Selasa, 8 September 2015

Aku Akan Mati

Bila rasa fade-up sangat dengan kerja, bertimbun dengan keserabutan masalah peribadi, rasa nak marah semua orang, rasa nak lepak je atas katil, rasa nak lantakkan semua tanggungjawab, ini jelah kata-kata azimat yang aku pegang:

Satu hari nanti, aku akan mati.
Waktu tu,
aku cuma nak tinggalkan legasi yang baik kepada ummah,
friendship,
dan ingatan manis dengan semua orang.

So aku pun bangun.
Betullah Nabi kata, yang paling bijak tu ialah siapa yang ingat mati. Bila ingat mati, buat kita rasa nak hidup lebih baik.

Allahumma solli 'ala Saidina Rosulillah...

Harap ia membantu korang yang bermasalah macam aku.