa. Tapi nak duk diam kat rumah pun tak boleh, sebab terngiang-ngiang bebelan encik ketua dept semalam. Dulu bila bengang, aku tidur. Akhir-akhir ni aku perasan yang tidur buat hati aku semakain marah bila bangun. Benda yang aku lupa pun jadi ingat balik bila bangun tidur.

So remedi yang terbaru ialah memandu. Bukan merempit di jalanraya okeh… Aku dah insaf tengok kemalangan DUKE. Maksud aku ialah pergi mengembara ke tempat baru. Kat Mesir dulu aku mengembara jalan kaki. Banyak tempat yang bukan tumpuan pelancong pun aku dapat redah. Balik Msia ni dah ada kereta, aku mengembara naik kereta la.

Takde plan. Lepas solat subuh terus gerak. Bawak baju siap2 takut terpegi jauh sangat sampai terpaksa tidur sana. Puasa? Peduli apa dengan puasa. Bukan aku jalan pikul kereta pun. Kereta yang pikul aku. So puasa jelah, jangan banyak cakap. Jimat sikit. Tak sibuk nak beli makanan.

Akhirnya benda yang mustahil dalam hidup aku jadi mungkin.

Destinasi aku – Kuala Selangor. Lama dah survey nak gi tempat ni. Punyalah takut nak pergi sebab aku dengar sekarang banyak penyamun jalan raya. Tapi bila dah stres ni aku tak ingat lagi pasal penyamun ke apa. Sebelum aku yang jadi penyamun baik aku keluar hilangkan stres.

Dari JLT2 (aku penyanjung bahasa ibunda) aku terus jalan sampai Kuala Selangor. Lalu Ijok yang jalannya mengerikan. Takut jer kalau drive shaft aku yang reput ni terus patah. Dalam perjalanan yang tak tau mana hujung ni, aku sentiasa pastikan minyak kereta penuh. Sebab aku tak tahu kat mana Petronas seterusnya. Atos aku ni walaupun kete K-Pop tapi dia berjiwa Malaysia. Dia nak minum kat Petronas je.

Jumpa masjid Sultan Ibrahim aku dah lega. Sempat singgah solat Dhuha jap. Camtulah ayah ajar aku. Pergi memana tempat kena cari masjidnya dulu.

Nampak signboard kampung kelip-kelip. Nak masuk, tapi hari siang. Buat apa… Jalan terus sampai Bukit Malawati. Pekan sunyi sepi cam bandar mati. Penginapan terdekat (yang best) ialah Hotel Seri Malaysia yang masuk jauh ke dalam. Tak jadi. Keluar balik nak panjat Bukit Malawati. Aiseh terlajak pulak keluar jalan besar. Sudahnya naik terus ke utara.

Masuk Sekinchan aku dah tertoleh-toleh. Punyalah lawa jelapang padi kat belah kanan nun… SubhanAllah! Tapi aku jalan terus. Tak tau nak pergi mana tapi jalan je. Tengok sejauh mana aku boleh pergi.

Hari pun masih pagi, elok aku drive sebelum matahari terpacak atas kepala. Kang dah panas, sian tayar kete aku…

Nama je kawasan kampung. Tapi jalan lurus dan kereta racing cam syaiton. Gerun aku nengok kete2 besar yang memotong dengan lajunya. Aku jadi takut nak leka walaupun sekejap.

Aku masuk Hotel D’Muara. Ada pantai kat situ. Matahari mula terpacak atas kepala tapi ada family rileks je cari kepah. Aku join diorang.

Akak tu tanya: Dulu belajar apa?

Aku: Syariah.

Akak tu: Oh, ustazah ni.

Dia terus termalu-malu turunkan kaki seluar yang dia lipat sampai betis.

Aku: Eh, akak janganlah camni! Saya biasa jelah… *Dengan muka serba salah. Dalam hati rasa numb*

Ni yang malas nak ngaku ni. Aku bukan malu mengaji agama. Aku cuma benci pandangan manusia. Bila belajar agama seolah-olah aku dah tak boleh jadi manusia. Aku dah takde ruang buat silap.

Tok guru aku kat Mesir dulu… Solat Asar pun beliau boleh tersilap baca Fatihah kuat-kuat. Okey je. Orang Msia ni siaplah kalau nampak ustaz-ustazah buat silap.

Anyway pantai tu memang best. 1st Time aku tengok ikan belacak ramai2. Memang comel ikan ni dengan mata besar dia.

Selasa, 7 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 10: Bila Bara Terlalu Panas


Bismillahirrohmanirrohim.

Sekejap je dah setahun. Rasa macam baru je masuk kerja.

Ada sekejap haritu, puan bos bagitahu yang jualan Majalah Y naik sikit. Aku sangatlah hepi. Aku tak tau cemana nak cakap thanks kat team mates… sebab seketul ‘thanks’ je tak mencukupi. Nak belanja, pokai pulak hujung2 bulan tuh. Aku tanya Allah, apa benda murah yang boleh buat orang hepi?

Allah ilhamkan kat aku buah limau. Aku pun beli limau sorang satu. Balik ofis aku lukis smiley kat atas limau tu. Belakang dia ucapan semangat.

Tak sangka rupanya diorang bebetul suka limau tu. Alhamdulillah. Tapi bila member sebelah tak dapat limau (sebab bukan team Majalah Y), dia sedih pulak. Sudahnya satu ofis aku belanja limau. Cuma aku tak lukis smiley la. Rosak mata pen marker aku kene jus kulit limau tu.

Dalam bekerja ni, waktu hepi kejap je.

Jenis aku ni bila stres, jangan la orang nak cakap banyak2. Kalau taknak legakan perasaan aku baik jangan cakap apape. Sebab telinga dan hati aku sangat sensitif dengan bunyi. Aku akan rasa hepi atau marah dengan lama, based on apa yang aku dengar. Apatah lagi waktu aku stres.

Tiba satu kali ni, di saat stres aku tengah memuncak, ketua dept panggil. Beliau ni super senior yang dah mencecah usia emas. Warga emas ni sifatnya suka bercakap dan suka didengari. So, aku pergi juga walaupun kepala tengah didih.

Rupanya dia memang nak membebel. Nak bagitahu aku tersilap eja pun dia siap ungkit cara aku baca sms. Apakah??? Padahal aku tak pernah sms ngan dia pun, dia tahu ke cemana syle aku sms?

Selepas bertekak sepatah-dua kata, aku pun ciao dari situ dengan janji aku akan datang balik dengar dia bebel bila stres dah reda.

Hakikatnya minggu tu aku nekad berenti kerja. Aku apply sambung master. Dapat tak dapat, aku tetap akan berenti. Pegi mampus la dengan cita-cita. Balik kerja cleaner semula pun aku tak kisah asalkan berenti dari sini.

Bila bara dah betul-betul panas… dan tangan aku tak mampu nak genggam lagi… baik aku campak je kan…

Dari dulu, aku rindu nak tengok laut. Masa belajar kat Iskandariah hampir setiap petang aku gi lepak tepi laut tengok matahari terbenam. Waktu aku paling rasa nak bunuh orang, aku lepak tepi laut baca surah ar-Rahman. Memang ubat hati yang sangat mujarab.

Dah balik Msia ni jauh betul dengan laut. Caner aku nak gi duduk tepi laut balik?

Dah berapa kali plan ngan member nak gi Perhentian la, pantai tu, pantai ni, sudahnya pantai aku kat dalam skrin je.

Rupanya hujung minggu tu Allah bawa aku bercuti…

Part 11 – Mustahil Tu Apa?

Isnin, 6 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 9: Freelancers


Bismillahirrohmanirrohim

Aku cerita pasal freelancers lah. Jadi editor majalah ni aku ada ramai penulis dan pelukis bebas.
Dan aku sendiri pun jadi freelancer kat kompeni lain. Tapi citer pasal diorang dululah.

Nama pun freelancer, tentulah mereka ni ada kerja lain yang tengah dibuat. Ada yang cikgu, ada yang pegawai, ramainya masih belajar. Kalau penulis bebas, aku memang perlukan diorang tetiap bulan. Sebab tetiap bulan artikel akan masuk majalah. Dulu aku tak pernah tetapkan dateline kat diorang. So memasing hantar pun ikut suka.

Sekarang aku dah tetapkan dateline supaya semua dapat hantar serentak, senang aku nak assign orang lukis dan buat bayaran kepada diorang semua serentak. Alhamdulillah berjaya jugak strategi aku untuk bulan terawal ni. Moga-moga berterusan la.

Penulis-penulis luar ni aku tak pernah jumpa, so aku tak tahu hati budi diorang cemana. Tapi diorang sume nampak baik-baik. Diorang tak pernah timbulkan soal bayaran. So aku fikir semuanya clear and smooth.

Sampailah bebaru ni Majalah Y berjinak2 ambik pelukis luar untuk buat kulit. Aku pun survey2 dalam internet, cari mana artwork cantik2 yang dilukis anak Malaysia. Lagi muda lagi bagus supaya aku dapat bawak diorang masuk dalam industri. Tapi susah nak jumpa pelukis muda yang artwork cantik.

Aku jumpa satu, Cik Z. Memang lawa gila lukisan dan teknik kaler dia. Dia dah pun buat bisnes jual lukisan kat internet. Aku propose kepada bos. Bos terus jatuh cinta tengok lukisan dia. Pendek cerita, dia pun lukis kaver Majalah Y.

Dua-tiga bulan lepas tu, member aku ada kes dengan freelancer dia. Freelancer dia buat kecoh kat FB pasal bayaran. Tetiba aku nampak Cik Z pun ada sekali kat situ join the mengumpat club. Cakap pasal bayaran sikit dan lambat. Terlopong aku. Asal dia tak cakap ngan aku? Ngape mesti ngumpat kat FB? Budak-budak ni la…

Memang dulu dia demand 300 untuk artwork dia. Aku tawar2 jadi 200. Sebab rate kompeni ni tak pernah pun semahal tu bayar artwork.

Setakat aku kerja ngan dua lejen Ujang, Abg Duku dan Abg Belitong, harga diorang paling mahal 100 jer lukisan semuka dengan detail dan warna. Sorang lagi senior freelancer yang biasa ambil job dari MARVEL, pun 130 je semuka dengan detail dan warna. Aku tak terfikir pulak pelukis generasi baru ni mark-up tinggi.

Pengalaman aku sendiri buat freelance terjemahan lagi sedih. Terjemahan Bahasa Arab bukan senang okey. Kengkadang nak cari makna satu perkataan tu kau kena bukak 10 buku. Tapi upah aku cuma 10 hingget je semuka. Aku kena buat sepuluh muka untuk dapat upah sama cam ilustrator buat semuka. Lagi sadis.

Kompeni bukan cap sardin. Memang publisher besar yang majalah dia dapat ABC. Tapi aku takdelah nak kutuk kompeni tu. Dah dia letak harga gitu, sape suruh aku ambik. Nak mahal gi la ITBM.

So bila tengok adik2 yang baru nak jengah dunia ni, aku geleng kepala.

Pesanan aku kepada adik2 camni… Cik M terutamanya, belajar la susah. Belajar la rendah diri. Takde siapa yang berjaya kalau dia bongkak. Ambik contoh retis feveret aku, Shila Amzah. Hebat mana pun dia nyanyi kat China, tetap tanah ibunda ni yang menjunjung dia.

Ya, betul kompeni kecik lagi shady ni tempat kumpul pengalaman. So kumpul la pengalaman banyak-banyak. Pengalaman buat kau berpijak di bumi nyata dan matang sebagai manusia. Apa masalah kau lepas ni hadapilah dengan matang. Lambak kat FB hanya buat kau nampak buruk dan orang malas nak kerja dengan kau.

Ingat, hebat mana pun lukisan kau, mende tu tak boleh dimakan. Kau tetap perlukan manusia untuk tolong kau. Kau tetap perlukan Allah. Dan Allah takkan tolong manusia bongkak.

Ingat tu, dik…

Ahad, 5 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 8: Uji Bukan Benci


Entah sejak bila aku dapat kepercayaan ni: Benda yang Allah suka tu akan dipermudahkan. Yang Allah tak suka akan disusahkan.

Sebab tu aku jadi marah bila hadapi kesusahan sebab aku anggap Allah benci aku. Tapi dalam masa yang sama aku sedar dunia adalah ujian buat mukmin. Maknanya hidup kat dunia ni memang Allah akan susahkan supaya kita senang di akhirat.

Dua fakta yang buat otak aku berpusing memikirnya. Sampailah aku jadi editor.

Mula aku masuk kerja dulu, kompeni O ni rilek sangat. Staf selamba rehat luar waktu, siap goreng keropok lagi. Berborak-borak, main gitar, merayap ke sana-sini. Konfius aku. Tempat kerja lama aku dulu, nak pegang henfon pun tak berani.

So aku pun terbiasa rilek dan kerja main-main. Aku punya kerja main-main bukan merayap makan keropok cam orang lain. Aku lagi suka merayap dalam internet baca maklumat. Hobi sejak dulu yang buat aku terputus dari dunia luar.

Sekarang bila bisnes makin merosot, ada pulak GST ni, kompeni makin susah dan bos mula bertegas. Barulah aku rasa kerja mula menimbun dan stres bertali tak putus-putus. Habis satu drama, start drama baru.
Sebenarnya aku suka kerja camni. Barulah rasa hidup aku bermakna.

Tapi aku ni biasalah. Bila rasa dah tak mampu nak carry, mulalah rasa nak campak. Perkataan berenti kerja sentiasa bermain-main dalam kepala aku.

Mesti korang harap aku cerita secara detail tentang kerja sebagai editor kan? Kerja ni best sangat. Tapi penuh dengan pergeseran di sana-sini dengan orang sekeliling. So aku rasa tak sesuai cerita kat laman terbuka ni. Walaupun aku tak dedahkan kompeni apa aku kerja ni, still ada 2-3 orang yang tahu. Biarlah aku share yang baik-baik je.

Aku pun banyak aib dan aku tak suka orang londeh aib aku.

So citer pasal stres tadi… sampai satu masa aku pernah jadi pelupa yang amat sangat. Dan pernah juga aku lepaskan stres di jalan raya. Pantang kena celah aku hon, pantang driver depan lambat aku hon, pantang motor blok jalan aku hon. Takyah cakaplah bab merempit dan memotong tanpa belas kasihan tu.

Jauh dalam hati aku takut ngan diri sniri. Patutlah banyak eksiden berlaku. Sebab driver rasa konfiden sangat dia boleh kawal kereta. Dibuatnya tengah laju2 tu tayar pecah ke, atau cicak jatuh atas kepala cam aku kena aritu, kan mampus?

Sampailah berlaku tragedi langgar lari kat DUKE yang mati satu family tu. Aku rasa insaf sangat betapa kelajuan membunuh. MyVi lembik pun boleh lambung Pajero, laju punya pasal.

Aku cari formula untuk re-format minda aku. Cemana nak jadikan stres ni sesuatu yang aku suka?

Allah ilhamkan aku dengan mendaki gunung. Ya, aku suka mendaki. Walaupun seumur hidup ni aku mendaki tak sampai lima kali, tapi itulah antara aktiviti yang paling aku suka. Aku sanggup susah untuk mendaki. Aku sanggup penat dan semput. Tapi tak pernah berlaku lagi aku give up sekerat jalan dan turun balik. Pengalaman mendaki kat Sinai, aku jadi top 5 yang sampai puncak adalah.

So anggap jelah cabaran kerja aku ni macam mendaki.

Kemarahan orang tu bukan makna Tuhan benci, tapi anggap macam batu besar yang menghadang jalan. Aku akan usaha langkah atau panjat batu tu untuk sampai puncak.

Ya, Allah uji bukan benci. Kalau Nabi Zakaria pun kena gergaji, Nabi Muhammad kena pulau, aku siapa?

Part 9 – Freelancers

Kisah Aku Editor - Part 7: Apa Yang Kita Tinggalkan Kerana Allah, Dia Akan Beri Yang Lebih Baik


Bismillahirrohmanirrohim.

Cakap pasal komik.

Aku mula follow manga kegemaran aku pada usia 10 tahun. Masa tu aku diperkenalkan dengan Sailormoon. Memang ketagih. Bila ada kesempatan aku akan beli. Mana siri yang tertinggal, aku langgan dari Comic House. Akhirnya lengkap koleksi aku sebanyak 18 siri.

Selain Sailormoon, aku juga kumpul Misteri Naga (aku warisi dari abang, lepas dia dah taubat baca komik), Yuyu Hakusho, GS Mikami, Detektif Conan, Penyiasat Remaja, Mata Kucing, dan entah apa lagi. Bila muncul Gempak Starz, aku kumpul Helios Eclips dan Fatal Chaos pulak, selain 2-3 tajuk kecik. Waktu ni aku dah remaja dan mula fikir baik-buruk. Aku dah kurang beli komik kecuali yang aku memang minat dari dulu je.

Balik dari Mesir, aku rasa komik2 tu semua dah tak berguna sebab buatkan aku jauh dari Tuhan. Mana nak ingat Tuhan kalau seksi2 dengan pergaulan bebas. Aku punggah semua komik2 aku masuk dalam satu kotak dan sedia untuk dibuang. Aku hanya tinggalkan komik2 cerdik cam Conan dan Kindaichi untuk diwariskan kepada anak2 aku kelak (insya-Allah. Zaman tu nanti semua makin mahal. Baik aku kumpul sekarang…)

Demi melupakan komik, aku kumpul balik majalah2 DBP untuk dapatkan semula perbendaharaan kata yang hilang lepas 5 taun kat Mesir.

Tapi bila pandang komik, aku sayu pulak nak buang. Terutamanya Sailormoon yang aku kumpul dengan bersusah payah. Sailormoon memang banyak bagi inspirasi kat aku sejak kecik. Citer dia pasal cahaya lawan kejahatan tak jauh lari daripada citer umat Islam lawan setan. Bila aku patah semangat, baca Sailormoon mesti jadi semangat balik. Itu penangan dia kat aku. Sudahnya aku biarkan kotak tu berhabuk kat sudut bilik, tak buang-buang.

Bila aku masuk kompeni O yang separuh kerjanya buat komik, aku rasa cam dunia terbalik. Punyalah susah payah aku tinggalkan dunia komik, sekali aku dapat kerja dengan kartunis2. Waktu Majalah Y nak re-format jadi majalah komik, aku kena baca semula komik2 lama tu dan siap tambah koleksi pulak… nak dapatkan mood punya pasal.

Member tak tahu pun aku dulu otaku manga. Diorang ingat aku tak tahu apa-apa tentang komik. Dengar Universiti Azhar je semua ingat aku malaikat turun dari Firdaus. Itu yang paling aku benci tentang Melayu.
Memikirkan betapa besarnya pengaruh komik kepada aku, aku pernah berangan nak buat komik sendiri. Buat skrip jelah. Orang lainlah lukis. Tapi aku rasa impian tu macam mustahil melainkan aku kahwin dengan kartunis.

Alhamdulillah, impian tu tak jauh pun. Sekarang komik pertama aku dah separuh siap. Aku buat komik tukang cuci, based on pengalaman aku jadi kliner kat HSA JB. Moga-moga remaja dapat banyak manfaat dari komik tu.

Satu hari, member aku (sorang gila anime) bagitahu yang dia banyak simpan patung. Alah, patung kecik2 rupa watak kartun tuh… Member aku ni, aku kesian ngan dia. Mungkin terlalu gila anime buat dia hilang fokus pada hidup.

Aku nasihatkan dia supaya buang patung2 tu. Aku cerita kat dia cemana aku singkirkan komik dari hati aku dan last2 Allah ‘bagi’ semula kat aku. Aku tinggalkan komik sebab nak dekat ngan Allah, Allah pilih pulak aku buat komik untuk seru manusia kepada-Nya.

Eh! Betullah. Sebenarnya aku baru perasan hakikat tu. Ya Allah...Terima kasih!

Lagi pun, patung2 ni tempat syaitan bertenggek… Buat apa nak sediakan tempat untuk dia? Hurm… Harapnya member aku ni buanglah patung2 dia.

Sepanjang berkerja ni, aku perasan Allah tunaikan banyak perkara dengan doa aku. Contohnya, tawaran kerja ni sniri datang lepas aku merayu kat Allah mintak kerja. Aku dapat tukar meja baru bila doa kat Allah. Dan dapat kartunis pertama aku si Hanza Artz lepas doa kat Allah. Aku bukan nak citer pasal doa makbul. Tak. Makbul tu kerja Allah.

Poin dia… Kita manusia ni selalu lupa nak mintak kat Tuhan. Mungkin sebab kita tak diajar tentang tu. Yang kita tahu sejak kecik ialah: Belajar rajin-rajin kalau nak lulus periksa. Dah besar: Kerja rajin-rajin kalau nak naik pangkat. Tapi berapa ramai yang belajar dan kerja rajin tapi tak dapat apape?

Sebab kita lupa yang merealisasikan usaha kita ialah Allah. Kita selalu dengar ustaz kata: Allah Maha Mendengar tapi kita sendiri tak cuba lihat betapa Allah betul-betul dengar apa yang kita minta.
Jom. Berdoalah sambil berusaha. Allah dengar. Allah tunggu kita minta sebab Dia nak bagi. Berdoalah.

Part 8 – Uji Bukan Benci

Jumaat, 3 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 6: Tidur Ofis


Sebelum jadi editor, aku pernah jadi promoter di pesta buku. Kerja aku jual pek kupon diskaun untuk kompeni J. Di belakang hari, aku rasa macam kerja tu menipu pembeli.

Nak bagi diskaun, bagi jelah. Apesal nak jual? Kalau kena keluar duit untuk dapat diskaun, baik tak payah diskaun. Tak gitu?

Kesimpulannya manusia tetap manusia dengan rasa tamaknya. Walaupun dia beragama Islam dan menjual produk berjenama Islam. Noktah.

Alhamdulillah tahun ni aku dapat lagi kerja di pesta buku. Kali ni dengan kompeni O sebagai staf.
Persediaan kepada pesta buku memang sibuk. Merasa la aku tidur ofis sebab nak siapkan kerja. Sebenarnya kerja aku taklah urgent mana. Aku cuma kesian tengok member lain yang kerja menimbun. Best jugak la dapat tidur ofis walaupun takde tilam empuk. Pengalaman baru.

Pesta buku memang meriah. Booth kompeni dapat menang booth terbaik. Tapi agak seram bila ada staf jumpa gulungan duit berisi rambut kat booth. Ada orang cuba aniaya kami rupanya. Patutlah tak ramai datang beli.

Kerja kat pesta buku, aku jumpa orang-orang yang tak tersangka nak jumpa. Member sekolah, Kak S yang dah jadi single mother, YB KJ yang cool, Aiman Azlan yang aku salute, dan member sensama promoter tahun lepas. Aku dah tak cam diorang. Diorang yang cam aku. Huhu…

Ada jugak junior Mesir yang tegur aku. Dahlah aku dengan pakai apron nya… segan betul.

Kerja aku kat situ, jaga bahagian majalah dan langganan. Memang best la sebab aku editor majalah dan aku dapat tengok sniri feedback daripada remaja terhadap Majalah Y. Walaupun jualan laju, tapi masih banyak yang aku perlu perbaiki untuk penuhi keperluan minda remaja.

Lepas ni aku kena cari ruang berfikir dan merancang. Puan bos asyik suruh aku rancang, plan… Tapi realitinya kat ofis tu tak boleh nak fikir. Duduk je depan komputer aku terus nampak kerja bertimbun. Tahu-tahu, dah waktu balik. Tak sempat nak berfikir.

Balik rumah dah penat, solat then membuta. Esok bangun, masuk ofis balik. Kalau ada pun waktu berfikir ialah time aku memandu. Huhu…

Habis pesta buku terasa sangat lega. Tapi kejap je sebab aku kembali sibuk dengan majalah. Majalah kena keluar tiap-tiap bulan walau apa pun yang berlaku. Kecuali kiamat atau kampeni tutup. Nauzubillah!

Tentang re-format majalah, aku dah dapatkan beberapa kartun baru yang lebih sesuai dengan selera remaja. Bila dibuat penilaian, nampaknya kartun2 tu tak sesuai dengan imej Majalah Y. Diorang buat keputusan untuk buka majalah baru yang khusus untuk kartun2 camtu. Sorang member baru masuk untuk menjadi editor majalah baru ni.

Majalah Y tak jadi re-format. Lega aku sekejap.

Kisah Aku Editor - Part 5: Editor Fitnah Ulamak


Aku tak tahulah macam mana cara kampeni lain. Tapi kat kampeni O ni, tak ada jabatan atau unit khas untuk majalah. Editor majalah juga perlu buat buku.

Aku akan cerita akibatnya kat sini.

Aku ditugaskan untuk mengulang cetak dua buah buku agama. Dua buku ni terjemahan daripada Bahasa Arab. Dengan hepi aku semak buku tu. Akhirnya dapat juga aku buat kerja yang aku idam-idamkan.

Malangnya di setiap muka surat aku jumpa sampah. Entah wahabi mana yang buat terjemahan tu, semua benda jadi bid’ah. Aku gerun memikirkan yang buku tu dah habis dijual hingga perlu diulang cetak. Maknanya berapa ribu orang dah jadi wahabi ekstrem sebab baca buku tu?

Bukan saja ekstrem, kandungannya pun celaru dan terabur menggambarkan editor asalnya buat buku ni dengan tergesa-gesa. Perasaan aku bercampur-baur antara memahami kesulitan editor tu dan kesian pada pembaca yang membeli.

Adakah kami terlalu tamak, hingga kerja jadi tak berfokus? Entah la.

Nasihat aku kepada korang di luar sana, jangan tamak… Fokus satu-satu. Pastikan apa yang korang nak buat dan buatlah dengan baik. Jangan semuanya nak. Lepas tu, terjun laut.

Sambil buat majalah, aku ambil masa yang lama untuk baiki semula buku tu mengikut makna terhampir kepada teks asalnya. Moga-moga ramailah yang baca buku ni… supaya kekeliruan cetakan pertama dapat dijernihkan.

Dalam pada tu, aku dihantar buat liputan kem cuti sekolah. Kem ni diselia oleh sorang penulis freelancer yang sangat disukai bos. Waktu baru masuk dulu, aku pernah disuruh mengolah manuskrip novel penulis ni. Katanya pertama kali menulis. Takpelah. Ayat terabur biasalah.

Tapi yang aku tak boleh blah, watak utama novel ni sungguh meloyakan. Bajet cam alim, tapi cam gatal. Cam sengal pun ada. Sepanjang mengolah manuskrip tu aku rasa mual macam ibu mengandung trimester pertama. Geli sampai buat aku meluat ngan penulis ni!

Biasanya watak utama novel akan menggambarkan diri penulisnya. Hanya penulis pro je yang dapat menyamarkan watak dengan orang lain. So perangai penulis tu mestilah macam watak utama dia ni kan…

Anyway, tak adil pulak aku nak judge dia sebelum kenal. Lepas tu dapat la kenal bila dia datang ofis 2-3 kali. Memang berkarisma la orangnya. Patut la puan bos cair. Aku excited gila bila ditugaskan buat liputan kem mamat ni. Sebab aku dah tak berpeluang lagi nak turun kem sejak masuk kerja kat ofis.

Lokasi cantik. Prasarana pun cantik. Sayangnya pengisian hancur. Mana tak hancur kalau sampai budak sekolah rendah pun boleh cakap: “Saya tak tahu apa tujuan kem ni.” Gila? Sepanjang jadi fasi dengan macam-macam penganjur, aku tak pernah dengar peserta kem cakap camni.

Dahlah tengah hujan lebat dia boleh suruh budak-budak turun sungai. Sungainya dalam dan lebih deras dari Lubuk Manggis kat Langat! Sambil berteduh, aku cuma mampu tengok dengan hati menyumpah.

In the end aku tak tulis pun berita pasal kem tu. Apa yang aku nak tulis? Mamat tu tipu mak bapak peserta? Mamat ni ngamuk bila peserta tak respon sebab boring dengan pengisian? Atau aku kene tulis berita tipu yang indah-indah? Maaflah.

Sampai sekarang aku tak cakap ngan bos pasal ni. Malas nak kutuk freelancer kesayangan dia. Biarlah bos anggap aku apape yang dia nak anggap. Bukannya aku ego nak buat sukati. Tapi daripada aku kutuk mamat tu kan, lebih baik diam.

Kesimpulannya korang, nak cari rezeki janganlah dengan menipu duit orang. Mak bapak bagi harapan yang besar supaya anak-anak diorang dilatih. Kalau camni kan dah tak memasal makan duit haram… Orang pun jadi hilang percaya.

Part VI – Tidur Ofis

Rabu, 1 Julai 2015

Kisah Aku Editor - Part 4: Kerja Seorang Editor


Bismillahirrohmanirrohim.

Impian aku ialah, berfikir dan menulis sepuas hati.

Aku bayangkan impian tu akan tercapai bila jadi editor. Rupanya kerja editor lebih ‘up’ dari tu. Aku kena ubahsuai tulisan orang lain. Dan bantu orang lain jadi penulis. Allah bagi lebih dari yang aku minta.

Habis drama nak berenti kerja, start drama episod baru. Bos bagitahu nak ubah format Majalah Y jadi ala-ala majalah komik. Ah, sudah… Teknikal asal pun belum aku kuasai. Dah nak kena ubah format.
Aku memang pening dan kelam-kabut. Ditambah penyakit bengap aku yang tak sembuh-sembuh.

Puas aku minum soya, makan pegaga, makan kismis, makan madu, makan telur separuh masak… Semua makanan yang buat aku excellent masa kecik dulu, kembali aku telan. Tapi otak kelabu asap macam tu jugak. Korang boleh bayangkan tak? Aku rasa siapa kena gangguan makhluk kasar je yang faham perasaan ni.

Ya,  satu benda yang aku tak dapat citer dengan orang ialah, gangguan. Aku taknak panggil makhluk halus sebab dia memang kasar. Dia tak buat aku gila meracau macam orang histeria, tapi dia buat kepala aku bebal macam kena sungkup dengan entah apa. Berat dan lambat berfikir. Pelupa. Disorganise. Susah berkawan sebab aku rasa macam semua orang nak bahayakan aku.

Jangan citer yang dia kacau aku masa tidur, masa aku solat.

Dengan keadaan aku yang nampak normal ni, siapa nak percaya aku kena gangguan? Orang perubatan Islam pun belum tentu caye.

Aku pernah dengan akak, pergi jumpa ustaz di Hulu Langat. Suggestion yang aku terima ialah: kahwin. Ubat paling gatal pernah aku dengar. Bukan aku ni anti kahwin. Aku cuma tak suka benda tu dianggap ringan dek kebanyakan orang.

Senang je cakap suh kahwin. Meh la bagi sorang lelaki soleh yang berakhlak, berkerjaya, berilmu. Ilmu tu bukan tau ngaji je. Tapi aku nak bakal suami aku ada ilmu nak didik keluarga dengan berhemah. Ada ilmu tentang rezeki yang halal dan haram. Ada ilmu tentang hubungan hati dengan Allah dan Rasul. Ada ilmu tentang akhirat dan dunia.

Lantaklah kalau dia tak rajin pakai jubah dan serban. Jubah dan serban bukan lambang ilmu dan akhlak.
Berapa ramai aku jumpa ‘lelaki berilmu’ yang malas solat, ‘lelaki berserban’ tak reti jadi bapa, ‘lelaki berjubah’ yang makan main balun tak kira syubhah… Baik tak payah kahwin kalau lelaki camni.

Sambil memikir tentang tukar format, sambil aku mendalami kerja sorang editor. Aku tonton filem dan video, cemana sebenarnya sorang editor bekerja. Sebelum diberi tanggungjawab ni aku belum pernah dilibatkan dengan mana-mana team secara rasmi. So aku tak dapat gambarkan cemana sepatutnya aku bekerja. Bila tak dapat gambarkan tentulah tak dapat buat!

Benci sungguh la jadi editor majalah ni! Dengan bos yang makin hot dengan aku. Dengan majalah yang tiap-tiap bulan ada silap. Dengan senior yang masih rasa dia besar kepala dan tak nak ikut permintaan aku (arahan yang aku terima dari bos). Aku rasa sungguh down!

Tapi aku takkan fikir lagi tentang berenti. Sekurang2nya buat masa ni.

Mesti korang pelik dengan ‘kesilapan’ yang aku dok sebut2 kan? Meh aku terangkan…

Sebagai editor, kita kena pastikan seluruh buku tu tepat mengikut rancangan. Kandungan dia kena sesuai, maklumat di prelim betul, susunan muka surat betul, lebih-lebih lagi kulit buku yang menjadi tarikan pertama kepada pembeli. Semua tu bawah tanggungjawab editor, walaupun banyak tangan yang membuatnya.

Dalam kes aku ni… Bulan lepas salah tajuk, bulan ni salah muka surat, bulan depan salah nombor isu, bulan lusa salah gambar, bulan tulat salah nama penulis, dan tiap-tiap bulan ada salah eja. Salah, salah, salah… Manalah bos tak keluar tanduk.

Tapi… siapa suruh letak aku kat jawatan ni tanpa training. Perasaan berbuku ni aku telan setiap hari sampai senak tali perut.

Part 5 – Editor Fitnah Ulamak